Wednesday, 4 August 2021

KISAH COVID19 - TAHNIAH KEPADA WAKIL PETUGAS JENAZAH COVID19.

Tahniah suami dan rakan seperjuangannya semalam tugas pertama mereka. Suatu pengalaman tak boleh dilupa dan sangat berharga. Terlibat dalam urusan jenazah covid adalah sesuatu tak pernah jangka.


Petugas Jenazah Covid19

Namun semuanya aturan Allah dan sebagai tanggungjawab fardhu kifayah. Risiko semua tolak ketepi. Ni pengalaman suami semalam bersama2 rakan lain wakil dari Masjid Nurul Iman, Teluk Gadong, Klang.
Alhamdulillah ramai sukarelawan wakil masjid2 lain yang membantu JAIS dalam urusan jenazah covid ni. Mereka dibahagikan kerja bahagian tayamum, angkat jenazah dan driver van yang urusan di tanah perkuburan pula.
Kena pakai fullset PPE yang selama ni tengok frontliner pakai. Sungguh dalam tu panas dan baju lencun usah dikata. Dan nafas pun agak susah juga sebenarnya. Namun diteruskan kerja. Ada kawan suami yang terpaksa stop awal akibat sesak nafas.
Hebatnya frontiliner kita yang pakai PPE ni. Kita hanya mampu memandang tanpa merasa. Dan pengalaman suami semalam begitulah dapat dengar realiti kisahnya.Jenazah sangat ramai katanya. Mereka ada shif sesi pagi urus 12 jenazah, sesi petang semalam 12 jenazah.

Malam pun ada juga. Allahuakhbar ramai sangat ramai. Bukan omong kosong jahatnya virus ini. Yang pergi susah tak kenal usia. Baru tadi suami bagitau anak sedara kawan dia meninggal sebab covid. Umur 18 tahun ada asma.

Dan banyak video2 meruntun jiwa kehilangan insan tersayang asbab covid. Tahun ni penuh dugaan dan ujian sahabat. Jaga diri dan kesihatan. Ujian ni Allah nak dekat padaNYA. Berubahlah jadi lebih baik. Mati itu pasti. Semoga Allah kuatkan iman kita semua. Aminnn.



No comments:

PROMO SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2021- DEFENCE SET SHAKLEE

 Assalamualaikum dan salam bahagia.  Alhamdulillah dah masuk bulan September dan ada special promo Shaklee bulan ni kakRehan nak share kepad...