Saturday, 28 August 2021

MUDAHNYA BILA DAH ADA ESP SACHET SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Saya doakan pembaca semua diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu. Alhamdulillah harini baru berkesempatan nak berkongsi tentang Esp Sachet Shaklee. Padahal dah ada dari bulan Jun 2021. Esp ni singkatan kepada nama panjangnya Energizing Soy Protein perisa vanilla.



Esp Sachet Shaklee
Rupa Esp Sachet in box packaging


Yes! kini Esp Shaklee dah ada juga dalam bentuk sachet tau. Alternatif untuk mereka yang selalu travel atau mudah nak bawa sebab sachet jekan. Hanya Koyak, Bancuh dan Minum gituu tagdline dia.hehe. 


Esp Sachet Shaklee
Esp Sachet Shaklee mudah dibawa

Apa beza Esp Sachet Shaklee ni dengan Esp Shaklee tong?

- Beza dari segi packaging jelah. Esp sachet ni packing di dalam kotak mengandungi 10 sachet di dalamnya. 

-  mengandungi 28g setiap hidangan (1sachet Esp). Lebih kurang 3 sudu besar sukatan jika nak bancuh dari Esp tong.

- sangat mudah dibawa jika nak minum kat luar atau bawa pergi ofis. Hanya bawa sachet diperlukan. Tak berat tanpa perlu bawa tong Esp atau nak packing asing2. Leceh pulakkan. So nak minum just koyakkan jelah. Masuk dalam botol air je dan shake shake. 

- sesuai bagi mereka yang pertama kali nak cuba. Boleh grab Esp Sachet ni harga sekotak di bawah RM100 tak termasuk kos pos ye. Nak lebih jimat dan murah jadilah ahli Shaklee.


KELEBIHAN ESP SHAKLEE




Ni antara kelebihan Esp Shaklee

1. Membantu penurunan berat badan yang berlebihan - ia bantu elak craving nak makan benda manis-manis. So gantikan makanan merapu dengan minum Esp shaklee ni,

2. Memberi rasa kenyang dan bertenaga lebih lama - Sesuai sangat mereka yang nak diet atau taknak makan berat. Jadikan ia sebagai meal replacement. Biasanya sesuai untuk yang tak nak renyah sarapan atau makan berat waktu malam bancuh Esp Shaklee ni pun dah kenyang tau.

3. Membantu melegakan masalah gastrik - ni pengalaman kakRehan sendiri ada gastrik perut tu kalau lambat makan. Atau seawal lepas subuh perut dan berkeroncong minta diisi.Nasiblah ada Esp ni untuk isi perut time gastrik. 

4. Menghalus dan mencerahkan kulit - Esp ni sumber protein terbaik bagus untuk memperbaiki sel kulit kita. Jadi yang ada masalah parut dan kulit kusam sangat bagus amalkan Esp dengan dengan konsisten.

5. Meningkatkan penghasilan susu bagi ibu menyusu - Pengalaman kakRehan sendiri yang dah pernah menyusu badan 2 orang anak, ia jadikan susu lebih pekat dan baby pun cepat kenyang. In shaa Allah ia juga bantu tingkatkan penghasilan susu badan. Namun kena lah ikut konsep penyusuan yang betul tau. Dia bukanlah magik ambil ni terus susu banyak. 
    
6. Bagus untuk kesihatan kuku dan rambut - Sumber protein sangat membantu menguatkan dan mencantikkan kuku rambut juga tau.



Dan banyak lagi sebenarnya khasiat Esp ni. Ni antara yang utama yang ramai dapat feedback best bila amalkan Esp Shaklee. KakRehan sendiri dah amalkan Esp ni since 2011 lagi. Alhamdulillah maknanya dah 10 tahun lah sehingga sekarang tahun 2021.


SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP SHAKLEE?
 

Siapa yang memerlukan Esp Shaklee


Ni antara mereka yang sesuai amalkan Esp Shaklee

1. Pelajar - terutama pelajar yang duduk asrama menu sarapan paling mudah.
2. Mereka yang nak dapat berat badan ideal.
3. Mereka yang nak dapatkan kulit sihat dan berseri.
4. Ibu hamil.
5. Ibu menyusu 
6. Ibu berpantang.
7. Warga Emas
8. Mereka yang ingin kekal bertenaga
9. Mereka yang baru lepas jalani pembedahan.
10. Lelaki dan wanita 


Siapa yang tidak boleh ambil Esp
✔️Pesakit gout
✔️Pesakit buah pinggang 
✔️Pesakit hypotiroid  
✔️Bayi bawah 12 bulan.(Namun kanak-kanak setahun ke atas disarankan pengambilan Mealshake)


KakRehan pun nak kongsikan Esp Shaklee ni dihasilkan oleh Doktor Forest C Shaklee pada tahun 1961 tau. Serius dah lama dah rupanya Esp ni kira dah 60 tahun di pasaran dunia. Sebab tu kakRehan sendiri yakin untuk amalkan produk Shaklee sebab trusted dan proven. Bukan produk baru ye. Benda baik dia akan bertahan lama. Ye tak?


Esp Shaklee pertama dihasilkan pada tahun 1961.

Jadi dengan adanya Esp Sachet packaging baru ni sangat bagus dan sesuai untuk mereka yang baru nak merasa produk ni. Di samping juga ia membantu mereka yang selalu travel mahupun yang bekerja untuk mudah bawa kemana je. Masuk je dalam beg kan senang. Then nak minum just koyakkan dan bancuh.


TESTIMONI ESP SHAKLEE

1. Masalah parut jerawat makin pudar




2. Cepat kenyang dan berat turun 2kg



3. Kulit makin cerah, parut dan senggugut berkurangan




4. Tona kulit sekata dan rasa cepat kenyang


Rasa teringin ke nak cuba Esp Shaklee ni? Boleh nak pilih samada nak consume Esp tong atau Esp sachet kedua sama je kandungan. Beza pada harga sahaja. Namun secara peribadi Esp tong lebih murah sebenarnya. 


2 pilihan Esp Shaklee




Dan nak lebih jimat bila jadi ahli Shaklee. Anda tak perlu nak survey harga murah sebab dah tentu harga murah dari retail price. Pesan saya dapatkan daripada dealer Shaklee yang sah dan anda dapat consultation tebaik daripada kami.


HARGA RUNCIT
ESP SACHET (10 PEK) - RM98.50
ESP TONG 850G - RM161.25

HARGA AHLI 
Yuran Ahli Shaklee - RM35
ESP SACHET - RM79
ESP TONG 850G - RM129


Berminat nak cuba atau join ahli Shaklee?

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍


Nak daftar sendiri boleh terus KLIK SINI

Atau perlukan bantuan saya
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik sini link wasap

Jemput follow

FACEBOOK  : Raihan Idris
INSTAGRAM : Shaklee.bykakrehan
TIKTOK         raihan_785
 

Pos Shaklee seluruh Malaysia.




Monday, 23 August 2021

TAK SANGKA DAPAT REWARD DARIPADA SHAKLEE - MILLION DOLLAR EARNER

Allahuakhbar tak sangka sepanjang penglibatan dalam bis Shaklee hingga Mei 2021. Tersenarai dalam list Bonus Pendapatan Shaklee terkumpul sejak 2011 jejak 1 juta juga. Alhamdulilah terima kasih Shaklee yang tak pernah miss bayar bonus bulanan kepada setiap SID Shaklee yang layak.




List nama mereka yang achieve 
bonus terkumpul 1 Juta dengan Shaklee



Alhamdulillah sungguh tak sangka dapat award ni walaupun ujian hebat buat kami suami isteri. Fasa jatuh bangun kami lalui dan kini tetap bangkit masih setia dengan Shaklee. Kami punya tanggungjawab untuk terus berbakti dengan team DESIRE dan kastemer2 yang masih setia support bis kami.

Terima kasih DESIRE yang pernah hadir dalam team kami dan jutaan terima kasih buat semua team dan kastemer2. Doakan kami semoga terus bangkit bina kejayaan dan lahirkan leader2 hebat dalam bisnes kami DESIRE FAMILY

KakRehan,
Master Coordinator Shaklee




Berminat nak cuba atau join ahli Shaklee?

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍


Nak daftar sendiri boleh terus KLIK SINI

Atau perlukan bantuan saya
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik sini link wasap

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Free Cod Shaklee Klang - Teluk Gadong, Kg Sungai Delek, Kg Sg Udang, Teluk Pulai , Kg Raja Uda dan berdekatan,

Cover area Cod Shaklee - Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan Klang
( certain area kami tak cover).
Caj cod dikenakan mengikut jarak.

Monday, 16 August 2021

PART 2 : DONE DOSE KEDUA VAKSIN PFIZER KENA CUCUK DENGAN ARTIS WANY HASRITALAH!

Alhamdulillah done vaksin 2nd dose pfizer pada 9 Ogos 2021. Seawal 7.30 pagi bergerak menuju ke MSU Shah Alam. Tempat yang sama macam haritu. kalini hanya penerima dos kedua vaksin je yang ada. Kalau sebelum ni masa kakRehan datang tu ada lane untuk penerima dos 1 dan 2.


No giliran cucuk vaksin


Urusan vaksin berjalan lancar ikut step ikut checkpoint tempat duduk yang kami perlu pegi dan tunggu. Sebelum nak kena cucuk tu kebetulan kakRehan ternampak orang laki yang inject tau kat bahagian lane lain.

Terus tanya staff yang jaga lane kakRehan tu laki ke perempuan yang inject.haha. Yelah segan ui takkan laki nak cucut aurat.huhu. Suami kakRehan pun pesan pilih perempuan yang inject nanti.

Bila dah turn kena cucuk tu. Terus terkejut tengok staff inject tu. Ehh artislah walaupun tak nampak muka sepenuhnya. Wany Hasrita lah! Siap tanya dia. Lembut je suara dia. Boleh berlagak tak nih.Haha. Pakai mask pun boleh cam dia. Dia je mana kenal kita😂


Wajiblah selfie dengan retis Wany Hasrita


Doakan kakRehan sihat2 ye. Ini part of ikhtiar. Alhamdulilah cucuk kali kedua ni tak pening kepala macam kali pertama. Tempat inject tu jelah sakit bengkak beberapa hari je. Semoga Allah lindungi kita semua dari virus jahat ni dan kita diberi kesihatan yang baik. Aminn.



Friday, 6 August 2021

DAPAT SUPRISE DARIPADA CUCU SHAKLEE - SOS PERAPAN MELETOP NAMANYA

 Assalamualaikum dan salam Jumaat barakah semua.

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur lagi harini. Sebenarnya kakRehan nak share yang daku happy sangat dapat suprise semalam. Kisahnya suami bawa masuk rumah parcel atas nama kakRehan. Tengok nama pengirim eh Rafizah cucu Shaklee kakRehan ni. Apa dia bagi ni ye.

So dengan rakusnya ku buka tanpa ambil gunting.haha. Uii kemain tebal bubble wrap dia. Bukak je taraaa sos perapan meletop homemade by eija sendiri tau. Alhamdulillah terima kasih Ieja sudi kongsi rezeki bagi free sos ni. Nanti kak cuba kak roger awak tau. Sos ni sesuai untuk perapan ayam, daging kambing, lembu dan seafood juga.


SOS PERAPAN MELETOP
Sos Perapan Meletop By Eija

Selalu nampak eija share dia bisnes makanan tau. Rata-rata menu dia western food. Ieja ni cover area Bukit Permai Kuala Lumpur.  Kak doakan semoga bisnes Ieja bertambah maju dan berkembang. Ieja juga merupakan Dealer Shaklee aktif area Bukit Permai Kuala Lumpur. Boleh juga nak dapatkan roger dia.

Ni kakRehan kongsikan details beliau. Yang dapatkan Sos perapan ni dan produk Shaklee boleh hubungi beliau.


Facebook : Ieja Kecik

No fon : 012-6950974 atau terus klik sini






Wednesday, 4 August 2021

KISAH COVID19 - TAHNIAH KEPADA WAKIL PETUGAS JENAZAH COVID19.

Tahniah suami dan rakan seperjuangannya semalam tugas pertama mereka. Suatu pengalaman tak boleh dilupa dan sangat berharga. Terlibat dalam urusan jenazah covid adalah sesuatu tak pernah jangka.


Petugas Jenazah Covid19

Namun semuanya aturan Allah dan sebagai tanggungjawab fardhu kifayah. Risiko semua tolak ketepi. Ni pengalaman suami semalam bersama2 rakan lain wakil dari Masjid Nurul Iman, Teluk Gadong, Klang.
Alhamdulillah ramai sukarelawan wakil masjid2 lain yang membantu JAIS dalam urusan jenazah covid ni. Mereka dibahagikan kerja bahagian tayamum, angkat jenazah dan driver van yang urusan di tanah perkuburan pula.
Kena pakai fullset PPE yang selama ni tengok frontliner pakai. Sungguh dalam tu panas dan baju lencun usah dikata. Dan nafas pun agak susah juga sebenarnya. Namun diteruskan kerja. Ada kawan suami yang terpaksa stop awal akibat sesak nafas.
Hebatnya frontiliner kita yang pakai PPE ni. Kita hanya mampu memandang tanpa merasa. Dan pengalaman suami semalam begitulah dapat dengar realiti kisahnya.Jenazah sangat ramai katanya. Mereka ada shif sesi pagi urus 12 jenazah, sesi petang semalam 12 jenazah.

Malam pun ada juga. Allahuakhbar ramai sangat ramai. Bukan omong kosong jahatnya virus ini. Yang pergi susah tak kenal usia. Baru tadi suami bagitau anak sedara kawan dia meninggal sebab covid. Umur 18 tahun ada asma.

Dan banyak video2 meruntun jiwa kehilangan insan tersayang asbab covid. Tahun ni penuh dugaan dan ujian sahabat. Jaga diri dan kesihatan. Ujian ni Allah nak dekat padaNYA. Berubahlah jadi lebih baik. Mati itu pasti. Semoga Allah kuatkan iman kita semua. Aminnn.



PROMO SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2021- DEFENCE SET SHAKLEE

 Assalamualaikum dan salam bahagia.  Alhamdulillah dah masuk bulan September dan ada special promo Shaklee bulan ni kakRehan nak share kepad...