Wednesday, 21 July 2021

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Entry kalini nak kongsilah pengalaman terima vaksin pfizer. Sebenarnya mulanya risau juga nak daftar. Sebab sibuk betul baca feedback orang lain kesan itu ini. Punyalah takut tau pakat suami isteri taknak daftar masa mula-mula tu. 


Lepas cucuk wajib bergambar .hehe


Kemudian dah dapat info tentang vaksin ni terutama daripada doktor perubatan yang berkaitan dan melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember tahun lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.  Berita lanjut boleh klik sini .

Selalu nampak kawan2 share dah vaksin. Alhamdulillah akhirnya nama naik juga pada 19 Julai 2021 di MSU Shah Alam. Terima kasih encik suami tolong daftarkan. Yang debarnya dahlah harini dapat tarikh esok pula nak kena cucuk. Halahh halah daku dahlah ada masalah debar (anxiety ni).hihi. Apapun doa banyak-banyak semoga tak apa-apa dan dimudahkan urusan.


Tarikh appointment semak di app My Sejahtera


Alhamdulillah hari vaksin sudah pun tiba. Seawal 8pagi dah keluar rumah. Dari rumah kakRehan dan isi perut dengan life Shake Elderberry , telan Vitamin C dan B Complex. Anak-anak si kakak dan adik pula kami tinggalkan rumah abang ipar (abang suami area Klang sini dekat aje). Takdelah risau nak bawa anak sekali tu sebab ada keluarga yang bantu jagakan.


Selfie dengan encik suami

Selfie dengan Mikhail. Sian kami
2 bulan tak tengok dunia luar.hihi

Ada sedikit debaran juga malam tu nak susah nak lelap. Pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Shah Alam. Ikut waktu mula pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pusat vaksin pun sangat bagus pengurusannya. Ada tempat yang kami kena tunggu hanya duduk je. Tak perlu berdiri dan beratur lama.

Bila tiba tempat vaksin tu, doktor yang nak cucuk tu maklumkan tunjuk vaksin tu dan jumlah dose vaksin pfizer hanya 0.3ml sahaja ye. Daku tak tengok sebab nervous haha. Alhamdulillah lepas cucuk doktor tu tunjuk kosong.

Dan ada lah rasa sakit lepas kena cucuk macam kena gigit semut rasanya.hihi.Alhamdulillah segalanya berserah pada Allah. Niat vaksin semoga Allah lindungi dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Semoga kes covid di negara Malaysia dan seluruh dunia dapat diatasi dan berkurangan. Amin.



Kesan lepas vaksin tu rasa mengantuk tau. Tekak pun rasa haus sangat-sangat. Kebetulan lepas appointment kakRehan, suami pun ada appointment dos kedua untuk vaksin Sinovac di Petaling Jaya. Kenalah ikut dan terkejut sebab kat sana diorang kena beratur panjang atas jalan.

Dalam panas terik dan 2 jam juga ku tunggu dalam kereta dengan perut yang lapar. hihi.
Kat rumah pula dah memang rasa mengantuk dan penat sangat. Jadi kami suami isteri tidur petang tu. Lepas bangun tidur tu kakRehan rasa sakitnya kepala.

Kesan tu sampai ke malam. Sebelum tidur tu daku telan vitamin Shaklee Ostematrix dan B complex yang bagus untuk legakan sakit kepala. Pagi esok bangun Alhamdulillah dah takde sakit kepala tu.

Berkemungkinan ni kesan dari vaksin tu. Tiap individu kesan tak sama. Kalau ikut info yang mereka share antara kesan sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual.

Ok tu jelah nak kongsi pengalaman kakRehan kena cucuk dengan vaksin pfizer. Maybe ada yang rasa takut dan risau. In shaa Allah kita doa dan serahkan urusan pada Allah. Ni adalah ikhtiar kita semoga asbab diri kita tidak dijangkiti virus jahat ini.


No comments:

PROMO SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2021- DEFENCE SET SHAKLEE

 Assalamualaikum dan salam bahagia.  Alhamdulillah dah masuk bulan September dan ada special promo Shaklee bulan ni kakRehan nak share kepad...