Tuesday, 20 July 2021

CORETAN HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha semua.



 Hayati hadis ini. Dua hari raya adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yang beriman.

حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
كَانَ لِأَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ يَوْمَانِ فِي كُلِّ سَنَةٍ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَلَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ كَانَ لَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا وَقَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى. رواه النساءى
Telah menceritakan kepada kami Humaid dari Anas bin Malik dia berkata, "Orang-orang jahiliah mempunyai dua hari dalam setiap tahun untuk bermain-main. Setelah Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, Baginda ﷺ bersabda,
'Kamu dahulu mempunyai dua hari untuk bermain-main, sungguh Allah telah menggantinya dengan yang lebih baik dari keduanya, yakni hari (raya) Fitri dan hari (raya) Adha (Kurban) '." HR Nasaie (1538)



Baiknya Allah dia hantar insan baik2 harini, kisahnya tak masak menu raya. Ada extra lauk semalam panaskan. Masak nasi putih je. Dan lauk rendang jiran bagi ada lagi. Petang tadi suami bawa balik menu mcd dari masjid.

Katanya depa pakat makan mcd sambil2 uruskan pack bantuan covid. Jiran aunty Salina chinese muslim tu call suh datang rumah dia nak bagi rendang daging, kakak yang pergi. Balik2 dia bawa sekali cookies sebalang. Alhamdulillah2 nikmat rezeki makanan harini.

Coretan ini sebagai kenangan akan datang tatapan anak-anak cucu. Kenangan tahun ini tak dapat pulang ke kampung hari raya puasa dan raya haji. Allahuakhbar sayu hati sebab setahun tak dapat jumpa mak tersayang.
Malaysia dalam ujian kes covid19 yang saban hari tinggi belum nampak penurunannya. Di Selangor sahaja kes 4000 ke ke atas. Kes kematian pun tinggi asbab virus covid19 yang semakin mengganas.

Namun segala yang berlaku ini adalah dengan izin Allah jua. Saat ini kuatkan hati dan iman dan kembali pada Allah. Sahabat apa jua nikmat kita dapat masih sihat dan bernyawa pun rezeki.

Ada keluarga dan masih ada anak2 itupun rezeki. Kita berkorban harini tak dapat balik kampung. Semoga asbab pengorbanan ini kita redha dengan ujian. Pasti Allah pertemukan dengan insan tersayang yang jauh di mata juga nanti


No comments:

PROMO SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2021- DEFENCE SET SHAKLEE

 Assalamualaikum dan salam bahagia.  Alhamdulillah dah masuk bulan September dan ada special promo Shaklee bulan ni kakRehan nak share kepad...