Saturday, 24 July 2021

TERIMA KASIH PEMBERI SUPRISE HADIAH HARIJADI KAKREHAN TAHUN 2021

Assalamualaikum dan salam ceria pembaca blog kakrehan semua. 

Saya nak berkongsi perasaan gembira dengan pembaca semua bulan Julai bulan istimewa kakRehan. Bulan kelahiran kakRehan birthday 8 Julai haritu. Alhamdulillah rezeki Allah hadirkan insan yang sangat baik hati bagi surprise gift birthday.



Hadiah tudung sugar Scarf daripada Fieza
kawan dan juga cucu Shaklee. Terima kasih Fieza

          

Hadiah cawan comel nampak ekslusif
daripada Kak Nor kawan merangkap 
anak Shaklee.Terima kasih Kak Nor

                                            


Hadiah tasbih digital dan penujuk
Al Quran daripada Aien merangkap
kawan dan cicit Shaklee. 
Terima kasih Aien.



Hadiah purse cantik daripada kakak
kakrehan sis Umi. Tq my sis.

Terima kasih semua. Happy sangat Alhamdulillah. Semoga Allah balas kebaikan dunia akhirat dan kebaikan dunia akhirat buat kalian semua. Amin

Wednesday, 21 July 2021

PART 1 : PENGALAMAN VAKSIN COVID19 KAKREHAN - 1ST DOSE VAKSIN PFIZER

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Entry kalini nak kongsilah pengalaman terima vaksin pfizer. Sebenarnya mulanya risau juga nak daftar. Sebab sibuk betul baca feedback orang lain kesan itu ini. Punyalah takut tau pakat suami isteri taknak daftar masa mula-mula tu. 


Lepas cucuk wajib bergambar .hehe


Kemudian dah dapat info tentang vaksin ni terutama daripada doktor perubatan yang berkaitan dan melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember tahun lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.  Berita lanjut boleh klik sini .

Selalu nampak kawan2 share dah vaksin. Alhamdulillah akhirnya nama naik juga pada 19 Julai 2021 di MSU Shah Alam. Terima kasih encik suami tolong daftarkan. Yang debarnya dahlah harini dapat tarikh esok pula nak kena cucuk. Halahh halah daku dahlah ada masalah debar (anxiety ni).hihi. Apapun doa banyak-banyak semoga tak apa-apa dan dimudahkan urusan.


Tarikh appointment semak di app My Sejahtera


Alhamdulillah hari vaksin sudah pun tiba. Seawal 8pagi dah keluar rumah. Dari rumah kakRehan dan isi perut dengan life Shake Elderberry , telan Vitamin C dan B Complex. Anak-anak si kakak dan adik pula kami tinggalkan rumah abang ipar (abang suami area Klang sini dekat aje). Takdelah risau nak bawa anak sekali tu sebab ada keluarga yang bantu jagakan.


Selfie dengan encik suami

Selfie dengan Mikhail. Sian kami
2 bulan tak tengok dunia luar.hihi

Ada sedikit debaran juga malam tu nak susah nak lelap. Pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Shah Alam. Ikut waktu mula pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pusat vaksin pun sangat bagus pengurusannya. Ada tempat yang kami kena tunggu hanya duduk je. Tak perlu berdiri dan beratur lama.

Bila tiba tempat vaksin tu, doktor yang nak cucuk tu maklumkan tunjuk vaksin tu dan jumlah dose vaksin pfizer hanya 0.3ml sahaja ye. Daku tak tengok sebab nervous haha. Alhamdulillah lepas cucuk doktor tu tunjuk kosong.

Dan ada lah rasa sakit lepas kena cucuk macam kena gigit semut rasanya.hihi.Alhamdulillah segalanya berserah pada Allah. Niat vaksin semoga Allah lindungi dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Semoga kes covid di negara Malaysia dan seluruh dunia dapat diatasi dan berkurangan. Amin.



Kesan lepas vaksin tu rasa mengantuk tau. Tekak pun rasa haus sangat-sangat. Kebetulan lepas appointment kakRehan, suami pun ada appointment dos kedua untuk vaksin Sinovac di Petaling Jaya. Kenalah ikut dan terkejut sebab kat sana diorang kena beratur panjang atas jalan.

Dalam panas terik dan 2 jam juga ku tunggu dalam kereta dengan perut yang lapar. hihi.
Kat rumah pula dah memang rasa mengantuk dan penat sangat. Jadi kami suami isteri tidur petang tu. Lepas bangun tidur tu kakRehan rasa sakitnya kepala.

Kesan tu sampai ke malam. Sebelum tidur tu daku telan vitamin Shaklee Ostematrix dan B complex yang bagus untuk legakan sakit kepala. Pagi esok bangun Alhamdulillah dah takde sakit kepala tu.

Berkemungkinan ni kesan dari vaksin tu. Tiap individu kesan tak sama. Kalau ikut info yang mereka share antara kesan sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual.

Ok tu jelah nak kongsi pengalaman kakRehan kena cucuk dengan vaksin pfizer. Maybe ada yang rasa takut dan risau. In shaa Allah kita doa dan serahkan urusan pada Allah. Ni adalah ikhtiar kita semoga asbab diri kita tidak dijangkiti virus jahat ini.


Tuesday, 20 July 2021

CORETAN HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2021

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha semua.



 Hayati hadis ini. Dua hari raya adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yang beriman.

حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
كَانَ لِأَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ يَوْمَانِ فِي كُلِّ سَنَةٍ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَلَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ كَانَ لَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا وَقَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى. رواه النساءى
Telah menceritakan kepada kami Humaid dari Anas bin Malik dia berkata, "Orang-orang jahiliah mempunyai dua hari dalam setiap tahun untuk bermain-main. Setelah Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, Baginda ﷺ bersabda,
'Kamu dahulu mempunyai dua hari untuk bermain-main, sungguh Allah telah menggantinya dengan yang lebih baik dari keduanya, yakni hari (raya) Fitri dan hari (raya) Adha (Kurban) '." HR Nasaie (1538)

Friday, 9 July 2021

ALHAMDULILLAH MENANG CABUTAN BERTUAH CINCH TEA MIX DARIPADA LEADER SHAKLEE




Assalamualaikum dan salam bahagia.

Saya nak share berita gembira dengan pembaca semua. Saya menang cabutan  bertuah.Ho yeah! Alhamdulillah syukur bila bonda shaklee umum dalam grup senarai nama yang menang. Nama saya pun tersenarai sekali. Ni lucky draw team kami untuk bulan Jun 2021. Rezeki kalini menang sekotak cinch tea mix Shaklee.



Nilah hadiah lucky draw dah sampai
dan siap bancuh panas2 sedapnya




Yang bulatkan merah tu lah saya.
Alhamdulillah menang sekotak cinch tea mix Shaklee





Ni pemenang yang lain juga. Bestkan hadiah masing2




Manfaat Cinch tea mix Shaklee
Manfaat Cinch tea mix Shaklee

Alhamdulillah saya dah terima hadiah cinch tea mix. Yeahh! Sesuai dibancuh panas, suam mahupun sejuk. Boleh nak tambah lemon dan madu pun boleh juga tau.



Syukur alhamdulillah kalini wakil team menang lucky draw pula. Bulan ni pun masih ada lucky draw untuk bulan Julai pula. Semoga ada rezeki saya lagi.hihi. Dan rezeki team Desire Family yang lain juga menang. Banyak hadiah-hadiah menarik tau. 

So untung juga team kami berpeluang join hanya dengan buat belian barang Shaklee bernilai RM200 dah layak untuk join. Terima kasih my leader aka bonda Shaklee Master Norita dan suaminya yang sentiasa pemurah selalu bagi hadiah best-best pada team.

Nak juga hadiah best-best macam ni. Mehlah join Shaklee bersama saya Leader Desire Family🥰


Penafian: Produk-produk yang di sarankan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat dari pegawai perubatan bagi mereka yang menerima rawatan sebelum menggunakannya



Berminat nak cuba?

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍


Nak daftar sendiri boleh terus KLIK SINI

Atau perlukan bantuan saya
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik sini link wasap

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Free Cod Shaklee Klang - Teluk Gadong, Kg Sungai Delek, Kg Sg Udang, Teluk Pulai , Kg Raja Uda dan berdekatan,

Cover area Cod Shaklee - Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan Klang
( certain area kami tak cover).
Caj cod dikenakan mengikut jarak.




Thursday, 8 July 2021

ALHAMDULILLAH BERTAMBAH USIA KU. TERIMA KASIH MAK TERSAYANG DAN SUAMI TERCINTA


Birthday KakRehan
Terima kasih suami dan anak-anak
raikan birthday mama



Alhamdulillah bertambah setahun usiaku. Syukur Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur. Terima kasih mak Siti Rohani melahirkan diri ini bersama kembarku Mohd Nasrul. Happy birthday mat. Semoga cepat kahwin. Hihi. Dan dalam rahmat kasih sayang Allah. Terima kasih tolong jagakan mak.



Terima kasih suami belikan
kek sedap dari Bakers Cottage


Terima kasih encik suami Mohamad Hafiez belikan kek birthday. Terima kasih anak2 dan suami raikan mama🥰



Berlakon lebih ni hehe. suami tetap
suwit sawit.hihi


Doakan saya Siti Nusrat Raihan Binti Idris diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dikurniakan rezki hebat dan kaya berjaya dunia akhirat serta dalam rahmat kasih sayangNYA. Aminn.

Thursday, 1 July 2021

SELAMAT ULANGTAHUN MAK KE 70 - TAHUN 2021

Tahun lepas rezeki dapat sambut ulangtahun kelahiran mak bersama2. Tahun ni tidak kesampaian nak sambut bersama dah setahun tak balik jumpa mak tersayang.









Namun dari kejauhan ini siti nak ucapkan Selamat Ulangtahun Mak Siti Rohani yang ke 70 tahun.





Kawan2 jom sama2 doakan untuk mak saya,Semoga Allah Beri kesihatan yang baik buat mak. Dapat beribadah dengan baik, sentiasa bahagia selalu dan dalam lindungan Allah. Aminn.
Tunggu anak2 mak balik bila boleh rentas negeri pakat nak cium peluk mak. Semoga cepatlah covid19 ni berakhir. Aminnn.


PROMO SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2021- DEFENCE SET SHAKLEE

 Assalamualaikum dan salam bahagia.  Alhamdulillah dah masuk bulan September dan ada special promo Shaklee bulan ni kakRehan nak share kepad...