Monday, 26 October 2020

SCAMMER TIPU DUIT MELALUI WASAP


Beberapa hari yang lepas, Saya terima satu wasap seseorang yang guna muka kawan fb Erin Adzmi. Saya layankan wasap dia. Tapi hati dah rasa pelik tak pernah dia nak wasap. Padahal boleh je pm kan. Ingat nak order vitamin shaklee. Haha. 😅😂

Untuk pengesahan sy pm di inbox kawan fb tu tanya dia ada wasap saya ke? Screenshot wasap tu, dia kata bukan no fon dia. Sah scammer!

Ni saya check no di di true caller keluar nama ni😜


Ni saya pm di inbox facebook erin tu.
Dia kata bukan nombor fon dia. See!


So saya layankan wasap dia apa dia nak sebenarnya. Yang pastinya orang macam ni sah-sahlah scammer nak tipu duit orang. Yes betul! Soalan dia trick online banking ok tak. Dia ada problem tac.

Dia akan tanya dulu tak cam tengok pic.





Dia acah2 nak pinjam duit kita dulu tolong transfer ke akaun nombor sekian2. Katanya nanti dia kata transfer balik. Modus operandi dia sama je. No dia sangat hot ramai orang share kat facebook. Dia akan menyamar jadi orang lain2 atau sebagai diri kita. Jahatkan! 

Dan dia akan sembang acah2 kenal lama. Rupanya ramai kawan2 facebook dah terkena dengan si penipu ni. Ramai juga yang buat tindakan sama tanya orang sebenar. Bab duit zaman sekarang orang takkan percaya nak bagi pinjam mudah2 jekan. 


Nak tolong transfer lah konon 
acah2 minta tolong

Dan ayat last tu saya kantoikan dia saya tau dia tipu. 
Lepas tu dia blue tickkan aje😂


So uols please alert boleh save no scammer ni. 

No fon Malaysia 019-2006041


Ni pulak saya search di fb dia menyamar jadi 
orang lain pulak.


Kesian tau yang dia menyamar tu.Boleh jadi fitnah dituduh menipu. Banyak betul orang share no fon si penipu ni. Dah report polis pun nombor fon dia masih wujud. Pelik juga😅

Jangan mudah2 kita nak transfer duit kat orang yang tak berapa nak berapa kenal dan rapat. Hatta sedara or family ke kena confirmkan betul wasap nombor atau hubungi orang yang sebenar tu ye. 

Saya doakan semoga dia diberi taufik hidayah semoga bertaubat😌

#ScammerAlert
#scammerh

2 comments:

SalbiahM said...

Thanks share. Scammer sekaran macam-macam taktik. Semoga kita semua dhindari. Sekarang kalau entah sape-sape wasap pun tak boleh percaya

KakRehan said...

sama2. betul sangat zaman sekarang ni ramai nak cari jalan tipu duit orang ajeo