Wednesday, 22 April 2020

NOTA KESYUKURAN PKP HARI KE36

Assalamualaikum dan salam bahagia

Coretan ini aku abadikan dalam blog untuk kenangan. PKP ni sinkatan untuk Perintah Kawalan Pergerakan. Di mana kami rakyat Malaysia perlu duduk di rumah disebabkan wabak penyakit COVID19 yang melanda negara malah melibatkan 1 dunia.



Wabak kalini sangat jahat dan berbahaya. Kalau sebelum2 ni ada virus lain yang menular. Namun dapat diatasi dengan adanya vaksin dan ubat yang sesuai. Kalini virus ni takde langsung ubatnya. Virus ni menyerang mereka yang imun badannya rendah.

Beruntunglah kita tinggal di Malaysia. Kerajaan support dan dari segi keperluan perubatan dan hospital mencukupi. Namun di sebalik musibah ini. Frontliners yang terlibat terutama para doktor, jururawat, polis, askar dan mereka yang terlibat.

Paling utama rakyat Malaysua sendiri perlu duduk di rumah untuk atasi wabak ini menular. Aku duk tengok video kisah covid19 kat Ecuador. Menyayat hati betul. Mayat tersadai tepi jalan. Takde siapa nak amik. Ada yang mati dalam rumah.




Sebenarnya negara lain pun ada. Lagi2 negara yang alami masalah kewangan. Sampai keluarga terpaksa tidur luar rumah. Sebab hospital depa penuh kes mereka pun tak mampu dan tak cukup orang. Sedihh dan meruntun jiwa. 😭

Bersyukurlah kita di Malaysia. Bersama kita patuh pada arahan PKP. Beza kita yang beragama Islam adanya iman. Kita terus berdoa dan kebergantungan pada Allah. Teruskan berdoa semoga wabak ini berakhir. Aminn💓

No comments: