Wednesday, 22 April 2020

NOTA KESYUKURAN PKP HARI KE36

Assalamualaikum dan salam bahagia

Coretan ini aku abadikan dalam blog untuk kenangan. PKP ni sinkatan untuk Perintah Kawalan Pergerakan. Di mana kami rakyat Malaysia perlu duduk di rumah disebabkan wabak penyakit COVID19 yang melanda negara malah melibatkan 1 dunia.



Wabak kalini sangat jahat dan berbahaya. Kalau sebelum2 ni ada virus lain yang menular. Namun dapat diatasi dengan adanya vaksin dan ubat yang sesuai. Kalini virus ni takde langsung ubatnya. Virus ni menyerang mereka yang imun badannya rendah.

Beruntunglah kita tinggal di Malaysia. Kerajaan support dan dari segi keperluan perubatan dan hospital mencukupi. Namun di sebalik musibah ini. Frontliners yang terlibat terutama para doktor, jururawat, polis, askar dan mereka yang terlibat.

Paling utama rakyat Malaysua sendiri perlu duduk di rumah untuk atasi wabak ini menular. Aku duk tengok video kisah covid19 kat Ecuador. Menyayat hati betul. Mayat tersadai tepi jalan. Takde siapa nak amik. Ada yang mati dalam rumah.




Sebenarnya negara lain pun ada. Lagi2 negara yang alami masalah kewangan. Sampai keluarga terpaksa tidur luar rumah. Sebab hospital depa penuh kes mereka pun tak mampu dan tak cukup orang. Sedihh dan meruntun jiwa. 😭

Bersyukurlah kita di Malaysia. Bersama kita patuh pada arahan PKP. Beza kita yang beragama Islam adanya iman. Kita terus berdoa dan kebergantungan pada Allah. Teruskan berdoa semoga wabak ini berakhir. Aminn💓

Wednesday, 15 April 2020

SUAMI BUAT KARIPAP PUSING PENING SEMPENA PKP

Assalamualaikum dan salam bahagia gais!

Hai sajalah sesambil kakRehan sharing santai dalam blog ni. Coretan di musim PKP. Apa tu PKP? PKP nama panjang dia Perintah Kawalan Pergerakan. 15hb ni masuk Fasa ke3 kami semua PKP.

Ini antara ujian kami 1 dunia hadapi wabak corona virus atau nama glemernya Covid19. KakRehan taknak cite ni dalam kisah kalini. Nak cite musim PKP ni suami kakRehan ada je idea nak masak macam2. 

Walaupun hakikatnya memang dia yang selalu masak.hihi. Iols tukang makan dan tolong cuci2 pinggan dan wat keje lainlah. Jangan kata den malas pulak. Dah suamiku memang suka masak.hihi.

Kisahnya 15hb April 2020 siap tarikh tu dia Kang lupa. Boleh cite anak cucu nanti😆
Suami kakRehan buat karipap pusinh ni. Berjasa jugalah acuan yang kubeli masa mula2 kahwin. Asalnya den nak buatlah nanti. Sudahnya terperap laci.haha.


Karipap Pusing menjadikk. Yeahh!

Akhirnya suami kakRehan rasmikan dengan jayanya. Acuan ni sesuai yang tak reti kelim tepi lawa2. So guna jelag acuan. Resepi kakRehan tak tau. Ku share gambar jelah. Boleh lah tengok you tube cara buat. Ramai je orang share okeh.



Acuan karipap beli bertahun dulu..baru rasmi😆



Ayunya tangan suami den😄

Rupa sebelum digoreng. 


Alhamdulillah kami makan senang hati. Cakap je nak makan apa. Setakat ni Alhamdulillah suami kakRehan akan penuhi permintaan kami anak beranak. 

Terima kasih encik suami.🤩

#KaripapPKP
#ApisMasak
#KakRehanMakan

Tuesday, 14 April 2020

ADA MASALAH GASTRIK DAN RISAU RASA LAPAR MASA PUASA NANTI? INI PENYELAMATNYA

KakRehan kalau ada masalah gastrik nak amik apa ye?

Orang yang ada gastrik mesti risau lagi2 tak lama lagi nak puasa pulak tu. Sekarang pun time pagi2 perut pedih dah berbunyi minta diisi. Tak boleh makan sebarang pula tu

Ok ni kakRehan share pengalaman peribadi ada masalah gastrik sikit. KakRehan amalkan protein Esp suam minum awal pagi. Then malam if perut pedih pun minum Esp untuk alas perut tu. 





Pilihan lain kalau tak suka minum plain. Ada protein cinch Shake yang super sedapp ni.😋

Boleh pilih perisa coklat ke. Cafe latte or vanilla pun ada. Jangan risau kalau Esp atau cinch Vanilla banyak resepi smoothie uols boleh try tau🤩




Bolehlah nak buat stok time puasa nanti. Ambil time sahur. In shaa Allah puasa takde rasa pedih perut sangat dan mampu bertahan bagi mereka yang gastrik💓

Nak cuba protein Shaklee yang berkhasiat ini boleh je terus wasap KakRehan

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Nak join ahli boleh daftar sini. Klik link
Lepas daftar boleh hubungi saya ye untuk info lanjut.

Hubungi
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik link

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Cod Shaklee area Teluk Gadong, Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan Klang
( certain area kami tak cover).
Caj cod dikenakan mengikut jarak.



#Gastrik
#PuasaShaklee

Monday, 13 April 2020

RISIKO JANGKITAN COVID19 BUAT WARGA EMAS

Warga emas berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi yang lebih serius.



Anak atau penjaga yang tinggal berjauhan, pastikan  keperluan ibu bapa mencukupi dan jika sakit, segera bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Ya Allah semoga kau lindungi kami semua dari dijangkiti wabak Virus Covid19. Lindungilah kami semua dari penyakit berbahaya. 

Ya Allah semoga dengan ihsan dan kasih sayangmu Semoga terhapus wabak ini dari muka bumi ini. Ampunkan dosa2 kami Ya Allah. Aminn.


#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang

Saturday, 11 April 2020

APAM NASI JUADAH PETANG WAKTU PKP

Bila suami ada je idea nak masak apa. Maka terhasillah apam petang ni. Semalam dah buat. Tak berapa nak jadi. Petang ni dia test lagi tapi suami den tetap tak puas hati. 

Katanya tak berapa nak jadi. Isi parut kelapa takde. So dia tabur dengan hirisan gula melaka sebab apam ni kurang manis. Kira ngamlah rasanya. 😘

Apam Nasi PKP


Takpe yang janji boleh makan kami ngap dengan rasa bahagia dan sedap dimakan.hihi. Mikhail suka apam ni rupanya😋

Nak abadikan kisah PKP ni macam2 aktiviti kami sekeluarga. Kalau bab masak2 serah kat suami Master Chef kat rumah. Alhamdulillah terim kasih encik suami💓

#MenuPKP
#StayAtHome
#StaySafe

Thursday, 9 April 2020

MAKNA BACAAN DI DALAM SOLAT

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya).

Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat



Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat untuk kita bersama

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)