Wednesday, 1 January 2020

Kelebihan Selawat Tafrijiyah


Kelebihan Selawat Tafrijiyah
Selawat Tafrijiyah

Alhamdulillah rezki kakRehan mengenali mentor bisnes Shaklee Kak Norita yang selalu tekankan amalan rohani dalam kehidupan. Bisnes2 juga tapi jangan dilupa pemberi rezki. Dengan amalan2 menjemput rezki.

Ni antara yang beliau kongsikan masa kelas sebelum ni Selawat Tafrijiyah. Lepas tu dia share video ustaz yang baca dengan nada berlagu. Mula2 ikut sama baca dan hafal. Alhamdulillah sekarang boleh baca sendiri.

Ni kakRehan kongsikan kelebihan Selawat Tafrijiyah semoga Allah makbulkan segala hajat kita dengan izinNYA jua.

Antaranya:-

1. Allah akan melenyapkan bahaya, kesukaran, serta kesedihan yang menimpa dirinya.

2. Dipermudahkan segala urusan hidup.

3. Dipermudahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

4. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

5. Dilindungi daripada segala bencana.

6. Apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

7. Pandangan dan pendapatnya mudah diterima ramai.

8. Diri senangi oleh orang ramai.

Wallahu'alam

@Sumberilmu
#sharingiscaring


Apa yang saya dapat bila amalkan selawat ni. Hati rasa lebih tenang walaupun ada masalah dari segi kewangan. Kemudian rezki customer datang tiba2. 

Ada yang mudah close sales dan customer lama mencari semula.Semoga setiap amalan kita diterima Allah. Bukan buat semata nak kaya tapi jadikan amalan untuk pahala berterusan. Amin  in shaa Allah.


Kalian juga boleh tengok youtube kat SINI

No comments: