Tuesday, 24 November 2020

TERGEMPAR! KES COVID19 DI MALAYSIA PALING TERTINGGI PADA 24 NOVEMBER 2020


Saban hari berita kes covid19 di Malaysia semakin meningkat. Harini paling mengejutkan kes paling tertinggi sehari 2188 kes. Kami di Selangor diuji pula selepas negeri Kedah dan Sabah dah mula menurun kes.

Allah sedihnya kami dah 2 bulan pkpb tapi kes bukan makin berkurang. Makin bertambah adalah. Berat ujian ini namun Allah turunkan ujian pasti berhikmah. Yang paling kesian dan penat para frontliner.😌😢


Kes Covid19 harini 24 November 2020

Kami di Klang paling tinggi kes😭

Saya nak ajak kita semua sama2 jaga diri kita. Selain ikut SOP tubuh badan kita pun perlu sihat dengan perisai imun badan yang kuat. Mungkin kita rasa tak perlu nak amik vitamin. 

Namun risiko jika diri sendiri atau keluarga keluar bekerja terdedah dengan virus di luar. Kita masih berisiko juga untuk dijangkiti. Biarlah orang nak kata apa saya nak kongsi manfaat Vitamin C kepada semua. 

Anda dah ada bekalan Vitamin C di rumah?

Kita jaga kita. Pastikan rumah kita, mak kita dan adik beradik kita ada vita.min C sebagai usaha untuk tingkat imun sistem dan langkah berjaga jaga. Semoga kita semua dilindungi Allah dari sakit covid19 ni. Aminn.



#Covid19 #KesCovid19Malaysia
#KuatkanImunBadan
#VitaminC
#VitaminCShaklee

Wednesday, 18 November 2020

KISAH PENGALAMAN PESAKIT COVID19

Dengar sharing kat youtube kisah bekas pesakit covid19 yang dah sembuh. Punca dia sendiri dan pihak KKM sendiri pun tak dapat kenalpasti dari mana. Sebab dia ada gejala sama covid19.

Gambar ihsan google



Maka dia tanya pandangan kawan dia seorang doktor yang suggest pergi swab test 1 family. Termasuk isteri, anak umur 3 tahun dan ibu mertuanya. Hanya dia dan isteri sahaja positif covid19.

Beliau cerita pesakit ni akan diasingkan ikut tahap kesihatan macam mana. Yang tak kritikal ditempatkan di kawasan yang khas bukan di hospital. Katanya mereka tidak diberikan ubat pun. Hanya pemantauan setiap pagi. 

Cuma pihak hospital maklumkan yang hanya imun badan yang kuat dapat melawan sakit ni untuk sembuh. Yang imun rendah yang berisiko tinggi berlaku kematian. 

Apa yang pesakit ni amalkan dia share amalkan Vitamin C setiap hari dan amalkan madu untuk bagi badan dia cepat recover juga imun badan dia kuat. Alhamdulillah hari ke10 dah kembali sihat. 

Kawan2 jangan leka jangan lalai. Kita semua diuji gelombang ke3 covid19. Selangor pula kes tinggi sangat semalam. Please stay at home mana takde keperluan keluar duduk rumah jelah.

Bilakah akan berakhir?
Entah bila. Usaha kita bersama. Hanya doa berterusan kita mampu titipkan. Allah sebaik2 perancang. 💕

#KisahCovid19
#pkpbselangor

Saturday, 14 November 2020

PERGINYA GLI KUCING PENJAGA HAGIA SOPHIA

Tengah layan you tube semalam. Tetiba nampak berita yang tular share di channel youtube tentang seekor kucing terkenal bernama Gli di Hagia Sophia ,Instabul. Berita mengejutkan kematian kucing terkenal kesayangan ramai telah pergi selamanya. 

Gambar google

Info tentang Gli di Wikipedia 



Gli ni pun masuk dalam wikipedia gais😊

Bila tengok gambar Gli, eh macam kenal kucing ni rasanya pernah bergambar masa kami sekeluarga pergi trip di sana. Alhamdulillah rezki kami sekeluarga (saya, suami dan Qaireen) dapat free trip Umrah dan Istanbul tahun 2014).

Gigih saya cari balik gambar-gamba kenangan di Instanbul di album facebook. Nak sahkan betul ke tidak ni. Hehe. Pernah bergambar rupanya dengan Gli ni sebab tengok balik sama kaler bulu dan garisan dia. 

Baik je dia jaga pintu Hagia Sophia.

                Saya suka kucing sebab 
             tu bergambar dengan dia🥰



Gli ni sangat jinak dan baik je dia duduk dalam Hagia Sophia tu masa ni kami lawatan ke sini. Sebab saya pencinta kucing jadi apalagi bergambar lah dengan si comel Gli ni. 



Tak sangka panjang umur dia 16 tahun hingga hayatnya. Gli mati pada 7 November 2020 yang lalu akibat sudah berusia. Selamat tinggal Gli dalam kenangan. Rupanya ada kenangan bergambar dengan kucing retis 💕

Monday, 2 November 2020

PROMO SHAKLEE NOVEMBER 2020


Berita gembira buat semua pengguna tegar Shaklee atau yang baru nak cuba produk Shaklee. November ni kami nak beri hadiah vitamin percuma.
Yes betul! 




Caranya dengan pembelian 2 set special ni 👇

1. SHAKLEE BEST SELLER SET



Dalam set ni mengandungi 5 produk Shaklee yang lain iaitu
- Esp
- Omega Guard
- Vitamin C
- Ostematrix
- B complex

Pembelian set ni LAYAK DAPAT
💕FREE 1 botol Zinc. (Yeahhh! Bestnya dapat vitamin percuma🥰)
💕FREE Keahlian Shaklee ( untungnya jimat RM35. Lepas ni boleh beli pada harga ahli lebih jimat dan murah tau)
💕Automatik dapat harga ahli dari harga RM515. Bayar pada harga RM412. (Biar betulll😳. Ye betul! Tak tipu)
💕 FREE Shipping Shaklee (yeahh bestnya ni suka ni tak perlu bayar pos. 😍)

SET NI SESUAI UNTUK👇
- untuk seisi keluarga yang dah berusia 13 tahun ke atas
- Lelaki dan wanita dewasa serta warga emas yang pentingkan nutrisi dan kesihatan dalaman.
- Sangat di cadangkan ibu hamil, berpantang dan menyusu. (Cuma zinc ibu hamil tak boleh consume lagi. Nanti boleh ambil masa pantang tau😊)
- Yang nak maintain badan dan kulit yang sihat

Apa tunggu lagi jom grab set ni. KLIK SINI

2. SHAKLEE VIVA VIVIX SET




- Belian 2 botol Vivix ni LAYAK DAPAT

💕FREE SEBOTOL VITAMIN C SHAKLEE (Ya Allah bestnya sebab sebotol vitamin c harga RM97.50. Untungnya 🥰)

💕FREE Keahlian Shaklee ( untungnya jimat RM35. Lepas ni boleh beli pada harga ahli lebih jimat dan murah tau)
💕Automatik dapat harga ahli dari harga RM950. Bayar pada harga RM760 . Biar betulll😳. JIMAT RM190 tuu. )
💕 FREE Shipping Shaklee (yeahh bestnya ni suka ni tak perlu bayar pos. 😍)
💕 FREE CASH BONUS SHAKLEE bernilai RM38. Fuhh beli barang pun dapat bonus lagi. Alhamdulillah syukur)

SET NI SESUAI
- remaja berusia 18 tahun ke atas
- Lelaki dan wanita dewasa serta warga emas yang nak tingkatkan kesihatan 
- mereka yang nak awet muda sebab vivix ni tinggi antioksida
- Mereka yang tak boleh atau tak suka telan pil vitamin. Bolehlah amalkan vivix ni🥰




Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Hubungi
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik link

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Cod Shaklee area Teluk Gadong, Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan Klang
( certain area kami tak cover).
Caj cod dikenakan mengikut jarak.

#BisnesShaklee
#DesireFamily
#ShakleeKlang
#ShakleePortKlang
#FreeAhliShaklee
#FreeKeahlianShaklee

Monday, 26 October 2020

SCAMMER TIPU DUIT MELALUI WASAP


Beberapa hari yang lepas, Saya terima satu wasap seseorang yang guna muka kawan fb Erin Adzmi. Saya layankan wasap dia. Tapi hati dah rasa pelik tak pernah dia nak wasap. Padahal boleh je pm kan. Ingat nak order vitamin shaklee. Haha. 😅😂

Untuk pengesahan sy pm di inbox kawan fb tu tanya dia ada wasap saya ke? Screenshot wasap tu, dia kata bukan no fon dia. Sah scammer!

Ni saya check no di di true caller keluar nama ni😜


Ni saya pm di inbox facebook erin tu.
Dia kata bukan nombor fon dia. See!


So saya layankan wasap dia apa dia nak sebenarnya. Yang pastinya orang macam ni sah-sahlah scammer nak tipu duit orang. Yes betul! Soalan dia trick online banking ok tak. Dia ada problem tac.

Dia akan tanya dulu tak cam tengok pic.





Dia acah2 nak pinjam duit kita dulu tolong transfer ke akaun nombor sekian2. Katanya nanti dia kata transfer balik. Modus operandi dia sama je. No dia sangat hot ramai orang share kat facebook. Dia akan menyamar jadi orang lain2 atau sebagai diri kita. Jahatkan! 

Dan dia akan sembang acah2 kenal lama. Rupanya ramai kawan2 facebook dah terkena dengan si penipu ni. Ramai juga yang buat tindakan sama tanya orang sebenar. Bab duit zaman sekarang orang takkan percaya nak bagi pinjam mudah2 jekan. 


Nak tolong transfer lah konon 
acah2 minta tolong

Dan ayat last tu saya kantoikan dia saya tau dia tipu. 
Lepas tu dia blue tickkan aje😂


So uols please alert boleh save no scammer ni. 

No fon Malaysia 019-2006041


Ni pulak saya search di fb dia menyamar jadi 
orang lain pulak.


Kesian tau yang dia menyamar tu.Boleh jadi fitnah dituduh menipu. Banyak betul orang share no fon si penipu ni. Dah report polis pun nombor fon dia masih wujud. Pelik juga😅

Jangan mudah2 kita nak transfer duit kat orang yang tak berapa nak berapa kenal dan rapat. Hatta sedara or family ke kena confirmkan betul wasap nombor atau hubungi orang yang sebenar tu ye. 

Saya doakan semoga dia diberi taufik hidayah semoga bertaubat😌

#ScammerAlert
#scammerh

Friday, 16 October 2020

TIPS HIJRAH BUAT PARA MUSLIMAH

Assalamualaiku semua dan salam ceria. 

Alhamdulillah saban hari dengar berita beberapa artis wanita terkenal Malaysia dah mulai pakai tudung. Ma shaa Allah happy dengan berita ni.  Mereka ni ada pengikut tersendiri dan pastinya akan menjadi impak positif buat followers depa. 



TIPS HIJRAH BUAT PARA MUSLIMAH

1. Niat hijrah kerana Allah Taala. Jika niat kerana pastinya Allah mudahkan jalan menuju ke arah kebaikan.

2. Terus mencari dan tambah ilmu agama ye. Sekarang ni mudah je nak tambah ilmu agama tanpa perlu ke masjid. Banyak video-video ceramah agama di You tube dan facebook dari ustaz juga ustazah. Kalau ustazah wanita kakRehan suka dengar ceramah atau tazkirah Ustazah Asma Harun dan Ustazah Dato' Norhafizah Musa.

3. Bersahabat dengan mereka yang solehah dan ingatkan kita pada agama. Cari circle kawan positif di media sosial seperti facebook pun mainkan peranan. 

4. Mulakan hijrah dengan perkara yang kecil dan mudah. Contohnya nak tutup aurat pakai tudung. Mungkin ada yang belum sepenuhnya tudung masih singkat atau nampak rambut. then slow2 labuhkan tudung. Ustazah Asma pernah sharing jika nak lihat perubahan jangan bandingkan diri dengan orang lain. Namun bandingkan diri kita yang sebelum ni. Sebelum ni tak pakai tudung but now dah pakai tudung. Alhamdulillah😘

5. Jadilah diri sendiri. 

6. Sabar dan terus semangat istiqamah dalam melakukan perubahan. Pastinya ada banyak cabaran. Allah ada pasti bantu.

7. Jangan eklslusif (menutup diri dari pergaulan). 


Sebenarnya, orang di sekeliling kita pun satu ujian. Yang belum menutup aurat atau belum sepenuhnya usahlah dimaki dan nista mereka.Doakan yang baik2 semoga Allah bukakan pintu hati mereka. Yang sedang berhijrah pula semoga terus istiqamah.

Yang sedang diuji iman juga dari tertutup kemudian dibuka semoga Allah beri hidayah buat kalian. Doa yang baik2 buat mereka. Paling utama solat jangan tinggal. Peringatan buat diri ini juga sama2 kita muhasabah diri dan terus mendalami ilmu agama. 

Tuesday, 6 October 2020

PROMO SHAKLEE OKTOBER 2020



Sempena ulangtahun ke 25 Shaklee di Malaysia. Shaklee offer promo istimewa buat semua pengguna tegar Shaklee atau mereka yang nak cuba best seller kami. 

1. Shaklee Viva Vivix Set



- twinpack 2 botol Vivix RM950
HARGA DISKAUN RM760

2. Shaklee Best Seller Set



1 ESP
1 OMEGA
1 VITAMIN C
1 OSTEMATRIX
1 B COMPLEX

Setiap pembelian mana2 set dapat hadiah 

❤️FREE KEAHLIAN SHAKLEE (mereka yang belum ahli lagi)
❤️FREE EKSLUSIF BEG SHAKLEE
❤️FREE SHIPPING


Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Hubungi
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik link

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Cod Shaklee area Teluk Gadong, Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan Klang
( certain area kami tak cover).
Caj cod dikenakan mengikut jarak.



Monday, 5 October 2020

Cadangan Suplemen Mengikut Lapisan Masyarakat

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Alhamdulillah semoga kita semua diberi kesihatan yang baik. Saya ingin berkongsi info tentang keperluan suplemen oleh Doktor Zubaidi. 

Setiap lapisan masyarakat mungkin memerlukan suplemen yang berbeza.




1. Suplemen untuk lelaki dan wanita. Terutamanya dalam hubungan suami dan isteri dan dalam proses mendapatkan zuriat.

2. Suplemen untuk atlet bagi meningkatkan pencapaian sukan. Jadi pilih suplemen yang organik, bukan "suplemen" yang dicampur dengan dadah atau bahan terlarang.

3. Suplemen untuk meningkatkan daya tahan terutama bagi mereka yang kerap demam dan selsema, ada masalah kulit yang kronik, atau penyakit kronik yang telah menerima rawatan tetapi masih tidak terkawal. Pilih suplemen yang sesuai dan dos yang optima.

4. Suplemen bagi kanak-kanak terutama yang obes akibat kegemaran mereka mengambil banyak makanan dan minuman bergula, banyak makan makanan berproses dan tidak suka makan sayur. Sebab itu banyak vitamin dan bahan tambahan yang ditambah pada susu tepung yang dijual dan diiklankan di TV.

5. Suplemen bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak. Mereka kerap dibekalkan dengan asid folik, zat besi dan omega 3 untuk keperluan ibu dan anak.

6. Suplemen untuk meningkatkan tenaga dan berasa lebih positif dalam hidup.


Semua suplemen ini akan lebih berkesan dengan mengamalkan pemakanan yang betul dan menjalankan aktiviti fizikal yang secukupnya.


Sumber :

https://www.facebook.com/185816391438444/posts/3449796345040416/?extid=0&d=n


#HealthDrZubaidi

Thursday, 1 October 2020

Esp Shaklee Dihasilkan Tahun 1961 Lagi



Tertarik dengan sharing Fieza di facebooknya



Hai awak semua. Hujung2 minggu ni mesti 

berjalankan?

Siapa yang minum ESP pagi tadi? Untuk tenaga dan kawal cravings makanan yang macam-macam kat luar tu.


Atau siapa yang pernah cuba minum ESP?


Nak tau tak sejarah ESP bila dihasilkan?


KEUNIKAN ESP SHAKLEE DIHASILKAN PADA TAHUN 1961



  1. Shaklee telah menghasilkan minuman yang bersumberkan protin soya sejak 1961 lagi dan yang pertama di dunia. Kajian & penambahbaikan ke atas ESP dibuat dari semasa ke semasa.



Esp dihasilkan pada tahun 1961



INFO


✔Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat meluas & komprehensif. 

Merupakan protin berkualiti tinggi yang pernah di hasilkan

✔Diperbuat daripada “non-GMO” – (non-Genetically Modified Organism) yang mana ianya diproses pada kadar suhu yang rendah


✔Setiap 850g (Satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya


✔Mampu memberi sumber tenaga segera & boleh bertahan lama


✔Menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia


✔Diperkaya dengan 5 sumber VITAMIN & 4 sumber MINERAL


✔Sesuai untuk semua peringkat umur


✔Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ianya sangat sesuai kepada penghidap kencing manis


✔Satu hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu


✔Rendah lemak, Tiada Kolestrol, Tiada Asid Uric & Sangat mudah diserap oleh tubuh



   Kebaikan Esp Shaklee

                  

Kiranya dah 59 tahun ESP ni wujud. Lama tu. Produk yang tak berkualiti tak kan bertahan lama..ye tak? 😉


Selain dari kelebihan yang buat ESP bertahan lama, ia juga punya ramai peminat sebab fungsi dan manfaatnya.

Nak tau labih lagi selalu-selalu la singgah kedai online KakJah ni ye. Link FB beliau klik sini 
facebooknya atas nama Norhafizah Abdul Shukor. Beliau Pengedar Sah Shaklee area Batu Caves, Selayang dan Batu Muda , KL

Atau
Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Hubungi
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik link

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Cod Shaklee area Teluk Gadong, Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan Klang
( certain area kami tak cover).
Caj cod dikenakan mengikut jarak.

#BisnesShaklee
#DesireFamily
#ShakleeKlang
#ShakleePortKlang
#FreeAhliShaklee
#FreeKeahlianShaklee


Wednesday, 30 September 2020

BETUL KE KALAU JUAL DI DRUGSTORE BARU BOLEH PERCAYA?

Assalamualaikum dan salam bahagia semua pembaca.

Harini sajelah nak berkongsi topik hangat yang selalu menjadi isu ramai. Ramai yang fikir suplemen atau produk kecantikan ni kena masuk drugstore dulu baru boleh beli. Kalau tak dijuak dikira produk sampah. kakRehan setuju kalau nak cari produk yang trusted surelah kat drugstore contoh macam watson ke, guardian orany farmasi tu rasa lebih selamatkan.


Namun produk Shaklee tidak dijual di mana-mana farmasi mahupun drugstore di Malaysia. Alamak macam mana ni? Dan inilah isunya bila ada yang sesuka hati menuduh Shakleeni umpama produk sampah. Rileks gais! Tarik nafas dalam-dalam as a seller ni kenalah banyak bersabar gituuu.hehe


Ehh Shaklee dah ada di farmasi / drugstore ke? Sebenarnya mungkin ada segelintir yang tak tahu kenapa Shaklee tak ada di drugstore Malaysia ni. Ok begini kisahnya, produk yang nak masuk dalam sesebuah negara, mesti ada lesen. Lesen Shaklee di Malaysia adalah sebagai produk/syarikat Jualan Langsung. Jadi memang akta produk jualan langsung tak boleh dijual di drugstore termasuk e-commerce web macam shopee, lazada dll.

Sebab tu kalau awak beli di kedai jamu ke, shopee lazada ke, tak ada jaminan dan tak ada consultation ye. Tapi di Singapore, tak ada jualan langsung. Jadi Shaklee boleh masuk di Singapore dan boleh dijual di DRUGSTORE ye kawan-kawan.

Haa, cuma bila masuk drugstore, of course lah harga lebih berganda. Macam harga bawah ni, harga Singapore dolar la. Convert ke duit Malaysia tak ke mahal? Maka berhuhu lah kita.hihi



Produk Shaklee di Singapore dijual di drugstore



Tapi bukan nak cerita mahal murah, cuma nak bagitau tak semestinya tak ada di drugstore tu semua produk sampah. Dan tak semua produk di drugstore pun bagus berkualiti. Dah faham, nak harga murah? Jomlah join ahli Shaklee yang serendah RM35 sahaja dah layak nikmati harga murah dan jimat.





Hubungi
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik link

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Cod Shaklee Klang  area Teluk Gadong, Kg Delek, Sungai Udang, Teluk Pulai, Kampung Raja Uda, Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan sekitar Klang (certain area kami tak cover spt Meru, Kapar).

Caj cod akan dikenakan mengikut jarak.






Sunday, 24 May 2020

Salam Aidilfitri 2020 Penuh Kelainan

Pengalaman raya tahun ni berbeza buat kami semua rakyat Malaysia. 1 dunia diuji dengan musibah wabak virus Covid19. Kami semua tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung.

Beruntunglah rezki mereka yang tinggal 1 negeri dengan mak ayah. Rebut peluang ziarah. Namun dengan adanya virus ni ramai juga ambil langkah berhati2 hanya duduk di rumah tidak beraya. Kita jaga diri sendiri dan keluarga.

Alhamdulillah raya kalini penuh hikmah. Hargai insan tersayang. Hanya panggilan video buat mak dan ibu mertua di kampung. Dengar lagu raya pun alahai syahdu. Kuat dan tabah Semoga wabak ini berlalu pergi.

Dengan rendah hati ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.




Stay safe semua. Raya tetap raya tanda kemenangan umat Islam Syawal yang mulia💗

#FamilyKakRehan
#RayaPkp

Sunday, 10 May 2020

Intipati Perutusan Khas PM. 10 Mei 2020.



1. Kepatuhan rakyat memuaskan.
2. Peratusan sembuh tinggi.
3. Malaysia berada di tangga ke 4 dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan daripada 105 negara.
4. Hampir seluruh mukim di seluruh negara berstatus hijau. 0 kes semenjak 2 minggu yang lalu. 94.4% adalah zon hijau. Selebihnya adalah kuning dan merah.
5. Penduduk zon merah dinasihatkan berhati hati. Kurangkan aktiviti di luar rumah.
6. Penduduk di luar zon merah dinasihati tidak ke zon merah.
7. Penduduk zon hijau perlu juga berhati hati. Tidak perlu kesana kesini sekiranya tidak perlu. Virus ini adalah musuh senyap. Amalkan norma baharu.
8. Proses hasilkan vaksin ambil masa 12 - 18 bulan.
9. Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB *DILANJUTKAN* selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.
10. Segala SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPB.
11. LARANGAN PERGERAKAN antara negeri masih BERKUATKUASA.
12. BALIK KAMPUNG untuk tujuan hari raya TIDAK DIBENARKAN.
13. PM menasihati supaya rakyat bersabar.
14. Ziarah menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga terdekat. Tidak melebihi 20 orang dalam satu satu masa.
15. Pastikan rumah sentiasa bersih.
16. Elakkan berada di tempat yang dekat dan tempat yang tertutup.
17. Sekiranya ingin bersembang dengan tetamu. jaga jarak.
18. SOP solat berjemaah di masjid sedang diperhalusi. InsyaAllah, syiar Islam akan bersinar semula.
19. Kelonggaran kepada suami isteri yang bekerja rentas negeri untuk bertemu. Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau ke Balai Polis terdekat.
20. Menteri Kewangan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei 2020 melalui kaunter atau email.
21. 2.3 juta permohonan BPN telah diluluskan pada 9 Mei 2020 melibatkan RM11bil.
22. Kerajaan Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik. Rakyat Malaysia diseru supaya terus mengikuti SOP yang ditetapkan.
23. Jika berlaku peningkatan kes yang ketara, PKPD akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas.
24. Rakyat dirayu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
25. Selamat Menjalani ibadah puasa.

Sekian.
Diringkaskan

Wednesday, 22 April 2020

NOTA KESYUKURAN PKP HARI KE36

Assalamualaikum dan salam bahagia

Coretan ini aku abadikan dalam blog untuk kenangan. PKP ni sinkatan untuk Perintah Kawalan Pergerakan. Di mana kami rakyat Malaysia perlu duduk di rumah disebabkan wabak penyakit COVID19 yang melanda negara malah melibatkan 1 dunia.



Wabak kalini sangat jahat dan berbahaya. Kalau sebelum2 ni ada virus lain yang menular. Namun dapat diatasi dengan adanya vaksin dan ubat yang sesuai. Kalini virus ni takde langsung ubatnya. Virus ni menyerang mereka yang imun badannya rendah.

Beruntunglah kita tinggal di Malaysia. Kerajaan support dan dari segi keperluan perubatan dan hospital mencukupi. Namun di sebalik musibah ini. Frontliners yang terlibat terutama para doktor, jururawat, polis, askar dan mereka yang terlibat.

Paling utama rakyat Malaysua sendiri perlu duduk di rumah untuk atasi wabak ini menular. Aku duk tengok video kisah covid19 kat Ecuador. Menyayat hati betul. Mayat tersadai tepi jalan. Takde siapa nak amik. Ada yang mati dalam rumah.




Sebenarnya negara lain pun ada. Lagi2 negara yang alami masalah kewangan. Sampai keluarga terpaksa tidur luar rumah. Sebab hospital depa penuh kes mereka pun tak mampu dan tak cukup orang. Sedihh dan meruntun jiwa. 😭

Bersyukurlah kita di Malaysia. Bersama kita patuh pada arahan PKP. Beza kita yang beragama Islam adanya iman. Kita terus berdoa dan kebergantungan pada Allah. Teruskan berdoa semoga wabak ini berakhir. Aminn💓

Wednesday, 15 April 2020

SUAMI BUAT KARIPAP PUSING PENING SEMPENA PKP

Assalamualaikum dan salam bahagia gais!

Hai sajalah sesambil kakRehan sharing santai dalam blog ni. Coretan di musim PKP. Apa tu PKP? PKP nama panjang dia Perintah Kawalan Pergerakan. 15hb ni masuk Fasa ke3 kami semua PKP.

Ini antara ujian kami 1 dunia hadapi wabak corona virus atau nama glemernya Covid19. KakRehan taknak cite ni dalam kisah kalini. Nak cite musim PKP ni suami kakRehan ada je idea nak masak macam2. 

Walaupun hakikatnya memang dia yang selalu masak.hihi. Iols tukang makan dan tolong cuci2 pinggan dan wat keje lainlah. Jangan kata den malas pulak. Dah suamiku memang suka masak.hihi.

Kisahnya 15hb April 2020 siap tarikh tu dia Kang lupa. Boleh cite anak cucu nanti😆
Suami kakRehan buat karipap pusinh ni. Berjasa jugalah acuan yang kubeli masa mula2 kahwin. Asalnya den nak buatlah nanti. Sudahnya terperap laci.haha.


Karipap Pusing menjadikk. Yeahh!

Akhirnya suami kakRehan rasmikan dengan jayanya. Acuan ni sesuai yang tak reti kelim tepi lawa2. So guna jelag acuan. Resepi kakRehan tak tau. Ku share gambar jelah. Boleh lah tengok you tube cara buat. Ramai je orang share okeh.



Acuan karipap beli bertahun dulu..baru rasmi😆



Ayunya tangan suami den😄

Rupa sebelum digoreng. 


Alhamdulillah kami makan senang hati. Cakap je nak makan apa. Setakat ni Alhamdulillah suami kakRehan akan penuhi permintaan kami anak beranak. 

Terima kasih encik suami.🤩

#KaripapPKP
#ApisMasak
#KakRehanMakan

Tuesday, 14 April 2020

ADA MASALAH GASTRIK DAN RISAU RASA LAPAR MASA PUASA NANTI? INI PENYELAMATNYA

KakRehan kalau ada masalah gastrik nak amik apa ye?

Orang yang ada gastrik mesti risau lagi2 tak lama lagi nak puasa pulak tu. Sekarang pun time pagi2 perut pedih dah berbunyi minta diisi. Tak boleh makan sebarang pula tu

Ok ni kakRehan share pengalaman peribadi ada masalah gastrik sikit. KakRehan amalkan protein Esp suam minum awal pagi. Then malam if perut pedih pun minum Esp untuk alas perut tu. 





Pilihan lain kalau tak suka minum plain. Ada protein cinch Shake yang super sedapp ni.😋

Boleh pilih perisa coklat ke. Cafe latte or vanilla pun ada. Jangan risau kalau Esp atau cinch Vanilla banyak resepi smoothie uols boleh try tau🤩




Bolehlah nak buat stok time puasa nanti. Ambil time sahur. In shaa Allah puasa takde rasa pedih perut sangat dan mampu bertahan bagi mereka yang gastrik💓

Nak cuba protein Shaklee yang berkhasiat ini boleh je terus wasap KakRehan

Dapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat dengan mendaftar ahli Shaklee serendah RM35 atau belian point 100UV ( RM380 ke atas) layak dapat Free Keahlian Shaklee😍

Nak join ahli boleh daftar sini. Klik link
Lepas daftar boleh hubungi saya ye untuk info lanjut.

Hubungi
Puan Raihan 017-2549388 atau terus klik link

Pos Shaklee seluruh Malaysia.

Cod Shaklee area Teluk Gadong, Bukit Tinggi, Pandamaran, Bandar Botanic, Rantau Panjang, Port Klang dan Klang
( certain area kami tak cover).
Caj cod dikenakan mengikut jarak.



#Gastrik
#PuasaShaklee

Monday, 13 April 2020

RISIKO JANGKITAN COVID19 BUAT WARGA EMAS

Warga emas berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi yang lebih serius.



Anak atau penjaga yang tinggal berjauhan, pastikan  keperluan ibu bapa mencukupi dan jika sakit, segera bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Ya Allah semoga kau lindungi kami semua dari dijangkiti wabak Virus Covid19. Lindungilah kami semua dari penyakit berbahaya. 

Ya Allah semoga dengan ihsan dan kasih sayangmu Semoga terhapus wabak ini dari muka bumi ini. Ampunkan dosa2 kami Ya Allah. Aminn.


#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang

Saturday, 11 April 2020

APAM NASI JUADAH PETANG WAKTU PKP

Bila suami ada je idea nak masak apa. Maka terhasillah apam petang ni. Semalam dah buat. Tak berapa nak jadi. Petang ni dia test lagi tapi suami den tetap tak puas hati. 

Katanya tak berapa nak jadi. Isi parut kelapa takde. So dia tabur dengan hirisan gula melaka sebab apam ni kurang manis. Kira ngamlah rasanya. 😘

Apam Nasi PKP


Takpe yang janji boleh makan kami ngap dengan rasa bahagia dan sedap dimakan.hihi. Mikhail suka apam ni rupanya😋

Nak abadikan kisah PKP ni macam2 aktiviti kami sekeluarga. Kalau bab masak2 serah kat suami Master Chef kat rumah. Alhamdulillah terim kasih encik suami💓

#MenuPKP
#StayAtHome
#StaySafe

Thursday, 9 April 2020

MAKNA BACAAN DI DALAM SOLAT

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya).

Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat



Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat untuk kita bersama

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Thursday, 26 March 2020

DOA PM TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KETIKA MUSIBAH COVID19

Pada awal perutusan beliau itu, PM Tan Sri Muhyiddin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Kemudian pada akhir ucapan PM membacakan doa yang buat para netizen sebak.


“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang berbahaya dan wabak yang mengancam nyawa. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya.
Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sambil memuji kekuasaan ALLAH SWT terhadap hambaNYA.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.
“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami,” kata Muhyddin dalam doa beliau.
Perdana Menteri kemudian mengakhiri doa dan Perutusan Khas itu dengan sebaris doa pelindung yang bermaksud: “Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi atau di langit. Dan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.