Saturday, 21 December 2019

RESEPI SPAGHETI CARBONARA VERSI ENCIK SUAMI


"Mama nak makan spagheti"

Bila si kecik dah pandai request. Jap eh dik mama minta resepi kak ayah. Maka si ibu pun wasap si ayah tanya resepi spagheti carbonara😆

Iye tak pandai masak. Tapi dah ikut resepi tu. Ehh sedap juga den masak. Perasan sekejap dibuatnya. Hihi. KakRehan ni baru berjinak2 kembali dunia masak2 kat dapur weh.

Ni resepi dan cara masak gigih dia menaip bagi kat den. Siap kakRehan tanya tu copy resepi ke taip sendiri.haha. Terharu wehh😁

Spagheti Carbonara


BAHAN2 DAN CARA2 MASAK

Spaghetti 
Masukkan air sehingga tenggelam spaghetti 
Sesudu garam & sedikit minyak
Biarkan mendidih
Kemudian gaul gaul ketika mendidih dengan garfu supaya spaghetti x melekat.

Kuah
*5 ulas bawang putih cincang
*2 besar sudu butter
*Sesudu kecil black paper
*Sesudu kecil parsley
2 sudu besar tepung jagung @ gandum
(Bancuh dengan satu jug kecil air)
1 cup susu
2 cube ayam (Saya guna 1 cube je dah cukup rasa)
Sosej ayam potong kecil
Cendawan butang potong dadu (ni saya tambah. Takde takpe)
Cara
Tumis bahan bertanda seketika.
Masukkan bancuhan air tepung
Masukkan susu
Masukkan sosej
Kemudian masukkan kan cube ayam
Api kecil
Biarkn mendidih
Kacau perlahan
Perasakan dengan sedikit garam(jika perlu)
Siap untuk di hidang

Sesuailah sesiapa yang baru nak belajar masak tu. KakRehan suka masak versi simple aje. Ok kejap lagi nak makan tunggu kecik bangun🤗

#KakRehanMasak
#SpaghetiCarbonara

No comments: