Tuesday, 24 December 2019

RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH DAN PASTI SEDAP

Menu simple makan tengahari semalam. Lewat masak dan makan juga. Gara2 duk mikir nak masak apa. Apalagi duk search resepi Buttermilk chicken ni.


RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH DAN PASTI SEDAP
Ayam Buttermilk cara kakRehan

Alhamdulillah menjadi juga tak ikut resepi betul ubah ikut kreativiti. Janji jadi kot. Snap gambar wasap suami. Dia kata gambar lulus tapi rasa je tak boleh nak kata lulus.hihi.

Ni kakRehan share resepi yang dicari pastu ubah ikut bahan ada kat rumah. 1st time masak resepi ni. Yang penting mudah dan sedap gituuu๐Ÿ˜

*****

Bahan A untuk digoreng:

Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Minyak untuk goreng ayam

Bahan B untuk kuah :

- 3 sudu butter
- Daun Kari (ni agak2 lah)
- 3 biji bawang merah atau setengah biji bawang besar (potong dadu)
- 2-3 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
- 6 biji cili api hijau (saya tak letak sebab anak tak makan pedas)
- 1 sudu kecil susu pekat atau sedikit gula (boleh tambah ikut manis sendiri)
- 1/2 tin susu cair @ 1gelas susu segar @susu penuh krim (pilihan nak guna mana2 susu jangan semua diletaknya๐Ÿ˜†. Kalau nak kuah banyak lebihkan susu)
- 2 sudu tepung jagung atau gandum atau ubi kayu (ni pun jangan mix semua tepung pula ye.hihi. pilihan salah satu then bancuh dalam 2 gelas air kosong)
- Garam ikut rasa atau kiub ayam (saya guna kiub separuh je ikut rasa tekak uols lah ye. Kalau extra air boleh guna 1 kiub)
- Sedikit perahan lemon (kakRehan guna limau kasturi je.haha tu je ada kat rumah. Ni untuk elak rasa muak sebenarnya)

Cara masaknya :
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam.
2. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
3. Goreng ayam sehingga masak. Dah masak ayam. Letak dalam 1 bekas dulu.
4. Untuk kuah, panaskan kuali dan masukkan butter.
5. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
6. Masukkan susu bila bawang dah garing sedikit.
7. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula atau susu pekat jika suka rasa manis2 sikit.
8. Masukkan bancuhan tepung untuk bagi kuah pekat. Ni kena adjust masuk sikit2 dulu. Kalau banyak dah air tak perlu masuk semua. Kalau terlebih pekat sangat, tambah jer air sikit.
9. Masukkan perahan lemon atau limau. Then biar didih lagi tutup api.
10. Dah siap sedia untuk makan dengan nasi panas๐Ÿ’—

Selamat mencuba!

#ButtermilkChicken
#KakRehanMasak

No comments: