Tuesday, 24 December 2019

RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH DAN PASTI SEDAP

Menu simple makan tengahari semalam. Lewat masak dan makan juga. Gara2 duk mikir nak masak apa. Apalagi duk search resepi Buttermilk chicken ni.


RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH DAN PASTI SEDAP
Ayam Buttermilk cara kakRehan

Alhamdulillah menjadi juga tak ikut resepi betul ubah ikut kreativiti. Janji jadi kot. Snap gambar wasap suami. Dia kata gambar lulus tapi rasa je tak boleh nak kata lulus.hihi.

Ni kakRehan share resepi yang dicari pastu ubah ikut bahan ada kat rumah. 1st time masak resepi ni. Yang penting mudah dan sedap gituuu😁

*****

Bahan A untuk digoreng:

Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Minyak untuk goreng ayam

Bahan B untuk kuah :

- 3 sudu butter
- Daun Kari (ni agak2 lah)
- 3 biji bawang merah atau setengah biji bawang besar (potong dadu)
- 2-3 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
- 6 biji cili api hijau (saya tak letak sebab anak tak makan pedas)
- 1 sudu kecil susu pekat atau sedikit gula (boleh tambah ikut manis sendiri)
- 1/2 tin susu cair @ 1gelas susu segar @susu penuh krim (pilihan nak guna mana2 susu jangan semua diletaknya😆. Kalau nak kuah banyak lebihkan susu)
- 2 sudu tepung jagung atau gandum atau ubi kayu (ni pun jangan mix semua tepung pula ye.hihi. pilihan salah satu then bancuh dalam 2 gelas air kosong)
- Garam ikut rasa atau kiub ayam (saya guna kiub separuh je ikut rasa tekak uols lah ye. Kalau extra air boleh guna 1 kiub)
- Sedikit perahan lemon (kakRehan guna limau kasturi je.haha tu je ada kat rumah. Ni untuk elak rasa muak sebenarnya)

Cara masaknya :
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam.
2. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
3. Goreng ayam sehingga masak. Dah masak ayam. Letak dalam 1 bekas dulu.
4. Untuk kuah, panaskan kuali dan masukkan butter.
5. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
6. Masukkan susu bila bawang dah garing sedikit.
7. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula atau susu pekat jika suka rasa manis2 sikit.
8. Masukkan bancuhan tepung untuk bagi kuah pekat. Ni kena adjust masuk sikit2 dulu. Kalau banyak dah air tak perlu masuk semua. Kalau terlebih pekat sangat, tambah jer air sikit.
9. Masukkan perahan lemon atau limau. Then biar didih lagi tutup api.
10. Dah siap sedia untuk makan dengan nasi panas💗

Selamat mencuba!

#ButtermilkChicken
#KakRehanMasak

Monday, 23 December 2019

DOKTOR CADANGKAN IBU HAMIL YANG ALAMI ANEMIA (HB LOW) AMALKAN VITAMIN C

Dari segi perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.

Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.



                     Kredit gambar Assist.com




Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.

*****

Ni cadangan Doktor Zubaidi buat ibu hamil yang mengalami masalah anemia (hb low).


Bagi wanita hamil, pengambilan vitamin C membantu penyerapan zat-zat besi terutama bagi wanita yang mengalami anemia.






Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap haemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin c dapat meningkatkan tahap haemoglobin dengan lebih cepat.

#HealthDrZubaidi

*****


Ada ibu hamil yang tercari2 supplement terbaik untuk naikkan hb boleh cuba Set Naikkan Hb Rendah (Set Anemia) boleh klik sini.  Semoga membantu in shaa Allah.

Saturday, 21 December 2019

RESEPI SPAGHETI CARBONARA VERSI ENCIK SUAMI


"Mama nak makan spagheti"

Bila si kecik dah pandai request. Jap eh dik mama minta resepi kak ayah. Maka si ibu pun wasap si ayah tanya resepi spagheti carbonara😆

Iye tak pandai masak. Tapi dah ikut resepi tu. Ehh sedap juga den masak. Perasan sekejap dibuatnya. Hihi. KakRehan ni baru berjinak2 kembali dunia masak2 kat dapur weh.

Ni resepi dan cara masak gigih dia menaip bagi kat den. Siap kakRehan tanya tu copy resepi ke taip sendiri.haha. Terharu wehh😁

Spagheti Carbonara


BAHAN2 DAN CARA2 MASAK

Spaghetti 
Masukkan air sehingga tenggelam spaghetti 
Sesudu garam & sedikit minyak
Biarkan mendidih
Kemudian gaul gaul ketika mendidih dengan garfu supaya spaghetti x melekat.

Kuah
*5 ulas bawang putih cincang
*2 besar sudu butter
*Sesudu kecil black paper
*Sesudu kecil parsley
2 sudu besar tepung jagung @ gandum
(Bancuh dengan satu jug kecil air)
1 cup susu
2 cube ayam (Saya guna 1 cube je dah cukup rasa)
Sosej ayam potong kecil
Cendawan butang potong dadu (ni saya tambah. Takde takpe)
Cara
Tumis bahan bertanda seketika.
Masukkan bancuhan air tepung
Masukkan susu
Masukkan sosej
Kemudian masukkan kan cube ayam
Api kecil
Biarkn mendidih
Kacau perlahan
Perasakan dengan sedikit garam(jika perlu)
Siap untuk di hidang

Sesuailah sesiapa yang baru nak belajar masak tu. KakRehan suka masak versi simple aje. Ok kejap lagi nak makan tunggu kecik bangun🤗

#KakRehanMasak
#SpaghetiCarbonara

Thursday, 5 December 2019

PELUANG JADI AHLI SHAKLEE PERCUMA DENGAN BELIAN WELCOME SET SHAKLEE

Hai semua! 
Berita gembira untuk pengguna Shaklee atau yang tengah survey nak cuba produk Shaklee. 

Yeahh! Promo set terpilih ni khas untuk yang bukan ahli Shaklee dapat lebih penjimatan banyak tau.




Kini kembali bermula bulan Disember 2019 hingga Februari 2020.

Ada 5 Shaklee Welcome Set yang ditawarkan iaitu

1. Prenatal Set (Set Kehamilan)
2. Postnatal Set (Set Berpantang dan Penyusuan)
3. Daily Essential Set 
4. Youth Starter Set
5. Twinpack Vivix (Belian 2 botol Vivix)

Apa yang best sangat khas bukan ahli Shaklee yang membuat pembelian mana2 set ni layak dapat 
☆ Percuma Keahlian Shaklee (bernilai RM65). Bestnya!
☆ Diskaun berganda2 dari harga runcit. Harga boleh refer gambar poster. Memang jimat banyak gais🤩
☆ Percuma kos penghantaran. Jimat RM10 uols. Yes sukanya!
☆Paling best dapat cash back bonus Shaklee sekali. Biar betul? Iye betul. Alhamdulillah rezkikan😘



Bagi yang nak cuba produk Shaklee? KakRehan suggest boleh grab promo Welcome Set ni. Limited time juga sah hingga bulan Februari 2020.

Untuk makluman pengeposan Shaklee seluruh Malaysia.

Info atau berminat nak buat belian boleh
Wasap kakRehan 017-2549388
Atau terus KLIK SINI 

#ShakleeMalaysia
#ShakleePortKlang
#ShakleeKlang

Monday, 2 December 2019

CADANGAN VITAMIN UNTUK ANAK-ANAK YANG BERSEKOLAH

Asyik mak pak je nak sihat dan cantik hensem. Ni supplement untuk anak2. Sesuai sangatlah set ni sebab tak lama nak masuk sekolah. 

Permulaan sihat ke sekolah dengan cadangan supplement Shaklee yang sesuai diberikan pada anak tersayang. Ibu ayah boleh dapatkan set ni terdiri Mealshake, Chewable C plus dan juga Vitalea for Children.







Bulan ni shaklee offer dengan pembelian 1 set ni anda boleh purchase botol air ekslusif Shaklee sekali. Ada 2 warna berbeza hanya boleh pilih salah satu je tau 💗






Ada ibu dan ayah yang nak berikan supplement Shaklee khas anak tersayang?In shaa Allah bantu untuk tambah nutrisi mereka lebih sihat, cergas dan kuatkan imun badan mereka.


Grab promo bulan ni dengan shaker ekslusif tidak dijual di mana-mana dan hanya pada set ini sahaja.


Boleh hubungi
KakRehan 017-2549388 atau terus klik sini

Pos Shaklee seluruh Malaysia.



#SetKanakKanakShaklee

Sunday, 1 December 2019

PROMO SHAKLEE DISEMBER 2019

Hai semua!
Ni kakRehan nak share promo lain khas untuk ahli Shaklee dan bukan ahli. 



1. Collagen Powder Beli 6 Percuma 1.
☆ Layak dapat Free keahlian Shaklee bernilai RM65
☆ Automatik dapat harga ahli Shaklee
☆ Free postage
☆ Cash back bonus

2. Collagen Beli 2 Diskaun 5%
3. Zinc Plus Beli 3 Percuma 1
4. Youth Travel Set 
5. Get Back To School Set

Yeahh! Nak jimat boleh grab bulan ni gais😍

Nak dapatkan produk Shaklee. Pos shaklee seluruh Malaysia

Info lebih lanjut wasap kakRehan 017-2549388 
Atau terus KLIK SINI

#ShakleeMalaysia
#ShakleeKlang
#ShakleePortKlang