RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI MUDAH DAN SEDAP


Versi kurang pedas sebab si kakak request dari haritu. Simple sonang je versi kakRehan. Ni khas untuk yang tak berapa pandai masak. Dah pandai masak sesenyap eh. 🙈


RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI MUDAH DAN SEDAP
        MASAK LOMAK KU CILI2 KANG😂 


Bahan2

1. Ayam 5-6 ketul
2. 1peket santan segar@1 kotak santan
3. Halia sikit agak2 sebesar ibu jari
4. Kunyit hidup agak2 sebesar ibu jari gak
5. 1biji cili merah sederhana besar atau cili padi pun boleh. Nak pedas letak ikut suka nak berapa
6. 1-2 batang serai. Harini tak guna sebab kat rumah habis. Hentam jelah😅
7. 1biji kentang potong dadu
8. 1 kiub pati ayam. kakRehan guna brand Knor

Cara2
1. Serai tu diketuk. Tumbuk cili ,halia dan kunyit sampai lumat. 
2. Panaskan periuk dan masukkan santan dan bahan tumbuk tu dalam periuk. 
3. Masukkan ayam dan kentang. Agak dah menggelagak. Tambah air sikit jika perlu sebab tengok tadi macam kurang air je. Kalau santan tu cair boleh tambah susu cair juga.
4. Buka api perlahan je ye. Then serai dan kiub ayam masukkan juga.
5. Tunggu dalam 20 minit atau cucuk kentang tu dah lembut kira masaklah tu. Dah siap!

Ni versi kakRehan. Agak betul kot ikut resepi mak orang nogori bagi dulu. Ingat2 lupa.haha. ampun mak! Dah tua camni baru nak beraksi.hehe. Tapi ni resepi paling simple yakmat. 

Selamat mencuba😘

#KakRehanMasak
#ResepiMasakLemakCiliPadi

Comments

iyaseo.id said…
Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..

Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya