RESEPI AIS KRIM VANILA HOMEMADE

Uhuii cuaca panas2 camni sedap makan aiskrim. Lagi sedap kalau makan dari air tangan sendiri..ececeh!



KakRehan buatkan aiskrim untuk tekak sendiri dan anak2 makan. Resepi super simple kakRehan cari confirm yang paling mudah nak buat.hehe. Jom tengok bahan.

Bahan2 
1. 400ml susu segar atau 1 tin susu cair pun boleh
2. 1 sudu besar ovallete
3. 2@3 sudu besar susu pekat manis
4. 1 sudu kecik perisa vanilla.

Atau kalau nak letak serbuk coklat atau milo pun boleh. Ikut rasa tak manis tambah susu pekat lagi. Nak tambah warna atau perasa lain pun boleh. 

Caranya just blendkan semua sampai kembang. Agak2 dah nampak buih tu letakkan dalam bekas yang sesuai. 

Kemudian simpanlah dalam peti ais beku semalaman atau sampai beku. Jangan pula tak beku buka nak rasa..ehh. macam laki den😂

Ni kakRehan tabur coklat agak2 cam keras sikit. Sebab cair dia tenggelam.

Selamat mencuba😍

#ResepiAisKrimHomemade

Comments