KISAH SELIPAR PURPLE

Hari last di Madinah selepas ziarah Wida'. Cik Qaireen ikut sekali mama buat solat sunat terakhir di Masjid Nabawi. Kisahnya macam biasa sebelum masuk masjid selipar kami berdua bungkus dgn plastik siap2 dan letak di rak kasut yang ada kat luar. 

Kebetulan selipar qaireen tu comel selipar princess sofea kaler purple. Dan kakRehan ni duk kata janganlah selipar si kakak hilang. Haa tu satu hal fikir bebukan. Dah balik keluar dari masjid amik selipar kat rak. Alhamdulillah selipar ada 2 2 tapi ehh apsal selipar kakak lain je.

Tak tau nak marah ke apa. Terkejut sangat. Terus kakRehan ketawa sebab tengok selipar tu jadi selipar lain tau. Kaler purple juga.  Tapi bukan selipar qaireen. Pelik bin ajaib. Ni sama juga kes kamera. Tak boleh fikir bila masa orang tukar selipar dia. Sebab umat manusia ramai sungguh tau.

Qaireen tanya mama mana selipar kakak. Mama kata ada orang tertukar kot.  Takpelah mama dukung kakak jelah (gambar tu selepas kejadian dia tak pakai selipar dah lah berat oii😅). Selipar yang bukan dianya tu memang tak ambil. Tinggal je. Sambil dukung sambil ketawa kami dua beranak. 




Suami dah tunggu kat luar. Cerita kat dia. Di sana kisah begini memang ujian. Samada kita terima dengan redha atau nak marah2. KakRehan memilih untuk tidak marah2 dan bertenang. Selipar boleh diganti. Yang penting keselamatan anak lebih utama. 


KakRehan,
Rindu Kota Madinah.

#UmrahShaklee
#KakRehanGojes

Comments