TIPS KURANGKAN PEDIH SAKIT KAYAP

KakRehan nak share atas pengalaman sendiri 2 tahun lepas kena kayap. Masa tu pulak tengah sarat mengandung Mikhail.



Memang rasa pedih yakmat dan mencucuk2 sakitnya kena pula kat atas mata,dahi dan atas telinga belah kanan. Paling risau takut effect mata boleh risiko buta. Mujur tak.


Dah pergi klinik dapat ubat makan, sapu dan cuci. Kecuali ubat tak makan sebab masa tu ngandung risau effect baby. Untuk luaran suami kakRehan buat ikut petua mak dia (mak mertua kakRehan lah😁) nak bagi kurang rasa pedih. Ok jom baca


Bahan-bahannya:
1. Beras
2. Bedak sejuk
3. Air


Cara-cara buat
1. Ambil segenggam beras atau ikut nak banyak mana. Lagi bagus standby buat banyak2 je.
2. Tumbuk beras tu umpama melepaskan geram kat sesapa time nilah kan😂 atau nak sonang blend kering bagi hancur jadi serbuk.
3. Then keluarkan letak dalam bekas lain.
4. Nak guna ambil serbuk beras tu dan mix dengan bedak sejuk.
5. Kemudian masukkan air kacau rata. Jangan terlalu cair sangat tau.
6. Then tepek kat tempat kayap tu. Boleh sapu lepas mandi dan sebelum tidur.


In shaa Allah kurang sikit lah pedih tu. Bila dah kering nanti boleh sapu krim herbal blend Shaklee supaya tak berparut tempat kayap tu.


Thanks encik suami jaga masa sakit. Sakit ke tak suamiku jaga baik je.hehe
Tips ni juga kakRehan share dekat customer yang beli set kayap Shaklee tu. Alhamdulillah now dah sembuh sepenuhnya.

FEEDBACK CUSTOMER

Ni kakRehan share feedback salah seorang customer kakRehan dia amik set kayap Shaklee. Actually dia belikan untuk mak dia yang kena kayap 3 bulan tak sembuh-sembuh.

Jadi dia ikhtiar pula nak bagi supplement. Sakit kayap mak dia teruk juga bahagian breast dan ketiak (tak ingat belah kanan or kiri. Kayap ni dia kena bahagian sebelah je tau)

Dan kakRehan share sekali tips kurangkan rasa pedih kayap ni. Alhamdulillah sakit dia berkurangan. Plus mak dia pun amalkan vitamin Shaklee juga untuk kuatkan imun badan.

TIPS KURANGKAN PEDIH SAKIT KAYAP

                        SET KAYAP SHAKLEE


Boleh tag siapa tengah sakit kayap tanpa perlu kena ludah kat muka😂. Seram bila ada bagitau jumpa tok bomoh makan sireh pastu dia ludah tempat kayap tu.

Dan macam2 petua pelik2 juga ada kena jumpa janda lah duda.haha. Mana ok kita ikut. Tak ok ohoii den tak rela kena kat muka  kena ludah dan kena tepek air liur orang. Tak rela aii😱😱

Share jika bermanfaat.

Comments