IBU INI KONGSIKAN TIPS BERPUASA PENUH KETIKA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Perkongsian ini kakRehan share dari rakan Facebook Norhafizah AbdulShukor 



LAGI 13 HARI NAK GANTI PUASA ๐Ÿ˜ช

Ehh bukan KakJah tau. KakJah 4 tahun puasa penuh. Alhamdulillah.

Mengandung - menyusu - mengandung - menyusu.

Semalam KakJah COD ESP katanya 13 hari lagi nak ganti puasa. Jenuh la dengan menyusukan anak lagi, katanya.

So, KakJah pun share la tips KakJah berpuasa penuh walaupun mengandung dan menyusukan Umar & Rayqal. 

1. Jangan skip sahur! 
- Ni wajib. Dan sahur jangan la makan yang ringan-ringan. Tau ibu dan anak perlukan zat, so makan la nasi beserta lauk dan sayur. 

2. Makan kurma dan oat
-Lepas makan sahur tu, kalau boleh makan sekali oat dan kurma. Makan ni memang kenyang, inshaaAllah. KakJah masa kat uum dulu gastrik, kaki pula patah. So ni la makanan KakJah masa sahur. Alhamdulillah bertahan.

3. Minum air secukupnya
-Bermula lepas berbuka sampai la nak ke sahur, pastikan minum air 2-3 liter. Air masak ye, air manis segelas cukup la.

4. Azam dan semangat
- Ni pun penting. Kita dah makan minum cukup. Tapi rasa macam ragu-ragu nak puasa, tak boleh juga. Kena kuat ๐Ÿ’ช

5. Doa
- Bila nak ibadat ni, kita minta la yang baik-baik. Jangan belum buat dah fikir tak boleh. Tak nak minta dengan Allah. Keputusannya memang tak boleh la. 

6. Tambah makanan tambahan
- Yang ni memang membantu KakJah. KakJah pernah disahkan gastrik kronik oleh doktor. Tapi dengan bantuan set puasa Shaklee juga dengan izin Allah, KakJah mampu berpuasa penuh masa mengandung dan menyusukan anak, tanpa gastrik datang menjengah.

Selebihnya, tiap orang badan tak sama. Ketahanan kita berlainan. Apa pun cuba puasa dulu, kalau rasa baby tak okay, badan pun lemah tak bermaya, kita ada ruksah untuk tidak berpuasa. Tapi usaha dulu ya. Kalau tak boleh juga, berbuka la dan jangan lupa ganti puasa. 

Harap membantu awak yang baca ni. Selamat berpuasa! ๐Ÿ˜˜

Nak cari Pengedar Shaklee area Batu Caves dan Selayang boleh wasap Puan Fieza juga 
60197293577

Comments

Fieza Shukor said…
Alhamdulillah.Moga dapat beri manfaat pada yang memerlukan ��
Raihan Idris said…
Tq dear share tips berguna๐Ÿ˜˜