8 SEBAB KENAPA PERLU PILIH PRODUK SHAKLEE

8 SEBAB KENAPA PERLU PILIH PRODUK SHAKLEE

1. Bebas Daripada Bahan Tercemar Berbahaya

Shaklee menyaring lebih daripada 350 jenis bahan tercemar, pestisid dan ketidaktulenan bahan dalam setiap sumber ramuan botanikal terbaru.

Proses penyaringan ini termasuk mengasingkan bahan pencemar lain seperti logam berat (terutamanya arsenik, kadmium dan plumbum), sisa pelarut, radiasi dan mikrob penyebab pencemaran makanan.

8 SEBAB KENAPA PERLU PILIH PRODUK SHAKLEE



2. Bebas Pestisid

Lebih daripada 250 ujian kandungan pestisid dilakukan dan memenuhi piawaian United States Pharmacopia (USP).

Setiap produk suplemen yang dihasilkan oleh Shaklee melepasi piawaian standard USP yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada bahan tercemar berbahaya.

3. Sentiasa Selamat dan Berkesan

Shaklee melakukan lebih daripada 100 000 ujian kualiti setiap tahun. Proses ujian kualiti ini dijalankan sepanjang tahun dan berterusan bagi memastikan setiap produk adalah selamat untuk diambil oleh anda dan keluarga anda.

4. Produk Shaklee Tulen dan Asli

Tiada Perasa tiruan, pemanis dan bahan pengawet.

8 SEBAB KENAPA PERLU PILIH PRODUK SHAKLEE


5. Bebas Gluten

Berita baik bagi mereka yang sensitif, alah atau tidak boleh mengambil sumber gluten dalam makanan. Ia baik untuk perut yang ceria dan saluran penghadaman yang sihat.

Produk Shaklee bebas gluten iaitu sejenis protein gluten, menjadi alternatif dan sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah penyakit Celiac.

6. Non-GMO

Produk shaklee adalah bebas GMO dan mempunyai pengesahan piawaian melalui IPP (Identity Preserved Program).

IPP adalah satu badan yang sangat dipercayai memastikan sumber utama bahan yang digunakan kekal sebagai Non-GMO daripada peringkat biji benih sehingga ke peringkat pemprosesannya menjadi bahan dalam suplemen.

7. Biodegradasi

Berpegang kepada prinsip sentiasa selamat, sangat berkesan, hijau dan bijak; set produk penjagaan rumah Get Clean adalah terdiri daripada bahan mudah terbiodegradasi atau diuraikan semula dalam bentuk yang selamat untuk dikembalikan kepada alam sekitar.

Tidak mengandungi bahaya fosfat, nitrat dan borate. Ia adalah satu bentuk tanggungjawab Shaklee untuk memastikan persekitaran bumi kekal bersih, sihat dan selamat untuk manusia hari ini dan generasi akan datang.

8. Tiada Ujian Terhadap Haiwan

Polisi Shaklee bertentangan dengan konsep ujian terhadap haiwan. Tiada sebarang ujian terhadap haiwan yang dilakukan dalam sebarang setiap bentuk ujian makmal produk Shaklee.

Landmark Study adalah salah satu bentuk ujian yang dilakukan oleh pihak ketiga yang diketuai oleh  Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat dari University of California (UC) Berkeley School of Public Health; yang membuktikan produk nutrisi kesihatan Shaklee adalah yang terbaik, selamat dan berkesan.

Jadi apa tunggu lagi. Gunakan produk Shaklee tanpa was-was. KakRehan sendiri pengguna Shaklee sejak tahun 2011. Dan Alhamdulillah dah nikmati kesihatan diri dan keluarga bertambah baik.





Comments