KUAT BERANGAN PUN SATU DOA JUGA

Betullah apa yang kita cakap tu satu doa. Sebelum ni suami kakRehan selalu berangan nak pi melancong luar negara. Bawa family perhh dia punya berangan tu kalah daku.

Dia punya sembang tu boleh imaginelah macam dah ada kat tempat tu. KakRehan ni tak sekuat berangan macam dia.

Teringin juga tapi sebab mindset duk mikir nak setelkan hutang dan komitmen mana dulu. Sebab otak duk fokus yang tu makanya itulah yang kena hadap. Kena tukar mind set nih😁




Namun rezki suami kakRehan dia dapat pergi join trip luar negara percuma je sebab urusan kerja. Imagine dari bulan 12 tahun lepas tu sampai sekarang dia dah jejak banyak buah negara. Jeles uii! Tapi Alhamdulillah impian dia termakbul.

Sungguh Allah Ya Mujib yang memakbulkan doa hambaNYA dalam pelbagai cara. Takpe kalini  suami pergi sorang dulu. Ada rezki lepas ni rezki isteri anak2 pulak pergi sama.

Ginilah perasaan yang selalu kena tinggal dengan suami ye. Awalnya terasa sedih tapi sekarang dah lali jadikan satu amanah untuk urus anak2 dan rumah. Ikhlaskan hati silap2 dapat hadiah lagi. 😂

Berangan tu percuma jekan. Lepas ni jom berangan dan berimpian yang hebat2. Semoga Allah makbulkan segala impian kita. Aminn.

#KakRehanGojes

Comments