Tuesday, 15 January 2019

TIPS MEMILIH SKINCARE YANG BETUL



TIPS MEMILIH SKINCARE YANG BETUL


Benda pertama anda WAJIB kena tahu adalah:

1. JENIS KULIT

Sebelum pilih skincare, harus tahu jenis kulit kita sendiri, bukan beli sebab kawan pakai okay. Maybe sesuai untuk dia, but tak sesuai untuk kita.

Tapi, ada je skincare yg dirumus khas supaya sesuai dengan kulit semua orang.

Jenis kulit yg ada:

♦ Kulit Kering
♦ Kulit Berminyak
♦ Kulit Kombinasi ♦ Kulit Sensitif
♦ Kulit Normal (untung kulit siapa macam ni)

Bila dah tahu jenis kulit, senang lah kita nak pilih skincare yg sesuai untuk kulit kita.

So pada yang tak tahu macamana nak kenalpasti kulit kita jenis apa, boleh refer post kakRehan sebelum ni.

JENIS-JENIS KULIT


2. PRODUK SKINCARE

Ni pun penting. Nak pilih produk yg bebetul elok bukan senang. Well, semua brand akan claim produk diorang bagus kan? Tapi macamana nak kenalpasti produk tu betul bagus atau berkesan?

a) 1st rule anda semua kena tahu adalah,

KITARAN KULIT .
Kena tahu, kitaran sel kulit kita adalah kebiasaannya 28 hari. Maksudnya memang ambik masa at least sebulan untuk any product tu berkesan kat kulit kita. .

So memana product yg claim boleh putih melepak-lepak dalam masa 3 hari tu memang nampak benor nipu nye! Memang produk tu banyak chemicals berbahaya yg boleh nipiskan kulit muka kita.😨

Sebab tu kulit nampak tegang macam nak meletup and berkilat and jerawat tak mau tumbuh dah. BAHAYA!

Kulit yg sihat ni dia nampak macam kulit budak-budak. Fresh je. Bersih je. Bukan yg macam patung tu.

b) Lepas tu anda kena check .
✔tempoh product tu di pasaran
✔scientific and dermatologist test
✔kandungan dalam skincare
✔kesesuaian dengan skin problem/condition kita

Seeloknya jangan pilih skincare dari brand yg tangkap muat. Kilang tak tahu kat mana. Pengasas tak ada ilmu pasal skincare and fake.

Satu lagi, tak semestinya kalau kawan kita pakai elok, kita pun pakai akan elok. Paling utama jenalpasti jenis kulit kita sendiri.

Semoga membantu😘

Like page kami Desire Spa-Mobile Spa Klang
Ig : kakrehan.gojes

No comments :