Tuesday, 24 December 2019

RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH DAN PASTI SEDAP

Menu simple makan tengahari semalam. Lewat masak dan makan juga. Gara2 duk mikir nak masak apa. Apalagi duk search resepi Buttermilk chicken ni.


RESEPI AYAM BUTTERMILK YANG MUDAH DAN PASTI SEDAP
Ayam Buttermilk cara kakRehan

Alhamdulillah menjadi juga tak ikut resepi betul ubah ikut kreativiti. Janji jadi kot. Snap gambar wasap suami. Dia kata gambar lulus tapi rasa je tak boleh nak kata lulus.hihi.

Ni kakRehan share resepi yang dicari pastu ubah ikut bahan ada kat rumah. 1st time masak resepi ni. Yang penting mudah dan sedap gituuu๐Ÿ˜

*****

Bahan A untuk digoreng:

Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Minyak untuk goreng ayam

Bahan B untuk kuah :

- 3 sudu butter
- Daun Kari (ni agak2 lah)
- 3 biji bawang merah atau setengah biji bawang besar (potong dadu)
- 2-3 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
- 6 biji cili api hijau (saya tak letak sebab anak tak makan pedas)
- 1 sudu kecil susu pekat atau sedikit gula (boleh tambah ikut manis sendiri)
- 1/2 tin susu cair @ 1gelas susu segar @susu penuh krim (pilihan nak guna mana2 susu jangan semua diletaknya๐Ÿ˜†. Kalau nak kuah banyak lebihkan susu)
- 2 sudu tepung jagung atau gandum atau ubi kayu (ni pun jangan mix semua tepung pula ye.hihi. pilihan salah satu then bancuh dalam 2 gelas air kosong)
- Garam ikut rasa atau kiub ayam (saya guna kiub separuh je ikut rasa tekak uols lah ye. Kalau extra air boleh guna 1 kiub)
- Sedikit perahan lemon (kakRehan guna limau kasturi je.haha tu je ada kat rumah. Ni untuk elak rasa muak sebenarnya)

Cara masaknya :
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam.
2. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
3. Goreng ayam sehingga masak. Dah masak ayam. Letak dalam 1 bekas dulu.
4. Untuk kuah, panaskan kuali dan masukkan butter.
5. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
6. Masukkan susu bila bawang dah garing sedikit.
7. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula atau susu pekat jika suka rasa manis2 sikit.
8. Masukkan bancuhan tepung untuk bagi kuah pekat. Ni kena adjust masuk sikit2 dulu. Kalau banyak dah air tak perlu masuk semua. Kalau terlebih pekat sangat, tambah jer air sikit.
9. Masukkan perahan lemon atau limau. Then biar didih lagi tutup api.
10. Dah siap sedia untuk makan dengan nasi panas๐Ÿ’—

Selamat mencuba!

#ButtermilkChicken
#KakRehanMasak

Monday, 23 December 2019

DOKTOR CADANGKAN IBU HAMIL YANG ALAMI ANEMIA (HB LOW) AMALKAN VITAMIN C

Dari segi perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.

Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.



                     Kredit gambar Assist.com




Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.

*****

Ni cadangan Doktor Zubaidi buat ibu hamil yang mengalami masalah anemia (hb low).


Bagi wanita hamil, pengambilan vitamin C membantu penyerapan zat-zat besi terutama bagi wanita yang mengalami anemia.






Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap haemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin c dapat meningkatkan tahap haemoglobin dengan lebih cepat.

#HealthDrZubaidi

*****


Ada ibu hamil yang tercari2 supplement terbaik untuk naikkan hb boleh cuba Set Naikkan Hb Rendah (Set Anemia) boleh klik sini.  Semoga membantu in shaa Allah.

Saturday, 21 December 2019

RESEPI SPAGHETI CARBONARA VERSI ENCIK SUAMI


"Mama nak makan spagheti"

Bila si kecik dah pandai request. Jap eh dik mama minta resepi kak ayah. Maka si ibu pun wasap si ayah tanya resepi spagheti carbonara๐Ÿ˜†

Iye tak pandai masak. Tapi dah ikut resepi tu. Ehh sedap juga den masak. Perasan sekejap dibuatnya. Hihi. KakRehan ni baru berjinak2 kembali dunia masak2 kat dapur weh.

Ni resepi dan cara masak gigih dia menaip bagi kat den. Siap kakRehan tanya tu copy resepi ke taip sendiri.haha. Terharu wehh๐Ÿ˜

Spagheti Carbonara


BAHAN2 DAN CARA2 MASAK

Spaghetti 
Masukkan air sehingga tenggelam spaghetti 
Sesudu garam & sedikit minyak
Biarkan mendidih
Kemudian gaul gaul ketika mendidih dengan garfu supaya spaghetti x melekat.

Kuah
*5 ulas bawang putih cincang
*2 besar sudu butter
*Sesudu kecil black paper
*Sesudu kecil parsley
2 sudu besar tepung jagung @ gandum
(Bancuh dengan satu jug kecil air)
1 cup susu
2 cube ayam (Saya guna 1 cube je dah cukup rasa)
Sosej ayam potong kecil
Cendawan butang potong dadu (ni saya tambah. Takde takpe)
Cara
Tumis bahan bertanda seketika.
Masukkan bancuhan air tepung
Masukkan susu
Masukkan sosej
Kemudian masukkan kan cube ayam
Api kecil
Biarkn mendidih
Kacau perlahan
Perasakan dengan sedikit garam(jika perlu)
Siap untuk di hidang

Sesuailah sesiapa yang baru nak belajar masak tu. KakRehan suka masak versi simple aje. Ok kejap lagi nak makan tunggu kecik bangun๐Ÿค—

#KakRehanMasak
#SpaghetiCarbonara

Thursday, 5 December 2019

PELUANG JADI AHLI SHAKLEE PERCUMA DENGAN BELIAN WELCOME SET SHAKLEE

Hai semua! 
Berita gembira untuk pengguna Shaklee atau yang tengah survey nak cuba produk Shaklee. 

Yeahh! Promo set terpilih ni khas untuk yang bukan ahli Shaklee dapat lebih penjimatan banyak tau.




Kini kembali bermula bulan Disember 2019 hingga Februari 2020.

Ada 5 Shaklee Welcome Set yang ditawarkan iaitu

1. Prenatal Set (Set Kehamilan)
2. Postnatal Set (Set Berpantang dan Penyusuan)
3. Daily Essential Set 
4. Youth Starter Set
5. Twinpack Vivix (Belian 2 botol Vivix)

Apa yang best sangat khas bukan ahli Shaklee yang membuat pembelian mana2 set ni layak dapat 
☆ Percuma Keahlian Shaklee (bernilai RM65). Bestnya!
☆ Diskaun berganda2 dari harga runcit. Harga boleh refer gambar poster. Memang jimat banyak gais๐Ÿคฉ
☆ Percuma kos penghantaran. Jimat RM10 uols. Yes sukanya!
☆Paling best dapat cash back bonus Shaklee sekali. Biar betul? Iye betul. Alhamdulillah rezkikan๐Ÿ˜˜



Bagi yang nak cuba produk Shaklee? KakRehan suggest boleh grab promo Welcome Set ni. Limited time juga sah hingga bulan Februari 2020.

Untuk makluman pengeposan Shaklee seluruh Malaysia.

Info atau berminat nak buat belian boleh
Wasap kakRehan 017-2549388
Atau terus KLIK SINI 

#ShakleeMalaysia
#ShakleePortKlang
#ShakleeKlang

Monday, 2 December 2019

CADANGAN VITAMIN UNTUK ANAK-ANAK YANG BERSEKOLAH

Asyik mak pak je nak sihat dan cantik hensem. Ni supplement untuk anak2. Sesuai sangatlah set ni sebab tak lama nak masuk sekolah. 

Permulaan sihat ke sekolah dengan cadangan supplement Shaklee yang sesuai diberikan pada anak tersayang. Ibu ayah boleh dapatkan set ni terdiri Mealshake, Chewable C plus dan juga Vitalea for Children.







Bulan ni shaklee offer dengan pembelian 1 set ni anda boleh purchase botol air ekslusif Shaklee sekali. Ada 2 warna berbeza hanya boleh pilih salah satu je tau ๐Ÿ’—






Ada ibu dan ayah yang nak berikan supplement Shaklee khas anak tersayang?In shaa Allah bantu untuk tambah nutrisi mereka lebih sihat, cergas dan kuatkan imun badan mereka.


Grab promo bulan ni dengan shaker ekslusif tidak dijual di mana-mana dan hanya pada set ini sahaja.


Boleh hubungi
KakRehan 017-2549388 atau terus klik sini

Pos Shaklee seluruh Malaysia.



#SetKanakKanakShaklee

Sunday, 1 December 2019

PROMO SHAKLEE DISEMBER 2019

Hai semua!
Ni kakRehan nak share promo lain khas untuk ahli Shaklee dan bukan ahli. 



1. Collagen Powder Beli 6 Percuma 1.
☆ Layak dapat Free keahlian Shaklee bernilai RM65
☆ Automatik dapat harga ahli Shaklee
☆ Free postage
☆ Cash back bonus

2. Collagen Beli 2 Diskaun 5%
3. Zinc Plus Beli 3 Percuma 1
4. Youth Travel Set 
5. Get Back To School Set

Yeahh! Nak jimat boleh grab bulan ni gais๐Ÿ˜

Nak dapatkan produk Shaklee. Pos shaklee seluruh Malaysia

Info lebih lanjut wasap kakRehan 017-2549388 
Atau terus KLIK SINI

#ShakleeMalaysia
#ShakleeKlang
#ShakleePortKlang

Monday, 4 November 2019

PENGALAMAN PERTAMA BUAT JOB FACIAL MOBILE SPA

Ni gambar memula pi servis customer tahun lepas. Teringat 1st time facial customer gelabah juga steamer buat hal. Mujurlah facial customer yang kenal. Hihi. 






Setahun sebulan juga dah jadi therapist facial ni. Masih jauh lagi perjalanan. Memang minat dah lama ada. Bila ada peluang offer kelas facial tak fikir panjang dah. 

Terus daftar kelas facial basic kemudian kelas advance secara personal coaching.
Sebelum tu kakRehan memang minta izin suami. 

Syukur Alhamdulillah dia sangat support siap sponsor yuran dan beli peralatan facial spa. 
Terharu sangat dan takkan ku sia-siakan. 

In shaa Allah semoga tahun 2020 nak tambah ilmu spa lagi dan pakej spa. Nak grow team facial juga. Doakan bisnes kakRehan terus berjaya ye semua ๐Ÿ˜

Berminat nak booking slot facial area Klang, Port Klang dan Shah Alam boleh wasap.

KakRehan 017-2549388 atau KLIK SINI
Page : Desire Spa -Mobile Spa Klang

#DesireSpa
#MobileSpaKlang
#MobileSpaPortKlang

Friday, 4 October 2019

DOKTOR INI BERKONGSI KESAN BAIK PENGAMBILAN VITAMIN C

Tertarik dengan perkongsian Doktor Zubaidi di page facebook beliau. Saya kongsikan di sini ye.

Rujukan boleh klik sini



*****

Suplemen vitamin C akan memberikan hasil yang baik bagi mereka yang mengamalkannya. Antara hasil yang boleh didapati dengan pengambilan suplemen vitamin C ini ialah seperti:

Wajah akan kelihatan cantik berseri
Kulit akan menjadi lebih putih dan lembut
Mengekalkan paras vitamin C dalam badan dengan optimum
Penyakit seperti scurvy dapat dielakkan
Gusi dan gigi akan sentiasa sihat dan tidak berdarah

Amalkan makanan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C. Jika tidak suka mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, ambillah suplemen vitamin C dalam bentuk pil atau serbuk. Pilih yang natural dan elakkan mengambil yang sintetik.

#HealthDrZubaidi

***


Ni pengalaman peribadi saya.
Saya pun amalkan supplement vitamin c since 2011 lagi. Sebelum amalkan kerap demam dan jatuh sakit je.

Bila dah amalkan masa tu just utk penyusuan bantu kuatkan imun badan. Alhamdulillah beza sangatlah.

Pastu effect dia kulit pun makin sihat cerah dan susah naik jerawat. Alhamdulillah masih amalkan konsisten hingga harini. Bantu dari segi kualiti kesihatan jarang jatuh sakit.


Info VITAMIN C boleh klik sini

Tuesday, 1 October 2019

KOS SEBULAN AMALKAN VITAMIN C SHAKLEE 54 SEN JE

Hai semua!

KakRehan nak share vitamin hot item Shaklee Vitamin C Shaklee ni. Sebenarnya paling tak suka Vitamin C sebotol tahan 6 bulan bersamaan 180 hari. Bukan tak suka apa tapi jenuh weh nak habiskan tau. Lama betul. Means jimat dan berbaloi sebenarnya. Hihi.



Untuk makluman semua sehari amalkan sebiji je vitamin c ni. Tapi kadang kakRehan amik 2biji sehari. Nak kulit maintain cantik dan kuatkan imun gituu.hehe. Ikut oranglah kalau nak jimat sebiji sehari gais. ๐Ÿ˜š

Apa kelebihan Vitamin C? .
- Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan
- Mengurangkan simptom demam
- Perlindungan daripada sinar uv
- Mengatasi masalah jerawat degil
- Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi
- Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung
- Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh
- Mengurngkan kesan "sunburn" - Menjadikan kulit lebih gebu
- Melembapkan kulit dari dalam - Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
- Tona kulit menjadi lebih sekata
- Bertindak sebagai anti histamim yang berkesan
- Mengurangkan penyakit selsema
- Melindungi badan daripada radikal bebas
- Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
- Merendahkan tekanan darah tinggi
- Memastikan saluran darah mengembang dengan baik
- Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak
- Mencerahkan kulit secara semulajadi
- Membantu kelihatan lebih muda
- Mambantu untuk kurus
- Mengekalkan berat yang ideal
- Merendahkan paras insulin
- Mengimbangkan sistem dalam badan
- Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf
- Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan
- Menghalang terkena serangan jantung
- Mengawal komplikasi diabetes
- Mengawal kelemumur
- Meningkatkan pertumbuhan rambut
- Mengurangkan keguguran rambut
- Menghasilkan rambut yang lebat
- Mengelak daripada uban


Nak cuba Vitamin C Shaklee?
Boleh hubungi
KakRehan 017-2549388 atau terus klik sini

Pos Shaklee seluruh Malaysia.
Cod Shaklee area Klang dan Port Klang.
Pick up Shaklee Teluk Gadong.


#VitaminCShaklee
#VitaminC

Monday, 2 September 2019

Esp Shaklee Dihasilkan Tahun 1961 Lagi

Tertarik dengan sharing Fieza di facebooknya


Hai awak semua. Hujung2 minggu ni mesti 

berjalankan?

Siapa yang minum ESP pagi tadi? Untuk tenaga dan kawal cravings makanan yang macam-macam kat luar tu.


Atau siapa yang pernah cuba minum ESP?


Nak tau tak sejarah ESP bila dihasilkan?


KEUNIKAN ESP SHAKLEE DIHASILKAN PADA TAHUN 1961



  1. Shaklee telah menghasilkan minuman yang bersumberkan protin soya sejak 1961 lagi dan yang pertama di dunia. Kajian & penambahbaikan ke atas ESP dibuat dari semasa ke semasa.



Esp dihasilkan pada tahun 1961



INFO


✔Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat meluas & komprehensif. 

Merupakan protin berkualiti tinggi yang pernah di hasilkan

✔Diperbuat daripada “non-GMO” – (non-Genetically Modified Organism) yang mana ianya diproses pada kadar suhu yang rendah


✔Setiap 850g (Satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya


✔Mampu memberi sumber tenaga segera & boleh bertahan lama


✔Menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia


✔Diperkaya dengan 5 sumber VITAMIN & 4 sumber MINERAL


✔Sesuai untuk semua peringkat umur


✔Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ianya sangat sesuai kepada penghidap kencing manis


✔Satu hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu


✔Rendah lemak, Tiada Kolestrol, Tiada Asid Uric & Sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.



                     Kebaikan Esp Shaklee

Kiranya da 58 tahun ESP ni wujud. Lama tu. Produk yang tak berkualiti tak kan bertahan lama..ye tak? ๐Ÿ˜‰


Selain dari kelebihan yang buat ESP bertahan lama, ia juga punya ramai peminat sebab fungsi dan manfaatnya.


Nak tau labih lagi selalu-selalu la singgah kedai online KakJah ni ye ๐Ÿ˜˜


Atau nak lebih lebih lebih lagi cubalah sendiri ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜Š


Tuesday, 20 August 2019

CAKNA PENGGUNA BIJAK SHAKLEE

Hai semua. Assalamualaikum dan salam bahagia.

Entry kalini kakRehan nak cakna supaya pengguna tegar produk Shaklee jadilah pembeli yang bijak.

Kalau takde orang bagitau mesti tak taukan.
Jadi as pengedar sah Shaklee kakRehan nak cakna kalian pengguna Shaklee sila dapatkan produk daripada dealer yang sah ye. 

Mereka yang jual di e commerce (Shoppee,Lazada dll) telah dikenakan tindakan daripada company. Jualan tidak beretika bawah harga ahli. Malah menganiaya dealer yang lain. 


Pengedar Shaklee Klang
Beli produk Shaklee dengan
Pengedar sah Shaklee


Semakin ramai beli kat sana yang support makin menjadi2. Mereka di kalangan leader yang tinggi income. Boleh jadi sebab nak collect point utk reward2 Shaklee. Rugi ke apa depa bukan kira pun.


Pengedar Shaklee Klang
Jangan beli produk Shaklee di
E dagang seperti shopee,lazada dll


Ramai buat aduan barang diterima tamat tempoh,hampir tamat mahupun rupa bentuk sedikit berbeza. Ni akibat beli Shaklee di lazada. Beli kat sana tapi nak tuntut ganti rugi dengan pengedar lain. Shaklee memang tak akan dapat gantikan produk yang dah tamat tempoh dan rosak jika anda beli di e commerce ye.



Aduan pembeli yang buat belian
di Lazada


Please lepas ni alert dan support dealer sah dan sangat dialu2kan uols jadi ahli Shaklee untuk harga jimat okeh. Ramai yang ambil enteng nak beli lagi murah. Servis dari dealer tak dapat selepas pembelian. 


Jangan Membeli Produk Shaklee Di Laman Web E-Dagang

Shaklee Malaysia telah menerima banyak aduan daripada pelanggan yang membeli produk Shaklee di laman web e-Dagang yang tidak dibenarkan oleh penjual yang tidak bertanggungjawab. 

Shaklee Malaysia tidak menjamin produk tersebut dan orang awam telah diberi amaran.

Pelanggan dinasihatkan untuk membeli secara langsung daripada Pengedar Bebas Shaklee (SID) yang dikenali, supaya mereka dilindungi di bawah Jaminan Shaklee.

Seksyen 9.2.6 
Pernyataan P&R Shaklee menyatakan:

Produk Shaklee tidak boleh dipasarkan atau dijual di Amazon, eBay, Taobao, Craigslist, Backpage, Kijiji, laman
lelongan dalam talian lain atau mana-mana laman e-dagang atau laman perbandingan harga yang menyenaraikan produk lain. 


Pengedar tidak boleh memasarkan produk secara langsung di laman-laman ini, atau melalui penggunaan, dari mana-mana individu atau ejen lain, melainkan kebenaran khusus telah diperolehi daripada Shaklee untuk SID tertentu memasarkan atau menjual produk Shaklee di laman web tersebut

KakRehan doakan semoga Allah beri taufik hidayah kat dealer yang jual salah etika tu. Semoga kita semua beroleh rezki dan keberkatan dalam hidup. In shaa Allah 

KakRehan,
Sebarkan kebenaran✌

#BisnesShaklee
#ShakleeKlang

Thursday, 8 August 2019

SHAKLEE TAK LANTIK MANA2 ARTIS JADI DUTA


KakRehan jarang nak share retis Malaysia ni consume Shaklee. Memang ada pun. Tapi bagi kakRehan retis ni kalau cantik pun sebab depa banyak duit. Boleh je buat skin treatment kat spa.

Dah kalau consume maybe macam jenis produk. Bukan tak percaya. KakRehan pun ada share juga sebelum ni lepas tu malas dah nak up. Kadang depa tu review macam2 produk. Dah tu mana satu yang ok dan tak ok. Semua depa balun.hihi.


Gini sebenarnya takut overclaim tentang retis kang tak dapat sama macam orang lain. Cukuplah kalau kita memang guna setia macam kakRehan ni since 2011 haa. Memang layaklah jadi duta.Duta free je takpe. ๐Ÿ™ˆ
Pengguna Shaklee
Since 2011


Dapat kat depa nak claim duit royalty bagai sebab guna muka depa. Adalah kes ni retis. Ada seller yang up pasal dia. Tak masal nak claim kat Shaklee. Sian Shaklee tak bersalah.hehe.

Kesimpulannya Shaklee tak lantik mana duta okeh. Kami dealer rata2 proven testimoni. In shaa Allah bantu kongsi manfaat yang ikhlas dengan uols๐Ÿ˜˜




Thursday, 1 August 2019

PROMO OGOS VIVIX SHAKLEE

Yuhuuu! Si merah ni promo bulan ni. Harga dia memang bikin mata terbuntang. Percayalah yang ni juga antara top 10 paling femes produk Shaklee.

Ia bukan produk untuk orang have have je. Sebab ramai yang ambil untuk kesihatan. Yang ada masalah kesihatan pun boleh.

Sejenis minuman antioksidan tonik pekat likat rasa masam-masam. Bikin terkujat mata segar bugar terus.hehe. Boleh juga nak bancuh air camtu atau mix jus buah pun sedap.


PROMO OGOS VIVIX SHAKLEE


Oh ye harga tertera tu harga bukan ahli. Tapikan nak pecah rahsia belian set promo ni Buy 6 Free 1 atau Beli 2 Diskaun 5% Automatik layak shaklee member dan siap dapat cash bonus sekali.


VIVIX SHAKLEE


Sekian laporan promo Shaklee untuk si tonik merah Vivix.

Nak lebih info?
Wasap kakRehan 017-2549388
Atau klik link ni

Pengedar Sah Shaklee Klang dan Port Klang.
Postage seluruh Malaysia.

Cod Shaklee Free Delivery
Teluk Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang, Kampung Delek Klang

Cod area 
Bandar Klang, Port Klang, Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Puteri, Bandar Putera, Sijangkang, Andalas

#PromoVivix

Tuesday, 30 July 2019

10 STEP KOREAN SKINCARE ROUTINE

Senang nak faham gambar nikan.
Boleh je guna mix skincare asalkan serasi dan sesuai dengan kulit kita.๐Ÿ˜˜


10 STEP KOREAN SKINCARE ROUTINE
10 STEP KOREAN SKINCARE ROUTINE

Kalau rajin boleh buat rutin skincare korea ni. KakRehan eye cream dan sheet mask je belum ada lagi. Kalau tak mau macam awex korea dah ni.hihi.

Jemput like page KakRehan Desire Spa

*Sumber gambar guardian

#TipsKulitSihatByKakRehan

Sunday, 5 May 2019

CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.

Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak. Jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah.



Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Mudahnya nak beribadah. Jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya  :
ุฃ ُุตู€َู€ู€ู„ู€ِّู€ู€ู‰ ุณู€ُู€ู€ู†ู€َّู€َู€ู€ุฉ َ ุงู„ู€ู€ุชู€َّู€َู€ู€ุฑَุงูˆ ِูŠู€ْู€ู€ุญ ِ ุฑَูƒู€ْู€ู€ุนู€َู€ู€ุชู€َู€ู€ูŠู€ْู€ู€ู† ِ ู„ู€ِู€ู€ู„ู€َّู€َู€ู‡ ุชู€َู€ู€ุนู€َู€ู€ุงู„ู€َู€ู€ู‰
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุชَูŠْู†ِ ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุฉً ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„ْู…َู„ِูƒِ ุงู„ْู‚ُุฏُّูˆุณِ  [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat bersama๐Ÿ˜Š

SEMOGA BERMANFAAT.

Saturday, 27 April 2019

RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI MUDAH DAN SEDAP


Versi kurang pedas sebab si kakak request dari haritu. Simple sonang je versi kakRehan. Ni khas untuk yang tak berapa pandai masak. Dah pandai masak sesenyap eh. ๐Ÿ™ˆ


RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI MUDAH DAN SEDAP
        MASAK LOMAK KU CILI2 KANG๐Ÿ˜‚ 


Bahan2

1. Ayam 5-6 ketul
2. 1peket santan segar@1 kotak santan
3. Halia sikit agak2 sebesar ibu jari
4. Kunyit hidup agak2 sebesar ibu jari gak
5. 1biji cili merah sederhana besar atau cili padi pun boleh. Nak pedas letak ikut suka nak berapa
6. 1-2 batang serai. Harini tak guna sebab kat rumah habis. Hentam jelah๐Ÿ˜…
7. 1biji kentang potong dadu
8. 1 kiub pati ayam. kakRehan guna brand Knor

Cara2
1. Serai tu diketuk. Tumbuk cili ,halia dan kunyit sampai lumat. 
2. Panaskan periuk dan masukkan santan dan bahan tumbuk tu dalam periuk. 
3. Masukkan ayam dan kentang. Agak dah menggelagak. Tambah air sikit jika perlu sebab tengok tadi macam kurang air je. Kalau santan tu cair boleh tambah susu cair juga.
4. Buka api perlahan je ye. Then serai dan kiub ayam masukkan juga.
5. Tunggu dalam 20 minit atau cucuk kentang tu dah lembut kira masaklah tu. Dah siap!

Ni versi kakRehan. Agak betul kot ikut resepi mak orang nogori bagi dulu. Ingat2 lupa.haha. ampun mak! Dah tua camni baru nak beraksi.hehe. Tapi ni resepi paling simple yakmat. 

Selamat mencuba๐Ÿ˜˜

#KakRehanMasak
#ResepiMasakLemakCiliPadi

Thursday, 25 April 2019

RESEPI AIS KRIM VANILA HOMEMADE

Uhuii cuaca panas2 camni sedap makan aiskrim. Lagi sedap kalau makan dari air tangan sendiri..ececeh!



KakRehan buatkan aiskrim untuk tekak sendiri dan anak2 makan. Resepi super simple kakRehan cari confirm yang paling mudah nak buat.hehe. Jom tengok bahan.

Bahan2 
1. 400ml susu segar atau 1 tin susu cair pun boleh
2. 1 sudu besar ovallete
3. 2@3 sudu besar susu pekat manis
4. 1 sudu kecik perisa vanilla.

Atau kalau nak letak serbuk coklat atau milo pun boleh. Ikut rasa tak manis tambah susu pekat lagi. Nak tambah warna atau perasa lain pun boleh. 

Caranya just blendkan semua sampai kembang. Agak2 dah nampak buih tu letakkan dalam bekas yang sesuai. 

Kemudian simpanlah dalam peti ais beku semalaman atau sampai beku. Jangan pula tak beku buka nak rasa..ehh. macam laki den๐Ÿ˜‚

Ni kakRehan tabur coklat agak2 cam keras sikit. Sebab cair dia tenggelam.

Selamat mencuba๐Ÿ˜

#ResepiAisKrimHomemade

Wednesday, 17 April 2019

SEDAP NI KALAU MINUM TIME SAHUR DAN BUKA NI FUHHH SEJUK ANAK2 TEKAK

Ya Allah! Bahangnya cuaca kat luar tu. Rasa belengas duk dalam rumah. Tekak pun kemain haus manjang meronta-ronta rasa nak minum air sejuk nak makan aiskrim lahh. 

Ni belum puasa lagi. Dalam cuaca macam ni risau pula takut letih dan tak larat puasa nanti. Lagi ibu menyusu macam kakRehan. Sejenis yang kena minum air bebanyak. 


La ni tak risau dah. Sebenarnya since 2011 lagi kakRehan standby dah bulan puasa je wajib amik air basikal nihaa. Tengok kaler oren yang mengancam tu. Dibancuh sejuk-sejuk. Fuhh segar yakmat. 



Performance Drink
(Sumber gambar google)


Minum time sahur bantu elak badan terhidrat dan kurang sikit rasa haus. Yang penting badan maintain tenaga. Susu anak pun rileks selamba je. 


Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
2. Ibu mengandung yang kerap letih
3. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
4. Mereka yang berpuasa untuk sahur dan berbuka.
5. Para pesakit yang menghidap gout.
6. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
7.Jika sering diserang sakit kepala atau migrain.
8. Anak-anak yang demam.
9. Anak-anak yang nak belajar berpuasa
10. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
11. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan. 
12. Sesuai anak seawal setahun ke atas dan warga emas.

Tak lama lagi nak puasa boleh try Performance Drink ni. Boleh grab persediaan untuk puasa๐Ÿ˜Š

INFO PERFORMANCE DRINK DAN KANDUNGANNYA



Nak lebih info?
Wasap kakRehan 017-2549388
Atau klik link ni 


Pengedar Sah Shaklee Klang dan Port Klang.
Postage seluruh Malaysia.

Cod Shaklee Free Delivery
Teluk Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang, Kampung Delek Klang

Cod area 
Bandar Klang, Port Klang, Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Puteri, Bandar Putera, Sijangkang, Andalas

Saturday, 13 April 2019

BEST KE BISNES SHAKLEE NI?

Ya Allah! Tak terungkap nak kata sangat best dan bersyukur sangat bertemu bis Shaklee. Dapat reward trip Umrah siapa tak happykan. Pakej bawa suami dan anak sekali. 3 orang sekali kami pergi. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Ni salah satu trip Shaklee Umrah-Abu Dhabi tahun 2015. Dah lama tapi kenangan ke sini pasti tak dapat dilupakan dan sentiasa segar dalam ingatan. 



Sentiasa rindu nak kesana. Kalau tengok tv tengok orang tawaf kat Masjidil Haram pun aku dah sebak rasa nak nangis. Yang dah ke sini pasti tau perasaannya.

Salah satu kelebihan bis Shaklee tawarkan trip Umrah percuma untuk leader yang layak dan achieve target. Permudahkan urusanku dan DESIRE FAMILY. KakRehan doakan kekawan pun dapat jejak ke sini. Aminn.

KakRehan nak ajak kalian yang serius bisnes samada part time atau fulltime.


Wasap kakRehan 017-2549388
Atau klik link ni 


Pengedar Sah Shaklee Klang dan Port Klang.
Postage seluruh Malaysia.
Trusted Shaklee Dealer since 2011

Wednesday, 10 April 2019

KISAH SELIPAR PURPLE

Hari last di Madinah selepas ziarah Wida'. Cik Qaireen ikut sekali mama buat solat sunat terakhir di Masjid Nabawi. Kisahnya macam biasa sebelum masuk masjid selipar kami berdua bungkus dgn plastik siap2 dan letak di rak kasut yang ada kat luar. 

Kebetulan selipar qaireen tu comel selipar princess sofea kaler purple. Dan kakRehan ni duk kata janganlah selipar si kakak hilang. Haa tu satu hal fikir bebukan. Dah balik keluar dari masjid amik selipar kat rak. Alhamdulillah selipar ada 2 2 tapi ehh apsal selipar kakak lain je.

Tak tau nak marah ke apa. Terkejut sangat. Terus kakRehan ketawa sebab tengok selipar tu jadi selipar lain tau. Kaler purple juga.  Tapi bukan selipar qaireen. Pelik bin ajaib. Ni sama juga kes kamera. Tak boleh fikir bila masa orang tukar selipar dia. Sebab umat manusia ramai sungguh tau.

Qaireen tanya mama mana selipar kakak. Mama kata ada orang tertukar kot.  Takpelah mama dukung kakak jelah (gambar tu selepas kejadian dia tak pakai selipar dah lah berat oii๐Ÿ˜…). Selipar yang bukan dianya tu memang tak ambil. Tinggal je. Sambil dukung sambil ketawa kami dua beranak. 




Suami dah tunggu kat luar. Cerita kat dia. Di sana kisah begini memang ujian. Samada kita terima dengan redha atau nak marah2. KakRehan memilih untuk tidak marah2 dan bertenang. Selipar boleh diganti. Yang penting keselamatan anak lebih utama. 


KakRehan,
Rindu Kota Madinah.

#UmrahShaklee
#KakRehanGojes

Friday, 5 April 2019

TENGAH CARI GEL OIL CLEANSER KE? BOLEH CUBA CLEANSER YOUTH NI

Kalau tengah cari Gel Oil Cleanser kakRehan rekemen gunakan Luminous Gel Oil Cleanser Youth Shaklee. 

Penggunaan 1 tiub ni boleh tahan lama juga. Lebih kurang 6-9bulan juga. Berbaloi-baloi. Ni kakRehan share info tentang cleanser ni



LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract, Exfoliating Green Algae Complex.

TESTIMONI LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


Kulit rasa segar dan lembut

Kulit rasa lembut
dan kurang berminyak

Kulit rasa lembut,
bersih dan licin

Jimat dan berbaloi



Kandungan dia pun dah premium bukan calang2. Nak cuba cleanser ni boleh roger KakRehan tau 


Wasap kakRehan 017-2549388
Atau klik link ni 

Pengedar Sah Shaklee Klang dan Port Klang.
Postage seluruh Malaysia.

Cod Shaklee Free Delivery
Teluk Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang, Kampung Delek Klang

Cod area 
Bandar Klang, Port Klang, Pandamaran, Bukit Tinggi, Bandar Puteri, Bandar Putera, Sijangkang, Andalas


#SkincareYouthShaklee
#KakRehanGojes