Thursday, 18 October 2018

JENIS-JENIS KULIT

Sekarang KakRehan sangat pentingkan penjagaan kesihatan muka. Alhamdulillah dapat belajar tentang facial dan join bengkel kecantikan kulit sebelum ni. Jadi taulah serba sikit tentang penjagaan kulit luaran.

Namun penggunaan skincare tu perlu mengikut jenis kulit juga. So jom kenali jenis-jenis kulit. Kulit korang kategori yang mana?



1. Kulit normal

Jenis kulit normal, bekas minyak tidak akan kelihatan di kertas tisu. Selain itu, kulit normal biasanya memiliki tekstur anjal, kenyal, dan jarang memiliki masalah kulit. Jenis kulit ini juga merupakan jenis kulit yang bersih dan halus.

2. Kulit kering

Jenis kulit kering, kertas tisu tidak akan berminyak, tapi wajah akan terasa bersisik dan kering. Kulit kering menyebabkan warna kulit yang pucat, kedut, dan sangat mudah nampak penuaan. Kena selalu pakai pelembap muka dan rutin masker untuk melembapkan kulit.

3. Kulit berminyak

Bagi kulit berminyak, pada kertas tisu kelihatan bintik-bintik minyak di beberapa tempat, terutama bahagian pipi, hidung, dan dahi. Kulit berminyak ini memiliki tekstur tebal, kasar, berkilat dan mudah berjerawat.

Tapi kulit berminyak tidak mudah berlaku proses penuaan dan kedutan sebab sentiasa lembap. Hindari krim dan segala produk yang memakai banyak minyak agar kulit tidak makin berminyak.

4. Kulit kombinasi

Bagi kulit kombinasi, biasanya  kelihatan berminyak pada beberapa bahagian muka. Biasanya di hidung dan dahi. Kulit kombinasi ini merupakan jenis kulit kering dan berminyak.

Cara rawatan, bahagian sekitar pipi dan mata yang kering, pakai produk yang mengandungi pelembap. Manakala area berminyak pada dahi dan hidung, lakukan pembersihan secara rutin dan hindari produk yang banyak mengandungi minyak.

5. Kulit sensitif

Jenis kulit sensitif biasanya sangat kering dan sering meradang serta iritasi. Kulit sensitif juga mudah kemerahan dan bersisik. Selain itu, kulit ini sering merasa gatal dan kemerahan kesan memakai sesetengah produk.

#DesireSpa
#JenisKulitMuka

No comments :