Monday, 9 April 2018

Keperluan Suplemen Setiap Orang Berbeza

Assalamualaikum dan salam ceria. 

Ada berbagai hujah dan pendapat yang mengatakan supplemen ni tak penting pun. Apapun kena tahu keperluan masing-masing. 

Raikan perbezaan pendapat. Kalau jenis amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat mereka tak perlu pun amalkan suplemen. Tapi betul cukup ke nutrisi dari pemakanan kita sehari?

Menurut Doktor Zubaidi di fanpagenya, setiap lapisan masyarakat mungkin memerlukan suplemen yang berbeza.

1. Suplemen untuk lelaki dan wanita. Terutamanya dalam hubungan suami dan isteri dan dalam proses mendapatkan zuriat.

2. Suplemen untuk atlet bagi meningkatkan pencapaian sukan. Jadi pilih suplemen yang organik, bukan "suplemen" yang dicampur dengan dadah atau bahan terlarang.

3. Suplemen untuk meningkatkan daya tahan terutama bagi mereka yang kerap demam dan selsema, ada masalah kulit yang kronik, atau penyakit kronik yang telah menerima rawatan tetapi masih tidak terkawal. Pilih suplemen yang sesuai dan dos yang optima.

 4. Suplemen bagi kanak-kanak terutama yang obes akibat kegemaran mereka mengambil banyak makanan dan minuman bergula, banyak makan makanan berproses dan tidak suka makan sayur. Sebab itu banyak vitamin dan bahan tambahan yang ditambah pada susu tepung yang dijual dan diiklankan di TV.

5. Suplemen bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak. Mereka kerap dibekalkan dengan asid folik, zat besi dan omega 3 untuk keperluan ibu dan anak.

6. Suplemen untuk meningkatkan tenaga dan berasa lebih positif dalam hidup. 

Semua suplemen ini akan lebih berkesan dengan mengamalkan pemakanan yang betul dan menjalankan aktiviti fizikal yang secukupnya.

#HealthDrZubaidi

KakRehan sendiri amalkan suplemen since kecik lagi sebenarnya. Dulu mak abah bagi untuk keperluan nutrisi sebab belajar kan.
Then lepas bersalin Qaireen konsisten amalkan since 2011 lagi sampai sekarang.

Nanti KakRehan kongsikan lagi sharing daripada yang pakar. Takdelah korang rasa was-was nak amalkan suplemen lepas nikan. Ok jumpa lagi.




No comments :