Monday, 25 September 2017

KEK MILO MUG GUNA MICROWAVE OVEN

Assalamualaikum dan salam petang uols. Haritu kata nak bagi resepi kek milo kan. Ahaa.. ni ha baru nak share. Ekceli yang ni kejadian minggu lepas. Sap sup sap senang dalam masa 5 minit siap. 



Amaran! Kek ni KakRehan guna microwave oven tau. So mana yang tanya bape suhu oven biasa tu mahap kakRehan tak reti. Hihi. Sebab ni buat sikit aje guna mug je. Yang penting make sure microwave safe wokeh. KakRehan guna mug Shaklee ajo.hehe.

Ok jom tengok resepi dan modus operandinya. Yang ni kakRehan buat 1 mug aje bancuh terus dalam mug. Kalini malas lah nak amik gambar step by step. Sebab senang yakmat.

Bahan-bahan

4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar milo 
2-3 sudu madu 
1/2 soda bikarbonat (resepi asal guna baking powder tapi itu aje ada kat rumah.haha.jadik juga)
 2 sudu minyak masak - kakRehan guna minyak jagung
Secubit garam (yang ni terlupa masukkan)
5 sudu besar susu (kakRehan guna susu cair. Guna freshmilk ke,susu tepung pun boleh)
 

Cara-cara

Masukkan semua bahan dalam mug. Gaulkan dengan sudu bagi sebati segala bagai dalam tu.

Then bolehlah masuk dalam.microwave oven. KakRehan guna suhu 800 darjah. Masa lebih kurang 1 minit setengah camtu ha.

Dah bunyi ting keluarkan hati2 panas juga mug tu. Then bolehlah ngap sesorang.haha. Rasa ni kurang manis. Oklah sikit. Nanti uols yang suka manis boleh guna gula aising atau tambah madu. (Bukan untuk encik suami wokey ni sensitifff.ahaks)



Tambahan topping atas tu nak letak eskem vanilla boleh or nutella dan taburlah rice warna warna- wani tu bagi comel. 

Okeh. Sekian resepi simple dimple petang ni. 

LIKE AND SHARE lah kalau rasa suka dan boleh buat nanti.

No comments :