Tuesday, 5 September 2017

Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby

Hai korang. Sharing kalini topik lari sikitlah. Sempena baby Mikhail 6 bulan lebih dan mula makan. Tengahari tadi mood terajin nak buat serbuk ikan bilis untuk bubur baby. Yang tukang kopek ikan bilis tu mr hubby. Hehe. KakRehan tukang sangai dan blend aje.

Mikhail suka sangat makan bubur kosong. So kalini nak tambah serbuk bilis bagi rasa masin sikit kan. Untuk new mommies nanti bolehlah buat tau. Sonang aje. Tapi kalau malas beli je ada jual.

KakRehan part makanan baby rajin buat sendiri. Ok let cekidaut cara buat kakRehan share step by step kat gambar. Jom baca cara-cara mudah buat serbuk ikan bilis ni.

Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


1. Ikan bilis ikutlah nak buat banyak mana. Ni lebih kurang dalam segenggam aje. Kalau rajin nak mengopek tu silalah.

Uols boleh rendam dulu 10 minit bagi kurangkan rasa masin. Then toskan. Sangai ni tak perlu letak minyak wokeh. Sangai sampai garing.


Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 1 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby

2. Ni ikan bilis siap disangai garing.



Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 2 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


3. Masukkan dalam blender kering tu. Biarkan lama sampai halus lumat.


Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 3 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


4. Dah siap blend jangan lupa tapis tau. Takut ada tulang kecik halus lak. Kesian kat baby pulak kang rasa tajam-tajam.

Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 4 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


5. Taraa ni serbuk ikan bilis. Siap! Halus je. Bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. Nanti nak guna baru amik tabur kat bubur baby. Nyum nyum!



Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 5 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


Dah siap bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. Terbaik boleh simpan dalam botol kaca. Macam KakRehan simpan dalam bekas plastik kecil dan letak dalam peti ais je. In shaa Allah tahan lama. Boleh tabur kat atas bubur kosong atau bubur kosong mix dengan puri sayur yang lain. Pelbagaikan menu okay. Selamat mencuba!





2 comments :

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Simpke menu ni . Senang nak buat just salai sampai garing , blend & tapis

Raihan Shaklee said...

Ha ah senang sangat. Baby pun berselera je.