Thursday, 24 August 2017

PUNCA MASALAH KULIT KUSAM

Ramai tanya soalan macam ni

"KakRehan kalau kulit kusam nak ambil apa ye? "

PUNCA MASALAH KULIT KUSAM
Sumber gambar google

First , kenalpasti dulu punca kulit kusam uols sebab apa. Sebab kalau kita tak tahu punca macam mana nak setel masalah kan. Biasanya sebab tak jaga kulit leklok. Antara punca dan cara atasi masalah kulit kusam.

1. Penjagaan kulit tak betul. 

Pemilihan produk penjagaan kulit juga sangat penting tau. Jangan main rembat je. Belilah produk yang dihasilkan dari bahan botani dan semulajadi. 

Sanggup ke kita sapu kat muka produk yang ada bahan kimia? Memanglah masa kita guna tu tak ada kesan apa2 kan. Tapi untuk jangka panjang macam-macam penyakit boleh berlaku kan.

2. Terdedah dengan habuk dan pencemaran.
Lagi-lagi duk kat bandar. Duk rumah pun masih kena jaga kulit juga tau. Yang ni pun kena jaga skin tau rajin cuci muka 2 kali sehari dan guna make up remover. 

3. Pemakanan yang kurang berkhasiat dan tak seimbang . 

Actually kurang nutrisi dalam badan tau. So bila kurang vitamin dalaman pun kurang sihat makanya kulit pun kurang berseri gitu.  

Amalkan pemakanan sihat dan boleh amalkan supplement. Vitamin c, vitamin b complex, vitamin e dan protein sangat membantu untuk kulit sihat berseri.

4. Kurang minum air kosong. 
Air yang tidak mencukupi mengurangkan aliran darah ke kulit dan menjadikan kulit nampak pucat dan sakit. Sel-sel kulit kita ni terdiri daripada air. Jadi bila air dalam badan tak cukup sel-sel tidak dapat berkerja dengan baik. 

Kekurangan air di dalam badan dalam tempoh yang lama menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur. Make sure air cukup 8 gelas sehari atau biasanya 3liter sehari. Baru kulit memancar-memancar seri.hehe 

5. Terdedah sinaran matahari.
Pendedahan kepada sinaran cahaya matahari secara berterusan dalam tempoh yang lama menjadikan kulit cepat kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Sebab tu pentingnya kita menggunakan tabir suria atau penghalang matahari (sunblock) untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV yang boleh mempercepatkan penuaan kulit. (Pembentukan kedutan, kulit hilang anjal, pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata).

Dah kenalpasti barulah taukan nak setel masalah kulit kusam ni . Yang malas tu kena rajinkan diri. Malas buang jauh-jauh ke hutan tropika nun jauh di sana kalau hajat hati nak kulit berseri sihat. Gitu.

Jom uols sihat dan cantik bersama.

No comments :