Sunday, 30 July 2017

Rahsia Rezeki Untuk Renungan Bersama


- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk dhuafa/orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium  tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah dhuafa. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mau dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara MENANAM POHON agar semua MAKHLUK BUMI boleh menikmati OKSIGEN dan mengurangi CO². 🌿🌿

Rezekimu bukan dari Bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

Limpahkan kami  rezeki yg halal lg baek Ya Razak Ya Wahhab💖

Tuesday, 25 July 2017

Seminar New Distributror Training (NDT) Julai 2017

Alhamdulillah sabtu lepas 22 Julai 2017 berkesempatan menimba ilmu berbakul-bakul. Seminar dari pagi sampailan ke petang. Pagi-pagi lagi kami dan diberi sarapan  ilmu nutrisi daripada Pakar Nutrisi Shaklee Puan Sarah.



Alhamdulillah Allah permudahkan dapat serap ilmu nutrisi untuk kakRehan kongsi kepada team dan bolehlah consult pada customer tersayang.

Ada beberapa speaker Master dan key leader yang berjaya pun turut berkongsi tips dan rahsia kejayaan mereka. Tak lokek ilmu langsung walau dari team yang berlainan. 







Macam biasa lepas kelas selfie ramai petang tadi. Meriah giler. Yang penting kepala penuh dengan ilmu emas bertimba-timba. Cross sharing daripada HQ dan kawan Master. Best best best. 



Balik kelas dalam kete sakan duk plan dengan hubby merangkap bisnes partner KakRehan. Tu yang best bisnes Shaklee ni suami isteri berganding bahu sama-sama .

Moga Allah permudahkan urusan kami untuk team kami. Amin. In shaa Allah.Tak kisah bujang, suri rumah atau yang masih bekerja. KakRehan sedia guide untuk awak yang nak sama-sama bisnes bersama team DESIRE FAMILY.


Berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau menjadi ahli Shaklee?



HUBUNGI KAMI



PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419


PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS
JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, BANDAR PUTERA, SG UDANG DAN SEKITARNYA

Tuesday, 4 July 2017

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Di kesempatan ini KakRehan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua ahli keluarga, sahabat, para pelanggan yang kami kasihi. Semoga ukhwah kita berkekalan.