Thursday, 1 June 2017

TIPS BERPUASA IBU MENYUSU ELAK SUSU KURANG

Tahun ni KakRehan akan merasa pengalaman kali kedua berpuasa sambil menyusukan anak. Kali terakhir beberapa tahun lepas. So in shaa Allah akan sedia fizikal mental. Ewah!hehe. Memang cabaran sikit sebab badan mungkin akan cepat letih atau risau susu badan kurang kan mak-mak menyusu.

Ok ni KakRehan listkan tips untuk mak menyusu atasi masalah kurang susu.

Kredit pic google



1. Disiplin waktu makan

Walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur. Tapi ingat jangan melantak makan kuih saje tinggi kalori woih! Bagus makan nasi dan lauk ikut portion betul. Boleh kurus mommy tau.

2. Makan Kurma Yusuf Taiyob

Haha..yang ni saje khen.. tak.kisah apa brand kurma tu mommy nak beli. KakRehan tau jenama Yusuf Taiyob he ingat. Item wajib KakRehan ni bulan puasa. Sahur dan berbuka. Minima sekali makan 3biji pun ok lepas sahur dan berbuka. Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. 

Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Banyak khasiat kan. So mak menyusu sila ambil ok!

3) Makanan seimbang 

Mommy make sure berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Janganlah melantak megi pula.hihi.

4) Supplement

Nak ambil suplement yang sesuai untuk nak menyusu bantu sangat dengan beri tenaga dan kekalkan penghasilan susu tau. Macam KakRehan sahur tu kadang takde napsu makan berat. KakRehan shake shake je protein soya ESP Shaklee.Bantu badan kekal bertenaga berjam-jam lamanya. Terbukti! Oh ye paling torbaik mix dengan Mealshake dan Performance Drink. Padu! Sedap dan bertenaga habis.

SET PUASA SHAKLEE

4) Minum banyak air

Mak menyusu memang penting sesangat air masak banyak ok. At least 3 liter sehari.
Camne nak banyak sedangkan seharian berpuasa? 

Ok ,Mulakan minum air masak since berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya mommy bolehlah minum pada bila-bila masa sepanjang malam. 

Selain air masak, minuman lain pun boleh macam jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Minuman suam bantu lancarkan pengeluaran susu ibu.

Minuman berais tu sesekali bolehlah. Certain orang kata boleh buat susu makin kurang. Eh mujur KakRehan susu ok je minum ais.Hahah..jangan tiru kakak ok. Ikut keserasian badan memasing.

5) Sila Bertenang dan feel konpiden gitew

Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Toksah stress fikirkan susu tu makin kurang.Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

6) Kerap menyusu dan mengepam

Konsep asas menyusu mommy kena ingat formula makin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan. Mommy yang bekerja keep on pumping je macam biasa. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. 

Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.  Paling mudah buatlah stok sebanyak mungkin sebelum berpuasa supaya  bekalan cukup.

Ok mommy jelas tak tips mak menyusu ni. Biasanya untuk yang bekerja lah nak buat stok susu anakkan.

KakRehan doakan moga perjalanan penyusuan kita semua berjalan lancar dan dipermudahkan tau mommy 😘


2 comments :

mamapp said...

Kurma mmg boleh buat Susu mencurah2 Dan mmg set shaklee pun boleh buat Susu jd byk Kan.

Syahransyah said...

Ziarah..salam ukhuwah.