Friday, 5 May 2017

Cara Sedut Hingus Bayi Paling Mudah

KakRehan nak share ni untuk yang baby berhingus. Kesiannya alahai. Temasuklah baby Mikhail lebih 2 hari dah kena batuk dan selsema. Allah sedihnya hidung tersumbat susah nak bernafas. Nangis dia. Kita yang dewasa kena pun dah rasa seksa susah nak bernafas.


Google tengoklah petua-petua baby batuk dan selsema ni. Ada petua tu sedut hingus guna mulut. Nak taknak ayah dia pun sedut juga.hehe.. Ada petua wapkan muka baby dengan air panas dan bawang putih dalam bekas . Dah cuba juga. 

Kemudian en suami google ada yang share tentang Nasal Aspirator penyedut hingus baby ni. Kita ni ketinggalan lah. Dulu masa zaman qaireen 7 tahun lepas macam takde je..hihi..Terus suami p Aeon beli ni. Harga dalam RM20 katanya. Balik tu terus sedut hidung anak dengan mudahnya hingus keluar. Sian Mikhail nangis dia.

Cara Sedut Hingus Bayi Paling Mudah
Penyedut hingus Jenama Ken Health
                                            

Cara Sedut Hingus Bayi Paling Mudah
Bahagian yang nak kena sedut guna mulut

Cara Sedut Hingus Bayi Paling Mudah
Bahagian corong hasil sedutan hingus


Cara Sedut Hingus Bayi Paling Mudah
Baby Mikhail kena sedut hingus

Cara Sedut Hingus Bayi Paling Mudah
Hasil sedutan hingus. Puas Hati! hehe..



Mudah juga guna penyedut hingus ni tau. Hasilnya lumayan.hehe. Walaupun baby pun pandai dia menepis-menepis dan menangis. Tapi demi mu nak. Tak sanggup tengok hidung dia tersumbat susah nak bernafas. Kalau masa Qaireen dulu memang tak tau buat apa sangat. Yelah anak pertama kurang pengalaman.

Ok selain tu ibu yang menyusu anak kena amalkan makanan berkhasiat untuk imun badan. So baby menyusu dapat khasiat daripada susu ibu. Macam KakRehan juga amalkan supplement yang kuatkan imun juga Nutriferon,Omega dan Vitamin c. Alhamdulillah berkurang sikitlah batuk dan selesema tu. Cuma degillah betullah kahak tu nak keluar.

Doakan baby Mikhail cepat sembuh ye. Kesian tengok dia terbatuk-batuk sampai keluar air mata. Nanti KakRehan share petua-petua yang boleh amalkan untuk baby selsema dan batuk ni.

No comments :