Thursday, 14 December 2017

Petua Hilangkan Ketumbit Mata

Assalamualaikum dan salam ceria.

Harini KakRehan nak sharelah petua untuk mata ketumbit. Tak pasal-pasal orang kata ngintai orang mandi ke.hahaha. Jom sape yang tengah ketumbit ni boleh try lah 2 petua ni okey.

Petua Hilangkan Ketumbit Mata



▫Cara 1.
Parut sebiji ubi kentang dan bungkus dalam sehelai kain yang nipis. Sapukan bunjut kain itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit dalam keadaan berbaring.

▫Cara 2.
Gesel 2 batang sudu besi sehingga panas. Sapukan bahagian sudu yang bergesel itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Semoga bermanfaat pada yang ada masalah ketumbit.


Saturday, 2 December 2017

Vitamin Terbaik Untuk Si Tukang Jahit

Nak cerita ni. Bulan lepas hantar baju cik qaireen nak jahit dan oter (betul ke eja dia.haha) sekali. Kak Shida ni kebetulan memang regular customer KakRehan. Ostematrix memang selalulah dia repeat order dan Vitamin C.


Ostematrix Legakan
Sakit Badan dan lenguh


Sesambil duk ukur badan cik qaireen sembang-sembanglah tanya macam mana rasa lepas amik vitamin. Haa. Terus stat cite tak berhenti kakak ni. Syok woih dengar. Faham jelah tukang jahit ni cara kerja dia. Katanya kena duduk lama. Duduk tegak pulak tu masa menjahit. Apalagi sakit pinggang kaki semua ada.

Katanya lagi umur dah meningkat ni memang kena topap vitaminlah. Akak ni tak minum susu. So dia amik Ostematrix. Katanya bila amal rasa lega kurang dah sakit-sakit tu. Haritu beli terus 2 botol. Stok 2 bulan terus. Katanya takut habis stok 1 Malaysia macam haritu. Tak sanggup!

Ada ke geng tukang jahit macam kakak ni? Boleh torai Ostematrix pil kalsium paling ohsem abad ni. Konpem tak nyesal jatuh cintan terus. Yang kebas lenguh tu setel. Ajomm Ostematrix😘

Nak lebih info tentang Ostematrix meh klik SINI


Berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau menjadi ahli Shaklee?


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS
JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, BANDAR PUTERA, SG UDANG DAN SEKITARNYA

Monday, 27 November 2017

Ketahui 10 Makanan Penyebab Kanser

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Semalam gempar 1 Malaysia bila penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia Elyana umumkan beliau menghidap kanser tahap 4. Allahu! Terkejut sangat tau. 

Di sebalik wajah ceria dia ada penderitaan yang dia sorokkan. Patutlah tengok badan dia kurus je. Sama-sama kita doakan semoga Elyana kuat melawan sakitnya dan dipermudahkan urusan.

Baiklah. KakRehan sebenarnya nak kongsikan untuk info kita bersama makanab penyebab kanser.Jom baca.

MAKANAN PENYEBAB KANSER

Sedar ke kita makanan harian kita yang mungkin menjadi penyebab kepada risiko kanser?

Kadang bukan salah sendiri, tapi persekitaran dan sumber bahan mentah itu sendiri menyebabkan kita terpaksa memilih makanan yang ada.

Apa pun jom kita ambil tahu antara makanan yang meningkatkan risiko penyebab kepada kanser.

Sumber gambar google


1. Microwave Popcorn
Snek yang mudah, cepat dan lazat memang pilihan kita apatah lagi dijadikan hidangan untuk  bersantai-santai untuk menonton tv. Tapi tahukah anda beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen iaitu asid perfluorooctanoik (PFOA) yang boleh menyebabkan kanser. Bahan kimia yang mewujudkan rasa mentega yang terdapat dalam popcorn itu juga boleh menyebabkan kanser.

2. Produk Bukan Organik
Sayur-sayuran dan juga buah-buahan sekarang kebanyakannya disembur dengan racun perosak yang dikaitkan dengan kanser. Penanaman yang tidak menggunakan kaedah organik akan menggunakan baja toksik dan disuntik hormon untuk membuatkan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi lebih besar. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dicuci dengan bersih sebelum dimakan, tetapi risiko tetap ada kerana tidak semua bahan-bahan kimia tersebut dapat dikeluarkan.

3. Tomato dalam Tin
Lycopene iaitu nutrien yang ada dalam tomato dapat mengurangkan risiko kanser, tetapi manfaat daripada nutrien tersebut tidak dapat diperolehi kerana lapisan tin tomato tersebut mengandungi bahan kimia yang mengganggu aktiviti hormon dalam badan dan boleh menyebabkan risiko kepada kanser. Jadi, cari tomato yang diletakkan dalam balang kaca atau buatlah sendiri supaya lagi segar dan selamat.

4. Daging Proses
Daging yang diproses  mengandungi bahan pengawet untuk membantu daging tersebut agar kekal segar. Tetapi, bahan tersebut boleh menyebabkan kanser. Jadi, dapatkan daging yang segar yang tidak diproses demi kesihatan anda.

5. Salmon yang diternak
Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

6. Potato Chips / Kerepek Kentang
Makanan ringan seperti potato chips ni memang sedap dimakan. Tetapi, aditif makanan boleh mendatangkan penyakit dan boleh menaikkan berat badan seseorang kerana tahap kandungan natrium yang tinggi, asid lemak trans yang berbahaya kepada kesihatan juga bahan pengawet dan perasa tiruan. Satu lagi risikonya ialah kehadiran acrymalide, iaitu karsinogen yang diketahui terdapat dalam rokok yang boleh menyebabkan risiko kepada kanser

7. Minyak Hydrogenated
Minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet supaya makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

8. Tepung Putih
Tepung putih ni telah diletakkan bahan kimia iaitu bahan peluntur untuk menghasilkan tepung yang bewarna putih. Jika diambil secara berterusan akan menyebabkan risiko keapada kanser.

9. GMO (Genetically Modified Organisms)
Makanan ubahsuai genetik GMO boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Banyak produk sekarang seperti soya, jagung dan sebagainya dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Jadi, elakkan daripada makanan GMO dan carilah makanan organik dan non-GMO.

10. Gula
Gula halus adalah penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel-sel kanser. Makanan sel kanser adalah gula. Jadi, kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Carilah alternatif yang lebih selamat untuk kesihatan.

11. Minuman Ringan
Minuman ringan atau soda boleh memudaratkan kesihatan. Soda penuh dengan kalori, gula dan bahan-bahan tiruan, dan mempunyai SIFAR manfaat pemakanan. Satu tin soda mengandungi kira-kira sepuluh paket gula. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya minum dua soda seminggu hampir dua kali ganda boleh menyebabkan risiko kanser pankreas. 

12. Makanan atau Minuman "Diet"
Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

13. Alkohol
Penggunaan alkohol adalah punca kedua terjadinya kanser selepas rokok. Walaupun penggunaan sederhana atau rendah alkohol yang diamalkan oleh sesetengah golongan untuk menjadi sihat dan membawa kepada penurunan risiko penyakit jantung. 

Minum dengan kadar yang berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung, strok, dan kematian secara tiba-tiba. 
Penggunaan alkohol yang berlebihan adalah punca terbesar kanser mulut, esofagus, hati, kolon, mulut, rektum dan payudara.


Banyak jugakan makanan penyebab kanser. So that makan berpada-pada. Makan makanan seimbang nak mudah ikut pinggan sihat ala suku-suku separuh tu. Mencegah lebih baik dari mengubati okay.

Saturday, 4 November 2017

ESP Shaklee Bagus Untuk Ibu Hamil

Boleh ke makyong minum ESP? 
Ni sharing ikhlas daripada Norhafiezah Shukor.

Jawapannya boleh sangat sayang-sayang KakJah. Malah sangat digalakkan. 

KakJah sendiri pun minum ESP tau!




Jom check it out 👇

KEPENTINGAN PROTIEN BERKUALITI TINGGI UNTUK IBU HAMIL 👩👶

🌹Protein penting untuk perkembangan otak bayi. 

Untuk pengetahuan korang Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi!
Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN.
Jadi penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi.
Bermula dari saat ibu tahu telah berbadan dua atau ingin merancang dapatkan anak lagi. 
Bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.

🌹Protein sangat penting untuk pembentukan otot. 

Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. 
Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. 
Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.
🌹Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu.

Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. 
Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.
Energizing Soy Protein (ESP) ini membekalkan  14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi.
Yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

🌹Mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh.

🌹Membantu meningkatkan fungsi jantung,dan  tulang

🌹Membantu penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah 

🌹Membantu Memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu

🌹Membantu Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum

🌹Membantu perkembangan fetus

🌹Membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa kenyang lebih lama

🌹Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.

Best kan ESP? 

Yang sedang merancang menambah ahli dalam keluarga mulakan dari sekarang pengambilan ESP secara konsistan 😉💖

Malah ESP sangat sesuai dan boleh diambil seisi keluarga juga tau.

Jom ESP jom!!

Berminat nak cuba ESP Shaklee?

HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS, JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, 



Wednesday, 1 November 2017

Bagaimana Ingin Berbakti Buat Ibu atau Bapa Yang Telah Meninggal Dunia?

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2.Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”

Ingatlah..hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut.

Wallahu a’lam…

Wednesday, 11 October 2017

Selalu Skip Sarapan dan Tak Bertenaga?

Assalamualaikum dan salam ceria uols.

KakRehan nak sharelah buat student dan uols yang aktif bekerja.  Selalu skip meals ke breakfast or makan berat sebab bizi sangat? Bila skip badan rasa tak bertenaga jekan. Perut berkeroncong pula tu.hehe.

Lepas ni dah tak perlu risau lagi dah. Dengan protein shake ESP dapat membantu uols rasa lebih kenyang dan bertenaga tau. Hanya shake shake shake siap Nak lagi sedap boleh buat macam-macam resepi ESP juga tau. Memang mabelles lah!


Nah KakRehan share testimoni ESP 

1. Testimoni 1 - Rasa kenyang dan bertenaga hingga tengahari.


2. Testimoni 2 - Rasa kenyang dan takde rasa mengantuk pergi kelas.



Bayangkanlah memalam korang layan smoothies buah yang sedap yum yum. Lepas ni dah takyah layan dah beli kat kedai. Buat sendiri asalkan bukan guna blender sambal tau. Naya je kang buat smoothies tapi rasa sambal pulak.hehe..




Berminat nak cuba ESP Shaklee?

HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS, JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, 

Monday, 9 October 2017

Protein Bagus Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Assalamualaikum uols. KakRehan nak share sikit tentang protein ni. Salah satu manfaat protein bagus untuk kulit.

Ia bantu membina kulit sihat dengan pengambilan sumber protein berkualiti tinggi secukupnya.

Tubuh badan dan sel-sel kita terdiri daripada sumber protein. Kekurangan protein membuatkan kulit hilang seri.


Protein Bagus Untuk Kulit Sihat dan Cantik


Kepentingan Protein:

🌼bekalkan asid amino untuk kulit. Asid amino ni tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Jadi, kena makan. 
🌼sokong penghasilan sel kulit yang sihat
🌼baiki dan generate sel dan tisu kulit baru
🌼hasilkan hormon yang sihat dan enzim yang penting untuk kulit
🌼support penghasilan asid amino glutathione utk lindungi sel kulit dari sinar uv

Nak dapatkan sumber protein berkualiti tinggi, silalah topup ESP dalam diet harian anda.

Badan sihat, kulit cantik 😍

Tuesday, 3 October 2017

12 Tanda-tanda Kurang Protein Dalam Badan

Meh KakRehan nak share kat uols tanda badan kurang protein. Lepas ni boleh cek memasing ada tanda tu tak tau.


12 TANDA KURANG PROTEIN DALAM BADAN

1.Kulit mengelupas
2.Kulit bersisik
3.Rambut halus dan sering gugur
4.Otot Kurus
5.Kehilangan selera makan
6.Perut buncit akibat pengumpulan bendalir tisu
7.Pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak
8.Kulit berkedut
9.Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
10.Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam
11.Bekas gigitan serangga yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan
12.Badan rasa lemah dan tidak bertenaga

Ha..dah cek ada tak ada tak??  

Yes kadang kita dah makan sumber protein dari ikan,ayam dan makanan lain. Tapi still lagi ada tanda tu. 

KakRehan suggest topap dengan protein ESP. Protein tumbuhan juga sangat mudah hadam dan jaun lebih rendah dari nilai kalori.


Monday, 2 October 2017

ESP Hot Item Shaklee

APA ITU ESP?

Esp ataupun Energizing Soy Protein ialah protein soya yang berkualiti tinggi. Di datangkan dalam bentuk serbuk dgn berat 850g setiap canister. Mengandungi 5 vitamin B yang penting; separuh daripada keperluan kalsium harian. 

Protein soya ESP ni  soya bukan GMO ( Genitically modified organism) & dihasilkan di bawak satu program yg digelar "Identify Preservation Program (IPP) di mana kacang soya ditanam dan dijaga dgn teliti dari proses menanam sehingga saat pemprosesannya.




Tidak seperti soya lain dipasaran, 
Soya Shaklee dibasuh menggunakan air. Ini untuk kekalkan isoflavones . Isoflavones soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim.

Selain itu, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom monopous.
Isoflavones juga membantu dalam memperbaiki penampilan penuaan kulit, termasuklah mengurangkan garis-garis halus kedutan. Protein Shaklee mengandungi isoflavones kerana soyanya dibasuh menggunakan air bukan alkohol seperti soya lain.


KENAPA MESTI MINUM ESP NI ?

🌸 menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan tenaga dibekalkan secara konsisten

🌸 Protein soya membantu mengurangkan kolestrol

🌸 Kulit anjal & berseri

🌸 Memulihkan kedutan

🌸 Mempercepatkan pemulihan luka dan parut

🌸 Membantu memulihkan pigmentasi,rambut gugur, melambatkan proses uban

🌸 Membantu menguatkan ingatan dan kecergasan 


Siapa Yang Boleh Amalkan Esp?

1. Ibu mengandung (Compulsory) bagi tenaga dan kuatkan otot baby
2. Ibu berpantang bagi tenaga dan sembuhkan luka dengan cepat.
3. Ibu menyusu susu badan meriah.
4. Orang yang selalu tidak sempat sarapan.
5. Orang yang selalu tidak bertenaga bila menjelang tengahari.
6. Orang yang nak diet taknak makan berat-berat.
7. Anak berusia setahun
8. Remaja, dewasa dan orang tua lelaki dan perempuan.


Berminat nak cuba ESP Shaklee?

HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS, JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, 


Friday, 29 September 2017

Sumber Kalsium Yang Baik Untuk Badan

Siang tadi dah cek tanda-tanda kurang kalsium? Ada tak dalam list tu. Ni haa malam ni kakRehan nak sharelah sumber kalsium yang uols boleh dapat.

Bukan dari susu jelah. Taulah tak suka minum susu kan. Hehe. Alternatif makanan lain pun ada.

Nak make sure badan kita mempunyai kalsium mencukupi dan tidak mengalami masalah kekurangan kalsium, kita di galakkan untuk mengambil:




1.Susu atau pemakanan yang kaya dengan kalsium yang mampu membantu tubuh menyimpan lebih banyak kalsium.

2.Produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu

3.Roti dan bijirin berkhasiat yg ditambah kalsium

4.Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kailan dan kekacang

5.Pis seperti tauhu, kacang tanah dan kacang hitam

6.Ikan seperti sardin dan salmon

7.Buah-buahan seperti buah oren

8.Kekacang seperti badam

9.Makanan yang mengandungi vitamin D utk membantu penyerapan kalsium yang lebih baik seperti ikan berlemak, salmon, kuning telur dan minyak hati ikan kod. Vitamin D juga boleh didapati melalui pendedahan secukupnya dengan pancaran matahari.

Dan boleh juga topap dengan supplement kalsium seperti Ostematrix mudah telan dan dapat cukupkan keperluan kalsium sehari.

KakRehan biasa telan 4biji sebelum tidur. Adik baby minum susu mama. Mama kenalah topap kita sesama sihat dan kuat okey baby😘😘

Wednesday, 27 September 2017

Tanda Badan Kurang Kalsium

Selalu perasan yang ada simptom ni mommy preggy dan wanita lepas bersalin. Sebab tu wanita perlu sesangat amalkan pengambilan kalsium yang cukup sehari.

Selain dari susu kalsium boleh juga didapati sumber makanan lain. Ni kakRehan nak share tanda-tanda kurang kalsium dalam badan. Kata nak jadi mommy gojes. Kenalah sihat tubuh badan giteww.

Meh tengok simptom kurang kalsium dalam badan👇👇




1. Kerap keletihan 
2. Sentiasa kebas dan cramp anggota badan
3. Biasa mengalami sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut dan sendi
4. Mengalami masalah sembelit dan buasir
5. Migraine atau kerap sakit kepala 
6. Tumit kaki pecah dan kasar
7. Susah bangun tidur
8. Sukar tidur lena atau insomnia
9. Mempunyai masalah sakit gigi dan kuku mudah rapuh atau patah

Dah cek tak saiyang??  Apa lagi sesamalah kita amalkan kalsium yang cukup sehari untuk menjadi mommy gojes super saiya suri hati mr hubby tersayang.

KakRehan amalkan minum susu juga. Then topap dengan pil kalsium Ostematrix juga. Highly recommended untuk uols yang tak suka minum susu. 

Mak menyusu baby lagi kena topap kalsium. Tulang dan gigi baby pun kuat. Tanaklah tulang dan gigi rapuh tua nanti uii.hehe.

Monday, 25 September 2017

KEK MILO MUG GUNA MICROWAVE OVEN

Assalamualaikum dan salam petang uols. Haritu kata nak bagi resepi kek milo kan. Ahaa.. ni ha baru nak share. Ekceli yang ni kejadian minggu lepas. Sap sup sap senang dalam masa 5 minit siap. 



Amaran! Kek ni KakRehan guna microwave oven tau. So mana yang tanya bape suhu oven biasa tu mahap kakRehan tak reti. Hihi. Sebab ni buat sikit aje guna mug je. Yang penting make sure microwave safe wokeh. KakRehan guna mug Shaklee ajo.hehe.

Ok jom tengok resepi dan modus operandinya. Yang ni kakRehan buat 1 mug aje bancuh terus dalam mug. Kalini malas lah nak amik gambar step by step. Sebab senang yakmat.

Bahan-bahan

4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar milo 
2-3 sudu madu 
1/2 soda bikarbonat (resepi asal guna baking powder tapi itu aje ada kat rumah.haha.jadik juga)
 2 sudu minyak masak - kakRehan guna minyak jagung
Secubit garam (yang ni terlupa masukkan)
5 sudu besar susu (kakRehan guna susu cair. Guna freshmilk ke,susu tepung pun boleh)
 

Cara-cara

Masukkan semua bahan dalam mug. Gaulkan dengan sudu bagi sebati segala bagai dalam tu.

Then bolehlah masuk dalam.microwave oven. KakRehan guna suhu 800 darjah. Masa lebih kurang 1 minit setengah camtu ha.

Dah bunyi ting keluarkan hati2 panas juga mug tu. Then bolehlah ngap sesorang.haha. Rasa ni kurang manis. Oklah sikit. Nanti uols yang suka manis boleh guna gula aising atau tambah madu. (Bukan untuk encik suami wokey ni sensitifff.ahaks)



Tambahan topping atas tu nak letak eskem vanilla boleh or nutella dan taburlah rice warna warna- wani tu bagi comel. 

Okeh. Sekian resepi simple dimple petang ni. 

LIKE AND SHARE lah kalau rasa suka dan boleh buat nanti.

Friday, 15 September 2017

Nak Cari Side Income?

Zaman sekarang ekonomi dunia makin kijamm. Sana sini naik harga. Minyak naik harga barang lain pun naik juga. Harga minyak turun sikit taoi harga barang takde turun.Zaman dedulu nak tengok orang keje sambil bisnes tu memang kerat jari jaranglah nampak. Setakat bawa katalog kat opis tu haa biasa. Sekarang merata kan yang terpaksa buat part time bisnes untuk tambah duit poket.

Nak Cari Side Income?

Fuhh beza sungguh oii dengan dulu. Ada gaji tetap tapi hakikatnya masih tak cukup. Nak taknak kena tambah income juga. Takkan nak berjimat manjang kecikkan duit poket. Lagi surirumah tak perlu mendam rasa nak beli apa-apa bila ada duit poket sendiri. KakRehan nak ajak suri hati encik suami mahupun student ke or sesapa je yang nak tambah income bersama Desire Family.


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419


PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS, JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, 

Wednesday, 13 September 2017

Makan Vitamin Selera Makan Bertambah Dan Rasa Lapar?

Biasa je dengar orang kalau taknak makan vitamin alasan dia cenggitu dicanangnya kata berat badan naik. Walhal dia kurang minum air. Pula yang tekak tu haus dikatanya lapar dia melantak makan fuhh segunung nasi or bertambah-tambah. Adudu.

Berat badan naik pun salah sendiri uii.. Terlebih makan maka lebih kalorilah yang sebabkan badan gumuk. Vitamin ni kalori dia sikit je. Mana mungkin sebabkan berat bertambah.

1st mind set kena betulkan. Kadang rasa lapar tu signal badan perlukan air kosong yang cukup tau at least 3 liter sehari atau ikut berat badan awak tiap 25kg 1 liter air.

Jangan lupa kawal makan dan gaya hidup sihat juga wokeh.

Oh ya, if berminat nak cari supplement kesihatan boleh je roger KakRehan 017-2549388. Saya Pengedar Sah Shaklee aktif sejak tahun 2011 lagi.

Tuesday, 5 September 2017

Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby

Hai korang. Sharing kalini topik lari sikitlah. Sempena baby Mikhail 6 bulan lebih dan mula makan. Tengahari tadi mood terajin nak buat serbuk ikan bilis untuk bubur baby. Yang tukang kopek ikan bilis tu mr hubby. Hehe. KakRehan tukang sangai dan blend aje.

Mikhail suka sangat makan bubur kosong. So kalini nak tambah serbuk bilis bagi rasa masin sikit kan. Untuk new mommies nanti bolehlah buat tau. Sonang aje. Tapi kalau malas beli je ada jual.

KakRehan part makanan baby rajin buat sendiri. Ok let cekidaut cara buat kakRehan share step by step kat gambar. Jom baca cara-cara mudah buat serbuk ikan bilis ni.

Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


1. Ikan bilis ikutlah nak buat banyak mana. Ni lebih kurang dalam segenggam aje. Kalau rajin nak mengopek tu silalah.

Uols boleh rendam dulu 10 minit bagi kurangkan rasa masin. Then toskan. Sangai ni tak perlu letak minyak wokeh. Sangai sampai garing.


Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 1 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby

2. Ni ikan bilis siap disangai garing.



Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 2 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


3. Masukkan dalam blender kering tu. Biarkan lama sampai halus lumat.


Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 3 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


4. Dah siap blend jangan lupa tapis tau. Takut ada tulang kecik halus lak. Kesian kat baby pulak kang rasa tajam-tajam.

Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 4 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


5. Taraa ni serbuk ikan bilis. Siap! Halus je. Bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. Nanti nak guna baru amik tabur kat bubur baby. Nyum nyum!



Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby
STEP 5 Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Baby


Dah siap bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. Terbaik boleh simpan dalam botol kaca. Macam KakRehan simpan dalam bekas plastik kecil dan letak dalam peti ais je. In shaa Allah tahan lama. Boleh tabur kat atas bubur kosong atau bubur kosong mix dengan puri sayur yang lain. Pelbagaikan menu okay. Selamat mencuba!





Monday, 28 August 2017

7 Sebab Kenapa tubuh kita memerlukan vitamin tambahan?

Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!




Di sini disenaraikan 7 Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Supplement atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan.

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh badan.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.



6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandngan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Tengah cari supplement yang sesuai? Boleh cuba supplement Shaklee. In Shaa Allah KakRehan suggest ikut kesesuaian tahap kesihatan awak.

Saturday, 26 August 2017

Lebih 20 Tahun Dalam Bisnes Shaklee

Korang jangan pandang sebelah mata makcik dan pakcik-pakcik ni. Ehehe. Ni haa KakRehan nak kenalkan superupline kak merangkap atok nenek dan onyang Shaklee. Ehh. 





Namun mereka yang sangat kami hormati. Even dah level Jutawan tapi very down to earth and humble gitu. 

Why KakRehan suka bis shaklee?KakRehan ada mereka as upline yang bertahan lebih 20 tahun dalam Shaklee. Malah masih aktif sharing bisnes. Sentiasa hulurkan pelampung dan pastinya sentiasa menyuluh kami bak lampu stadium di saat kami mula rasa down.

Semuanya berbalik pada hati dan niat nak bisnes untuk apa. Malam ni syukur sangat dapat dengar ilmu dan tips bisnes percuma daripada mereka. 2 kelas berbeza tau. Mereka bukti bertahan lama dalam bis shaklee.

Best sangat sharing malam ni. Ilmu mahal melalui pengalaman orang lama. Semoga Allah makbulkan impian KakRehan dan suami untuk terus berjaya dalam bis Shaklee serya my team DESIRE. Amin.

Berminat nak jana income bersama Shaklee tak? Boleh join team KakRehan Desire Family. KakRehan dah 6 tahun lebih aktif sharing bis Shaklee. Alhamdulillah dah capai rank tertinggi Master Coordinator.

Now nak bantu insan yang berminat nak bangunkan ekonomi family. Keutamaan mereka yang sudahpun consume produk Shaklee. Kalau belum boleh daftar ahli dan consume dulu tau. Dah dapat kesan baik barulah kongsi manfaat dengan orang lain pula.


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419



PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS, JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, 


Friday, 25 August 2017

RESEPI KERABU TOMATO SIMPLE

Hai uols. Salam petang. KakRehan nak share resepi simple harini. Kerabu tomato sedap. Jap lagi boleh cuba buat. Dulu KakRehan tak suka makan tomato . Ex housemate masa keje dulu orang utara yang ajar tau. Sedap yakmat. 

Tomato ni bagus untuk kesihatan dan kulit yang cantik tau. Kajian pakar telah membuktikan bahawa buah tomato sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecantikan dalaman atau pun luaran seperti kulit dan sebagainya. Kaya dengan vitamin antioksidan Vitamin A dan C yang tinggi.

Ni dia resepi kerabu tomato. Cekidautt.



Bahan-bahan 

2biji tomato - potong dadu
(ikut nak banyak mana biasa 2biji cukup untuk 2 orang makan)

1biji bawang holland - potong dadu

2 cubit belacan

3biji cili padi (ikut nak pedas letak lebih)

Sedikit garam-ikut rasa

Caranya

Campurkan semua dalam 1 mangkuk. Gaul rata semua bergaul mesra guna jari runcing mu or gebu mu itu. Make sure.Jangan ramas-ramas pulak tau. Hancur pula kang. Dah puas hati rasa semua. Ok siappp.

P/S: Tak suka makan tomato or nak makan berkhasiat pun tak dan sehari??Haa kakRehan suggest amalkan Vitamin C ajo dan set kulit Shaklee. Sonang.hehe.

Thursday, 24 August 2017

PUNCA MASALAH KULIT KUSAM

Ramai tanya soalan macam ni

"KakRehan kalau kulit kusam nak ambil apa ye? "

PUNCA MASALAH KULIT KUSAM
Sumber gambar google

First , kenalpasti dulu punca kulit kusam uols sebab apa. Sebab kalau kita tak tahu punca macam mana nak setel masalah kan. Biasanya sebab tak jaga kulit leklok. Antara punca dan cara atasi masalah kulit kusam.

1. Penjagaan kulit tak betul. 

Pemilihan produk penjagaan kulit juga sangat penting tau. Jangan main rembat je. Belilah produk yang dihasilkan dari bahan botani dan semulajadi. 

Sanggup ke kita sapu kat muka produk yang ada bahan kimia? Memanglah masa kita guna tu tak ada kesan apa2 kan. Tapi untuk jangka panjang macam-macam penyakit boleh berlaku kan.

2. Terdedah dengan habuk dan pencemaran.
Lagi-lagi duk kat bandar. Duk rumah pun masih kena jaga kulit juga tau. Yang ni pun kena jaga skin tau rajin cuci muka 2 kali sehari dan guna make up remover. 

3. Pemakanan yang kurang berkhasiat dan tak seimbang . 

Actually kurang nutrisi dalam badan tau. So bila kurang vitamin dalaman pun kurang sihat makanya kulit pun kurang berseri gitu.  

Amalkan pemakanan sihat dan boleh amalkan supplement. Vitamin c, vitamin b complex, vitamin e dan protein sangat membantu untuk kulit sihat berseri.

4. Kurang minum air kosong. 
Air yang tidak mencukupi mengurangkan aliran darah ke kulit dan menjadikan kulit nampak pucat dan sakit. Sel-sel kulit kita ni terdiri daripada air. Jadi bila air dalam badan tak cukup sel-sel tidak dapat berkerja dengan baik. 

Kekurangan air di dalam badan dalam tempoh yang lama menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur. Make sure air cukup 8 gelas sehari atau biasanya 3liter sehari. Baru kulit memancar-memancar seri.hehe 

5. Terdedah sinaran matahari.
Pendedahan kepada sinaran cahaya matahari secara berterusan dalam tempoh yang lama menjadikan kulit cepat kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Sebab tu pentingnya kita menggunakan tabir suria atau penghalang matahari (sunblock) untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV yang boleh mempercepatkan penuaan kulit. (Pembentukan kedutan, kulit hilang anjal, pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata).

Dah kenalpasti barulah taukan nak setel masalah kulit kusam ni . Yang malas tu kena rajinkan diri. Malas buang jauh-jauh ke hutan tropika nun jauh di sana kalau hajat hati nak kulit berseri sihat. Gitu.

Jom uols sihat dan cantik bersama.

Wednesday, 23 August 2017

Rahsia Kulit Baby Mikhail Gebu

Let me tell u the story. Ehh speaking omputeh pula KakRehan ni woih.haha.Ramai duk tanya KakRehan consume apa masa ngandung Mikhail si debab ni ha. Kalau ikut makan macam-macam. Paling best KakRehan teringin makan kek ke kuih keria viral dulu tu tak susahkan suami suh buat. KakRehan order online cod or pick up sndiri.kahkah 

Paling suka makan kuih pau. Tiap malam duk kirim suami beli kat kedai makan. Agak gitulah rupa anak macam pau pipinya.hihi. Alaa. Bagi KakRehan anak gebu ke kurus ke pun asalkan sihatkan. Namunn ni kakRehan amalkan protein soya masa preggy. 



Ramai kata anak gebu gebas minum Esp lahir-lahir kulit bersih gebu. KakRehan terpedaya tau. Ku minum masa preggy tu kemain buat smoothies lain tak layan. Dan rupanya betul juga. Ada orang kata soya tak baik minum. Itu kakRehan percaya kalau dia amal minum air kotak yang manis jadah tu. 

KakRehan amal Esp protein Shaklee masa preggy dan pantang. Sekarang ni je celam celup minum.hihi. Ok kakRehan share kebaikan esp masa hamil dan menyusu.




Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

🌸Bagi tenaga semasa hamil dan semasa proses bersalin
🌸Bagi rasa kenyang yang lama
🌸Kulit ibu makin cerah dan licin
🌸Kulit baby halus dan gebu
🌸Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
🌸Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
🌸Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
🌸Hemoglobin (HB) tiada masalah
🌸Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
🌸Susu badan meriah dan pekat

Haa..giteww. Ala korang ni apapun semoga anak kita semua sihat walafiat. Ni kakRehan share apa kak consume. Selain tu Set Hamil Shaklee jadi pilihan. 

Sekian the story😘😘

Sunday, 20 August 2017

Kisah Kurus Kami Suami Isteri

Ni haa ai is tak tahan tengok gambar lama mengulit kenangan lalu umpama angin bayu membawa diriku. Oh my!! Yes ai know so chubby and comel kann??haha. 
Now memang dah sedar diri sangatlah bila jalan silap berlaga peha. Perh!punyalah seksa nak jalan. Ahbam KakRehan pun sama tu dia muka lebar.kahkah. 

Maka setelah bermuhasabah diri 7 hari 7 malam siap mandi munga. Kami sehati sejawa tekad nak kurus sehat. Ekceli ahbam KakRehan kurus dulu jaga KakRehan pantang berat dia lak turun banyak. Sape yang berpantang ni weh.haha.

Nah layan gambar kami suami isteri.




Korang rasa bambam ke kurus sikit yang okay??hihi. Tips kami pemakanan sihat. Walaupun terbabas ke lautan artantik. KakRehan senam juga dan amalkan supplement untuk kesihatan dalaman tau. Lagi-lagi sebab ibu menyusu kena cukup nutrisi share dengan baby sekali. 

Friday, 18 August 2017

FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W

Jom perbanyakkan selawat di hari Jumaat ni dan jadikan amalan harian. Semoga kita mendapat syafaat nabi akhirat kelak insyaAllah.

30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W
====================

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

Wednesday, 16 August 2017

B Complex Bagus Untuk Kulit Cantik

Paling suka happy vitamin B Complex. Bagus sangat untuk kulit sihat dan cantik. Vitamin B membantu melancarkan peredaran darah, so tak ada la wajah nampak pucat atau kusam macam tak bermaya. Nampak berseri je tau.




Bagi yang selalu rasa stress, 'moody' , nak marah, takut meroyan dalam pantang juga boleh ambil B-Complex. Kalau taknak rasa cepat tua marah je tu amalkan vitamin happy ni. Kan biasa orang kata jangan marah-marah nanti cepat tua. Hehe.

Nak cuba??Boleh roger KakRehan je sebotol ada 120biji RM58.75 tahan 4 bulan juga.


Berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau menjadi ahli Shaklee?

HUBUNGI KAMI
PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS, JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, 




Tuesday, 15 August 2017

Reward Trip Star Cruise Shaklee

Dapat email Shaklee tunda tarikh cruise. Jatuh pada hari anniversary pulak tu 22hb November. Fuhh! Alhamdulillah kami layak 3 tiket cuma tengah fikir adik baby. Lahaii macam mana lah dia kena tinggal. Sedih hatiku gundah gulana jadinya mama ni.



KakRehan is hepi bila Shaklee reward trip cruise ni. Ya Allah dulu kami keje kastam duk pandang cruise besar gedabak dari ofis je tau. Berangan nak naik. Teringin sangat. Sungguh KakRehan syukur sangat Shaklee sponsor trip cruise ni. 

Semua shaklee belanja tau. Bawak body lenggang kangkung dengan beg baju and bawa duit belanja je. Alhamdulillah sujud syukur. Mujur dari Port Klang je dekat dengan rumah sejengkal.hihi.

Ni yang kakRehan lebiu so much sangatlah kat Shaklee bagi free trip tiap tahun. Moga KakRehan dapat pergi sekali dengan team DESIRE tahun depan. Amin.


Berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau menjadi ahli Shaklee?

HUBUNGI KAMI
PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358
Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS, JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, 

Sunday, 13 August 2017

Nak Kulit Cantik Kena Jaga Pemakanan


Nak kulit cantik dan sihat kena jaga makan tau. KakRehan kemain makan sedap uii bila suami masak tu.haha. Sesekali je. Korang tak tau betapa kakRehan struggle bakar kalori balik. Kat rumah memang banyak minum air kosong dan greentea je.




Sumber makanan kaya Vitamin C bagus untuk kulit dan kesihatan


KakRehan nak share diet yang tidak sihat"You are what you eat". Kesihatan kulit mencerminkan apa yang kita makan. Nak kulit cantik berseri kenalah jaga makan. Tak boleh la hari-hari makan KFC je. Makanan proses, makanan dalam tin dan makanan segera merupakan makanan yang tinggi gula dan lemak. 

Makanan ni semua sangatlah tidak baik bukan untuk kulit je tapi untuk kesihatan juga. Ramai yang tahu tapi susah nak elak. Betul tak? Nak kulit cantik dan sihat kenalah control nafsu makan. Gitewww. Eh KakRehan perati je orang yang dulu badan bam bam dulunya. Bila dah kurus awet muda.kan kan.

Siapa setuju??