Wednesday, 28 December 2016

Pam Susu Autumz Passion Pilihanku

Review Pam Susu Autumz Passion


Yeay! Isnin lepas akhirnya tercapai hasrat nak beli pam susu baru standby untuk bersalin nanti takut kena bengkak susu. Konon-konon nak beli Lacte Duet tau. Raihan tengok mana yang mesra pengguna. Banyak raihan survey pam susu ni antaranya pam Lacte Duet, Malish Aria, Cimilre F1 dan Autumz Passion ni. 

Survey punya survey terberkenan pam Autumz Passion ni. Tengok review kat blog dan Raihan pun ada baca pakar laktasi cadangkan pam ni juga. Pam ni mesra pengguna sebab ada rechargeable betri sekali. So boleh guna kat mana-mana tanpa bekalan letrik gitu.

                      Review Pam Susu Autumz Passion

Review Pam Susu Autumz Passion
Pam Susu Autumz beserta botol susu.
Percuma bateri dan charger serta USB


Raihan pun duk tengok ramai kata ok guna pam ni. So Raihan ajak hubby pergi kedai baby Mom's House Babyshop area Padang Jawa tu nak beli pam terus..haha.. dahsyatkan bape harini ni keluar cari barang baby aje sebenarnya. Harga pam ni Raihan beli RM359 ada free manual pam sekali tau.mTempat lain tak tahulah katanya ada offer. Ni tambah lagi RM50 untuk cooler bag, ice brick dan milk storage.

Review Pam Susu Autumz Passion
Percuma Pam Manual Autumz

Review Pam Susu Autumz Passion
Pakej tambahan RM50

Ni pun sebab raihan tengok kat fanpage Fb Mom's House Babyshop tu. Mujur dekatlah kan. Kalau jauh malas juga nak pergi. Tapi suka pergi sendiri dari order online. Staff dia pun wat demo cara guna.Puas hati! Raihan ni duduk rumah pun nak beli pam ek. 

Work at home mom kan. Yelah standby incase apa-apa jadi kena travel ke pergi kursus or kelas if tak bawa baby susu dah standby dah. Raihan ni memang target susu badan sepenuhnya untuk baby tau. Masa qaireen pun memang fully breastfeeding alhamdulillah tapi ada part susu kurang terpaksa topap susu formula. Benhenti menyusu masa umur qaireen 3 tahun.

Siapa yang tengah cari pam susu dan nak test sekali. Boleh lah pergi kedai ni jika tinggal berdekatan. Oh ye beli pam susu ada warranty setahun ye. Kot kalau rosak boleh hantar kedai ni atau direct supplier. Kedai ni macam-macam barang baby ada, keperluan berpantang, menyusu. 

Review Pam Susu Autumz Passion
Warranty Card


Pam susu pun banyak jenis ada. Asal nak beli Malish Aria tapi stok habis. Pam ni pun jenis caj bateri juga dan harga lagi murah. Boleh beli ikut bajet korang dan kesesuaian. Boleh test sekali kat sana. 

Ni alamat kedainya
Mom's House Babyshop
BLOK G-37-G, ALAM AVENUE 2,
JALAN SERAI WANGI L16/L,
SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR
 03-5523 2592 (Call Only)
(berdekatan dengan JPJ & PUSPAKOM seksyen 7 shah alam & padang jawa, SEDERET dengan mee tarik warisan & GIO FABRIC)

Ok sekian sharing. Selamat survey pam susu mommies.





Friday, 23 December 2016

Percutian Percuma Shaklee Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 2

Hari Kedua di Langkawi - 20 November 2016


Sarapan pagi di restoran hotel. Menu banyak pilihan. Kita isi perut dulu banyak-banyak sebelum aktiviti seterusnya. Lepas makan ni ada sesi bergambar ramai-ramai ikut kumpulan. 












Langkawi Cable Car



Aktiviti kami selepas sarapan dan sesi bergambar kami di bawa ke Langkawi Cable Car. Tiket naik cable car ni pun ditaja sepenuhnya oleh Shaklee tau. So kami lenggang kangkung ajelah..hehe... Alhamdulillah nilah pengalaman 1st time naik cable car seumur hidup.haha... 


Bila dalam tu dapat menikmati pemandangan keindahan alam kat bawah pokok-pokok dan nampak laut juga. Kemain tinggi mujur tak gayat. Kalau gayat confirm menggigil lah dalam tu. 

Sebenarnya ada aktiviti sky glide tapi mak yong tak larat nak tunggu dan berdiri lama. Sebab kena beratur tunggu turn lama juga. Kalau rajin boleh jalan kaki untuk lalu jambatan gantung (Skybridge). Hubby pun tak berapa sihat so kami decide lepas sampai atas tu bergambar jap dan turun balik untuk ke 3D Art Museum pula. Kejar masa juga ni untuk berkumpul nanti.


Ni raihan dah review harga tiket untuk naik cable car. Kalau kami bayar sendiri dewasa dan sorang kanak-kanak total RM112 juga.

Harga Tiket Cable Car Langkawi

Harga Biasa
Dengan MyKad
Dewasa — RM30
Kanak-kanak — RM22

Dalam cable car


Me and hubby


Dengan mak tersayang


Cik qaireen 

Muzium 3D Art Langkawi


Muzium ni sama kawasan juga dengan cable car. Ni belah balah lepas turun naik cable car terus ke sini. Macam jakun sikit kan masuk sini. haha.. Sebab nak kena kreatif bergambar dalam tu. Gambar 3D yang cantik. Pandai betul pelukis ni kan. 

Ni sebahagian gambar. Tak dapatlah nak share semua. Kami pun tak sempat nak bergambar banyak pun sebab kejar masa. Lepas aktiviti ni kami dibawa makan tengahari di Restoran Nagoya di Pekan Kuah.



















Makan Tengahari di Restoran Nagoya Pekan Kuah


Dah penat aktiviti tadi dapatlah makan sedap kat restoran ni. Menu sedap sangat lauk kemain banyak.haha..







Alhamdulillah kenyang pun. Sebenarnya lepas makan tengahari ni kami semua balik ke hotel. Ada lagi aktiviti lepas ni Mangrove Tour di Geoforest Kilim dan ke Pantai Chenang. Tapi tour guide maklumkan tak sesuai untuk ibu mengandung macam Raihan ni.


Suami lak tiba-tiba tak sihat sakit urat demam tiba-tiba. Jadi kami dan beberapa orang yang lain balik hotel sendiri dengan kereta sewa. Ni pun shaklee bayarkan. Baikkan Shaklee ni??hehe...Alhamdulillah jaga kebajikan kami kat sana.

Balik bilik kami rehat -rehat kejap. Petang misi nak keluar dengan mak. Tup tup ada orang ketuk pintu bagi gift bantal Shaklee comel. Dalam bilik pula sakan ambil gambar luar bilik cantik sangat. Alhamdulillah rezki dapat bilik menghadap ke laut.




View cantik dari dalam bilik







Gift bantal Shaklee



Petang tu Raihan dan mak bawa qaireen sekali keluar ke Jeti Point Free Duty dekat je dengan hotel. Dengan izin suami pergi dia tak larat demam berselubung dah. So jalan sendirilah pergi sana untuk last shopping souvenier dan coklat. 


Mak pun ada yang dia nak shopping lagi tu.hehe... Kami tak pergi ke dataran helang tu. Tapi dapatlah ambil gambar mak nampak view helang tu...ehehehe... Balik bilik terus kemas-kemas barang untuk persiapan balik esok pula.








Sesi Coaching Dengan upline Shaklee


Balik hotel semula dalam 8 lebih. Kemudian 10 lebih tu upline Shaklee Raihan ,Kak Norita nak buat sesi coaching jap dengan geng bisnes lain. Tak ramai tapi geng adik beradik Shaklee. Sesi recaj ilmu dan kata-kata nasihat.

Dengan kak Norita


Balik bilik pun tengah malam. Memang kepenatan betullah malam tu. Esok pagi nak kena bangun awal untuk balik ke Kuala Lumpur semula. Kejap je rasa. Namun seronok sangat dengan peluang percutian percuma Langkawi ni dapatlah bawa suami ,anak dan mak raihan kalini.



Hari Ketiga - 21 November 2016


Hari terakhir kami di Langkawi. Flight kami dalam 10 lebih pagi. Pagi masih bersarapan di hotel. Bye-bye Langkawi. Alhamdulillah dapat merasa tinggal hotel 5 star. Dan layanan VVIP Shaklee. 














Takkan nak tengok je?? Takkan nak dengar orang lain cerita jekan. Alhamdulillah trip ni kali ke 4 Raihan terima dari Shaklee. Best sangat-sangat.  Jom Raihan nak ajak korang semua sama-sama dapat percutian Shaklee ni. Kalau ahli Shaklee jom kita fight untuk target. Belum ahli cepat-cepat jadi ahli sebab trip ni memang ada setiap tahun. 







Berminat untuk menjadi ahli Shaklee?


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG, ANDALAS
JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, BANDAR PUTERA, SG UDANG DAN SEKITARNYA




Sunday, 18 December 2016

Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1

Hari Pertama  - 19 November 2016


Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Alhamdulillah harini baru berkesempatan nak kongsikan perngalaman best percutian percuma Shaklee ke Pulau Langkawi pada 19-21 November 2016 lepas. Trip ni reward Shaklee untuk leader-leader Shaklee yang layak untuk point trip Shaklee dalam Malaysia. Kalini Raihan redeem trip dalam negara je tau sebab tengah mengandung ni. Alhamdulillah rezki dapat 4 tiket kesemuanya termasuk Raihan, suami, anak dan mak Raihan untuk National Trip Shaklee 2015/2016. Yeah!


Serius memang seronok sangat bila dapat trip percuma ni sambil reward mak Raihan sekali jalan-jalan sana. Ni kali kedua Raihan jejak kaki ke Langkawi mak yang bawa itupun masa tingkatan 5..haha.. bayangkan 14 tahun dah berlalu..hehehe.. syukurlah sebab memang teringin nak pergi akhirnya dapat juga pergi dengan tajaan penuh Shaklee.. Percuma je tau bawa diri dan duit belanja ajelah.


Ok Raihan nak kongsikan hari pertama kami.



Berkumpul di KLIA


Flight kami yang terawal Group 1 kena berkumpul di KLIA dalam 7 lebih. Flight kami dengan Malindo Air masa penerbangan ikut jadual pagi 8 lebih. Jadi dari rumah gerak awal-awal sebelum Subuh dah bertolak ke airport. Semangat betul bangun pagi tau nak ke Langkawi punya pasal.hehe.. Cik qaireen lah paling excited bangun pagi awal tak meragam. Selalu meragam ni sebab nak cuti-cuti Langkawi semangatlah dia.

Kat airport kami semua kena berkumpul dan jumpa staff Shaklee yang uruskan trip ni. Kami semua diberi duit kocek tau sorang RM150 untuk meal allowance makan tengahari hari pertama dan ketiga serta makan malam hari kedua. Syok betul kami 4 orang total semua RM600. Suami pegang duitnya so kami guna untuk makan nanti dan shopping. Makan takdelah sampai beratus-ratuskan. Lebih tu untuk shoppinglah nanti.Alhamdulillah rezki. Ni sayang sangat Shaklee.

Bila dah naik kapal terbang tu ada masalah yang tak dapat dielakkan flight delay 2 jam. Bersauna kami 2 jam tak tau masalah apa. Part ni memang masing-masing dalam  kapal terbang tak senang duduk dah. Sabar banyak-banyaklah. Yang penting kapal terbang ni dalam keadaan ok. Moga kami semua selamat sampai ke Langkawi. 

Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Selfie dengan mak kat KLIA airport


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Check in luggage


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Dalam kapal terbang



Tiba di Langkawi Airport 


Alhamdulillah dalam 10 lebih baru bertolak dari KLIA dan sampai Langkawi Airport 11 lebih. Lega rasanya bila dah sampai bumi Langkawi. Kat sana memang travel tunggu ketibaan kami dan kami terus dibawa ke bas. Dalam bas adalah pemandu pelancong beri taklimat sedikit tentang Langkawi ni.



Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Ni sis yang bagi taklimat



Shopping di Pekan Kuah


Destinasi kami hari pertama aktiviti shopping di Pekan Kuah. Tapi sebelum shopping tu kami makan tengahari dulu. Punyalah laparkan sebab pagi tu alas perut dengan makan donat beli kat KLIA. Lepas makan misi jalan-jalan kedai area berdekatan kedai makan. Gigih mak yong ni berjalan tau.

Yang paling semangat nak shopping mak Raihan kemain dia borong beli coklat banyak-banyak untuk kawan-kawan dia. Selain coklat kami beli kain batik dan juga minyak gamat. Raihan pun adalah beli coklat juga tapi tak banyak sebab mood shopping tu kurang sikit. Yang penting nak cari fridge magnet ni penting item wajib sebagai kenangan gitu. Suami pula misi dia cari periuk tefal murah sangat. Kemain happy dia.haha.. Suami hakak lagi suka masak dari hakak tau..heheheh..


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Mak dah hasil mencandat coklat.hehe..


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Hari pertama kemain shopping sakan

Lepas shopping ikut masa ditetapkan, kami terus dibawa pergi ke tempat penginapan kami hotel Westin Langkawi Resort & Spa. Serius hotel ni ekslusif betul. Sampai-sampai je kami disambut dengan kompang dan ada hi-tea dijamu dengan makanan sedap-sedap. Tapi tak boleh nak makan banyak sebab malam nanti ada dinner nak makan banyak lagi..hahaha...

Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Pilih mak makan kenyang-kenyang


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Lobi Hotel Westin


Bila dah masuk bilik dapatlah rehat jap guling-guling dalam bilik. Macam kami dapat 2 bilik tau. Raihan dan mak sebilik. Cik qaireen dan suami sebilik. Bilik kami bersambung so boleh keluar masuk sebelah jekan. Cik qaireen kemain happy betul. Kita penat berjalan dia boleh relax je duk main lari-lari dalam bilik.hehe....



Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Katil yang empuk..hehe



Dinner di Hotel Meritus Pelangi Resort


Dalam 5.30 petang kami semua kena berkumpul di lobi hotel untuk perjalanan ke Hotel Meritus Pelangi Resort dinner kami semua di sana. Makan sedap-sedap malam ni. Alhamdulillah syukur dengan rezki merasa reward Shaklee ni. 


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Welcome dinner bersama Presiden Shaklee Malaysia Mrs Helen


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Makan  sedap-sedap tau selagi termampu.hehe...


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
With mr hubby tersayang


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Bersama team Shaklee mantap.
Tudung hijau tu bonda Shaklee saya tau


Alhamdulillah hari pertama yang penuh aktiviti. Penat tu memang penat lagi tengah mengandung ni kan. So malam tu sebelum tidur telan Ostematrix dan vitamin lagi untuk recover penat tu dan tidur lena. Esoknya ada misi lagi berjalan.

Terima kasih Shaklee untuk peluang reward percutian percuma ni. Paling gembira dapat tengok insan tersayang gembira terutama anak dan mak Raihan. Mereka sumber kekuatan bisnes Shaklee. 

Ok Part 2 pula tau next entry pula tau. Tunggu......




Berminat untuk menjadi ahli Shaklee?


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG,
JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, BANDAR PUTERA, SG UDANG DAN SEKITARNYA


Saturday, 3 December 2016

Ketahui Tanda-tanda Kehilangan Kolagen Dalam Badan

Assalamualaikum dan salam ceria.

Nak tahu tak peningkatan usia menyebabkan kolagen semakin berkurang dalam badan. Apabila kita berumur 25 tahun ke atas , kolagen dalam badan semakin hilang dan mulalah nampak kesan penuaan ni. Penuaan ni memang kita tak boleh elak yelah dah namanya semakin meningkat usia kan..hehe.. Tapi taknak tua sebelum usia betul tak.

Raihan nak share checklist tanda kehilangan kolagen dalam badan. Kalau rasa ada tanda-tanda ni perlu buat sesuatu. Takkan dah tua sebelum usia kan. Kita semua berhak tampil sihat dan jangan tua sebelum usia tau. 


Tanda-tanda Kehilangan Kolagen Dalam Badan

Ketahui Tanda-tanda Kehilangan Kolagen Dalam Badan
Kesan Kehilangan Kolagen
(Sumber gambar google)

  1. Rambut menjadi kering, bercabang di hujung, serta keguguran rambut. Kesihatan rambut dan folikel rambut adalah berkait dengan kolagen. Kekurangan kolagen akan melemahkan rambut dan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.
  2. Munculnya tanda penuaan seperti  garisan halus pada kulit wajah, kulit dan otot semakin mengendur serta liang roma semakin membesar
  3. Kulit muka kelihatan kusam, berjeragat, berpigmentasi, liang pori-pori juga terbuka
  4. Kuku mudah pecah dan rapuh, rosak dan kekuningan, berbintik-bintik putih.
  5. Otot-otot payudara dan punggung mula kendur
  6. Kulit semakin hilang keanjalan, lebih kering dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
  7. Penglihatan semakin merosot (rabun) kerana kolagen adalah komponen utama kornea, kekurangan kolagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan.
  8. Mempunyai masalah kardiovaskular akibat kurangnya keanjalan salur darah.
  9. Mempunyai masalah sendi, arthritis atau osteoporosis. Kolagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang untuk mengekalkan aktiviti biasa tulang, sendi, ligamen dan urat. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan penyakit sendi, arthritis & osteoporosis. 
  10. Gusi mudah berdarah, gusi mengendur hingga boleh dilihat akar gigi.
  11. Kelihatan lingkaran gelap pada mata terdapat pengumpulan lemak kecil berwarna kuning pada bahagian putih mata.

Dah periksa tak tanda kehilangan kolagen ni dalam badan. hehe.. Kalau ada salah satu tanda maknanya kenalah tingkatkan kolagen dalam badan. Kolagen bukan semata-mata kulit aje tau. Rupanya banyakkan tanda-tanda dan kesan kurang kolagen dalam badan ni. Bagi yang nak tampil sihat dan awet muda bolehlah cuba Collagen Powder Shaklee boleh KLIK SINI untuk info lanjut.





Thursday, 1 December 2016

Promo Disember Shaklee 2016

Year End Sale Disember Shaklee

Dah penghujung tahun 2016 dah kita. Wah cepat masa berlalu. So bulan ni bulan cantik gebu gebas anjal Shaklee offer promo istimewa untuk anda. Jom layan promo bulan ni.



Promo Disember Shaklee 2016
Promo Disember Shaklee 2016




💓 
 BUY 6 FREE 1 
- Automatik percuma keahlian Shaklee dan cash bonus shaklee

💓  BUY 2 DISKAUN 5%



💓 BUY 3 FREE 1



Purchase With Purchase

BEST DEAL PURCHASE WITH PURCHASE T&C 


💓 
MULTI STACK DISPENSER  
💓 CAROTOMAX BUY 1 FREE 1


Nak jimat boleh pakat share beli dengan keluarga dan kawan-kawan. Yang best dapat jimat beli 1 kotak pada harga lagi murah.


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG,
JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, BANDAR PUTERA, SG UDANG DAN SEKITARNYA