Sunday, 18 December 2016

Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1

Hari Pertama  - 19 November 2016


Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Alhamdulillah harini baru berkesempatan nak kongsikan perngalaman best percutian percuma Shaklee ke Pulau Langkawi pada 19-21 November 2016 lepas. Trip ni reward Shaklee untuk leader-leader Shaklee yang layak untuk point trip Shaklee dalam Malaysia. Kalini Raihan redeem trip dalam negara je tau sebab tengah mengandung ni. Alhamdulillah rezki dapat 4 tiket kesemuanya termasuk Raihan, suami, anak dan mak Raihan untuk National Trip Shaklee 2015/2016. Yeah!


Serius memang seronok sangat bila dapat trip percuma ni sambil reward mak Raihan sekali jalan-jalan sana. Ni kali kedua Raihan jejak kaki ke Langkawi mak yang bawa itupun masa tingkatan 5..haha.. bayangkan 14 tahun dah berlalu..hehehe.. syukurlah sebab memang teringin nak pergi akhirnya dapat juga pergi dengan tajaan penuh Shaklee.. Percuma je tau bawa diri dan duit belanja ajelah.


Ok Raihan nak kongsikan hari pertama kami.



Berkumpul di KLIA


Flight kami yang terawal Group 1 kena berkumpul di KLIA dalam 7 lebih. Flight kami dengan Malindo Air masa penerbangan ikut jadual pagi 8 lebih. Jadi dari rumah gerak awal-awal sebelum Subuh dah bertolak ke airport. Semangat betul bangun pagi tau nak ke Langkawi punya pasal.hehe.. Cik qaireen lah paling excited bangun pagi awal tak meragam. Selalu meragam ni sebab nak cuti-cuti Langkawi semangatlah dia.

Kat airport kami semua kena berkumpul dan jumpa staff Shaklee yang uruskan trip ni. Kami semua diberi duit kocek tau sorang RM150 untuk meal allowance makan tengahari hari pertama dan ketiga serta makan malam hari kedua. Syok betul kami 4 orang total semua RM600. Suami pegang duitnya so kami guna untuk makan nanti dan shopping. Makan takdelah sampai beratus-ratuskan. Lebih tu untuk shoppinglah nanti.Alhamdulillah rezki. Ni sayang sangat Shaklee.

Bila dah naik kapal terbang tu ada masalah yang tak dapat dielakkan flight delay 2 jam. Bersauna kami 2 jam tak tau masalah apa. Part ni memang masing-masing dalam  kapal terbang tak senang duduk dah. Sabar banyak-banyaklah. Yang penting kapal terbang ni dalam keadaan ok. Moga kami semua selamat sampai ke Langkawi. 

Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Selfie dengan mak kat KLIA airport


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Check in luggage


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Dalam kapal terbang



Tiba di Langkawi Airport 


Alhamdulillah dalam 10 lebih baru bertolak dari KLIA dan sampai Langkawi Airport 11 lebih. Lega rasanya bila dah sampai bumi Langkawi. Kat sana memang travel tunggu ketibaan kami dan kami terus dibawa ke bas. Dalam bas adalah pemandu pelancong beri taklimat sedikit tentang Langkawi ni.



Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Ni sis yang bagi taklimat



Shopping di Pekan Kuah


Destinasi kami hari pertama aktiviti shopping di Pekan Kuah. Tapi sebelum shopping tu kami makan tengahari dulu. Punyalah laparkan sebab pagi tu alas perut dengan makan donat beli kat KLIA. Lepas makan misi jalan-jalan kedai area berdekatan kedai makan. Gigih mak yong ni berjalan tau.

Yang paling semangat nak shopping mak Raihan kemain dia borong beli coklat banyak-banyak untuk kawan-kawan dia. Selain coklat kami beli kain batik dan juga minyak gamat. Raihan pun adalah beli coklat juga tapi tak banyak sebab mood shopping tu kurang sikit. Yang penting nak cari fridge magnet ni penting item wajib sebagai kenangan gitu. Suami pula misi dia cari periuk tefal murah sangat. Kemain happy dia.haha.. Suami hakak lagi suka masak dari hakak tau..heheheh..


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Mak dah hasil mencandat coklat.hehe..


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Hari pertama kemain shopping sakan

Lepas shopping ikut masa ditetapkan, kami terus dibawa pergi ke tempat penginapan kami hotel Westin Langkawi Resort & Spa. Serius hotel ni ekslusif betul. Sampai-sampai je kami disambut dengan kompang dan ada hi-tea dijamu dengan makanan sedap-sedap. Tapi tak boleh nak makan banyak sebab malam nanti ada dinner nak makan banyak lagi..hahaha...

Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Pilih mak makan kenyang-kenyang


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Lobi Hotel Westin


Bila dah masuk bilik dapatlah rehat jap guling-guling dalam bilik. Macam kami dapat 2 bilik tau. Raihan dan mak sebilik. Cik qaireen dan suami sebilik. Bilik kami bersambung so boleh keluar masuk sebelah jekan. Cik qaireen kemain happy betul. Kita penat berjalan dia boleh relax je duk main lari-lari dalam bilik.hehe....



Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Katil yang empuk..hehe



Dinner di Hotel Meritus Pelangi Resort


Dalam 5.30 petang kami semua kena berkumpul di lobi hotel untuk perjalanan ke Hotel Meritus Pelangi Resort dinner kami semua di sana. Makan sedap-sedap malam ni. Alhamdulillah syukur dengan rezki merasa reward Shaklee ni. 


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Welcome dinner bersama Presiden Shaklee Malaysia Mrs Helen


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Makan  sedap-sedap tau selagi termampu.hehe...


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
With mr hubby tersayang


Percutian Percuma Shaklee-Ke Pulau Langkawi 2016 - Part 1
Bersama team Shaklee mantap.
Tudung hijau tu bonda Shaklee saya tau


Alhamdulillah hari pertama yang penuh aktiviti. Penat tu memang penat lagi tengah mengandung ni kan. So malam tu sebelum tidur telan Ostematrix dan vitamin lagi untuk recover penat tu dan tidur lena. Esoknya ada misi lagi berjalan.

Terima kasih Shaklee untuk peluang reward percutian percuma ni. Paling gembira dapat tengok insan tersayang gembira terutama anak dan mak Raihan. Mereka sumber kekuatan bisnes Shaklee. 

Ok Part 2 pula tau next entry pula tau. Tunggu......




Berminat untuk menjadi ahli Shaklee?


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG,PORT KLANG, PANDAMARAN, BUKIT TINGGI, BANDAR BOTANIC, SIJANGKANG,
JOHAN SETIA, KG JAWA, BANDAR PUTERI, BANDAR PUTERA, SG UDANG DAN SEKITARNYA


No comments :