Wednesday, 23 November 2016

6 Tahun Bersama, Kini Kau Pergi Buat Selamanya

Tarikh 22 November 2016 dalam kenangan. Perginya kucing kesayangan 6 tahun lebih bersama. Sakit batu karang dah kronik. Pergilah sayang. Tarikh keramat harini untuk terus diingati. Hari anniversary perkahwinan kami suami isteri dan perginya ben selamanya. Love u till jannah ben dalam kenangan.

Allah nak cabut nyawa sekelip mata je. Sebelum dia pergi aku terdengar ben mengiau kuat dalam surgery room kat klinik haiwan yang kami pergi tu. Mengiau kuat tanda sakit. Tiba-tiba terus senyap. Doktor panggil aku dan suami masuk bilik bagitau ben dah takde. Dengan tubuh kaku atas meja. Aku cuba kawal perasaan tahan air mata. Akhirnya tumpah jua tak tertahan. Aku baru je pegang dia hidup tadi. Rasa macam sekelip je mata. Allahuakbar!

Ben masa hidup lagi baring atas kerusi dalam klinik

Ben pergi selamanya

Doktor dan pembantu dia tengok je aku nangis mungkin dah biasa dengan situasi sedih macam ni. Ada customer lain hantar kucing dia gak. Pandang aje aku menangis tersedu-sedu. Memang dah tak fikir malu ke apa ke masa tu. Aku rasa sedih kehilangan makhluk Allah yang aku sayang dah terbina lebih 6 tahun ini.

Ben mati sebab sakit batu karang. Doktor kata dah lebih seminggu dia sakit. Doktor tanya tanda-tanda batu karang. Tapi kami je tak perasan. Sebab ben sakit masa kami pergi Trip Langkawi Shaklee. Dia derita masa kami takde kat rumah. Masih bertahan tunggu kami sekeluarga balik dari cuti untuk kami tatap dia buat kali terakhir. Balik dari cuti memang dia tak langsung makan. Asyik terbaring dan mengiau sakit. 


Bila rasa sunyi tiba-tiba ingat dia. Menyesal bila ingat pernah marah-marah dia umpama marah si anak kecil dia. Ni baru hilang kucing. Hilang insan kesayangan pula mesti lagi terasa.Teringat pula kat arwah abah. Al fatihah utk arwah abah. Tunggu kami di syurga. Semoga kita semua tergolong di kalangan penghuni syurga.... amin....

Boleh refer blog ni untuk info tentang batu karang kucing

No comments :