Thursday, 20 October 2016

Petua Atasi Masalah Senggugut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Harini  Raihan nak share tips atasi masalah senggugut untuk gadis-gadis dan wanita luar sana.. Haa.. sape yang penah alami kemain derita siap tertonggeng gitu menahan sakit..hehe... Betul tak?? Raihan sendiri pernah alami derita senggugut ni masa zaman anak dara lagi. Masa tu kalau kerja datang senggugut mesti MC. Dah macam rutin tiap bulan pulak...

So ni antara tips dan petua yang boleh bantu korang untuk legakan masalah sengugut tu. Semoga membantu.


1. Minum air kerap


Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang. So lepas ni amalkan minum air suam banyak-banyak. Minum air banyak bagus untuk kesitan juga. 3 liter sehari pun ok.

Banyakkan minum air suam


2. Elak minum kafein


Cuba kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Boleh Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.



Minum teh chamomile



3. Pemanas


Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas. 

Teringat zaman belajar dulu ada kawan siap panaskan lesung nak buat tungku untuk tuam kat perut gara-gara senggugut. Kita tengok jelah. Tak cuba..hehe...


Petua Atasi Masalah Senggugut
Tuam pad/kantung pemanas


4. Bersenam


Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.




Petua Atasi Masalah Senggugut
Senaman


5. Air halia


Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Caranya hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut. Ni cara paling simple betul. Kalau memang kaki masak halia ni mesti memang ada ready stok kan..hehe..


Petua Atasi Masalah Senggugut
Buat air halia


Ok ni sebahagian petua mudah yang u all boleh amalkan untuk atasi senggugut.. Apa yang penting air memang kena minum banyak ok. Semoga lepas ni takde yang MC or monteng sekolah lagi...hehehe....

Atau boleh atasinya dengan Set Senggugut Shaklee

No comments :