Monday, 11 July 2016

Salam Aidilfitri 2016

Salam Aidilfitri 2016


Salam Aidilfitri 2016
Salam Aidilfitri 

Dengan ini Raihan sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua keluarga, sanak saudara, kawan-kawan dan semua yang mengenali kami. Semoga raya tahun ni memberi rahmat dan merapatkan ukhwah sesama kita.

Tahun ni kami beraya di kampung suami pula di Pengkalan Kubor, Kelantan. Alhamdulillah meriah raya penuh rumah mak mertua dengan semua anak cucu cicit...hehe... 

Jom layan gambar raya kami tak banyak pun..hehe... 


Gambar raya bersama keluarga suami di Kelantan

Bersama mak mertua, adik beradik suami dan biras






Gambar raya dengan keluarga Raihan bersama mak dan adik beradik di rumah kakak sulong kak Nila di Bangi.

Bersama anak dan cucu mak. Tak cukup orang lagi ni....

Dengan mak dan kakak-kakak yang gojes..hehe


Bersama mak tersayang


Walaupun sibuk beraya yang tiada tidak dilupa. Tahun kedua beraya tanpa arwah abah. Rindu sangat kat arwah abah sampai termimpi. Al fatihah untuk arwah abah.

Alhamdulillah raya ni dapat kumpul ramai-ramai dengan family seronok sangat. Tahun ni takde beraya sangat. Tapi kalau ada nak jemput open house kami on je..haha....

No comments :