Tuesday, 29 March 2016

Tips Bila Anak Sakit atau Anak Nakal

Tips Bila Anak Sakit atau Anak Nakal



Tertarik dengan tips ini terutama mereka yang ada anak kecil. Semoga beri manfaat untuk saya dan pembaca semua...


1. MUHASABAH DIRI
- adakah kita ter'ajar' mereka perangai itu, seperti mereka banyak menjerit atau pukul-pukul adik, mungkin kita ada ter'buat' tindakan ini depan mereka

2. TAUBAT DAN ISTIGHFAR
- sedangkan Rasulullah taubat lebih 70 kali setiap hari, apatah lagi kita yang lemah dan kerdil ni, mungkin ada dosa-dosa yang kita buat tanpa sedar mungkin yang dianggap kecil,

- so jom istighfar dan taubat banyak-banyak, agaknya teguran Allah untuk kita melalui perangai anak-anak kita kan?

3. TUKAR STRATEGI
- INGAT ni --> Tindakan baru = Hasil baru

- anda kan ibubapa yang bijak, so kita macam saintis kat rumah, eksperimen sendiri apa yang jadi dan apa yang tak jadi, tukar strategi dengan anak-anak

- contoh:
Kalau abang pukul adik, kita marah abang balik.... so tukar kepada ====> duduk dengan abang (berduaan), peluk dia dan tanya
"Abang suka mama luangkan masa macam mana dengan abang", hasilnya Abang ni tadi akan rasa WOW mama tak marah tapi mama tanya pulak pasal abang. Mama sayangkan abang la. Anak yang penuh dengan kasih sayang InsyaAllah kurang meragam.

4. BERI PERHATIAN DAN KASIH SAYANG TANPA SYARAT
UNCONDITIONAL LOVE ni la rahsia kepada hubungan yang mantap sesama insan. Terima orang tersayang dengan redha dalam apa keadaan sekalipun, walaupun ketika anak-anak buat salah. Ini akan mengelakkan anak-anak rasa macam ibubapa hanya sayang aku bila baik sahaja.
Macam kita jugaklah, seronok je bile orang bagi perhatian kan?
So beri, beri, beri InsyaAllah Allah akan balas, balas, balas.

***********
The most important thing is to ENJOY and HAVE FUN with your children.
While they are still young and growing up in our house.
Semoga tips ni membantu ibubapa penyayang sekalian!

Sumber info Fb Dr Atiyah Azmi 

No comments :