Sunday, 16 August 2015

Kelebihan B Complex Shaklee

Kelebihan B Complex Shaklee



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Harini saya nak kongsikan kelebihan B Complex Shaklee yang merupakan antara vitamin asas dalam tubuh badan kita terutama sekali asid folik. Pernah dengarkan asid folik? Biasanya asid folik ni sinonim dengan ibu hamil sebab doktor akan bekalkan asid folik sepanjang proses kehamilan. Tapi sebenarnya ia bukan khusus untuk ibu hamil sahaja tetapi untuk semua.
Jom kita tengok manfaat dan kelebihan  B Complex Shaklee ni mana tau kalian jatuh cinta lepas ni. Jangan lupa grab dan cuba ye...                                  


Kelebihan B Complex Shaklee
B Complex Shaklee
                                   

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. 



Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin



Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Tanda - tanda Kekurangan B Complex

  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi


Kelebihan B Complex Shaklee Secara Umum


1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

Kelebihan B Complex Untuk Kanak-kanak


1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


Kelebihan B Complex Untuk Dewasa


1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  

Kelebihan B Complex Untuk Ibu Hamil


1. Tambah sel darah merah. Kurang darah merah boleh menyebabkan kecacatan pada janin.
2. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
3. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Soalan biasa yang ditanya mengenai B Complex


1) Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?


Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak. Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

2) Makan B Complex sebabkan Air Kencing Kuning Terang?

Berikut merupakan warna air kencing dan faktor penyebabnya :

Kuning Pucat - normal
Kuning Cerah / Terang – akibat pengambilan vitamin B Complex
Kuning Gelap – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B Complex
Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax, vitamin C
Keruh / Putih susu - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)/penyakit batu karang
Merah atau Pink – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
Biru atau Hijau – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome


Berdasarkan panduan di atas, jika warna urin adalah terang, ia adalah sesuatu yang normal. Ini terjadi kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan kehadiran B2 (Riboflavin) di mana molekulnya berwarna kuning. Pada peringkat awal pengambilan B-Kompleks, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa dan lama-kelamaan akan kembali seperti sediakala dengan syarat pengambilan air adalah mencukupi. Jika kuning gelap pula, anda harus meningkatkan pengambilan air. Jika selainnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.


Semoga bermanfaat dengan perkongsian tentang B Complex ini.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Berminat nak jadi ahli Shaklee sekitar Bandar Botanic, Port Klang, Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi, Andalas, Teluk Panglima Garang.


Nak rasai kelainan BERSHAKLEE?SIHAT, CERIA DAN GEMBIRA.


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

ct_nusrat@yahoo.com
Free consultation for every purchase
LIKE Fanpage FB Babyqaireen Shoppe
FB: Raihan's Vita Shop 

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PORT KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PANDAMARAN, PENGEDAR SAH SHAKLEE BUKIT TINGGI, PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK PANGLIMA GARANG

4 comments :

NUR CAHAYA said...

pernah makan tapi badan CP jadi naik lak, kenapa yer ?

Tengku Sofia said...

B-complex beri saya tenaga :)

Raihan Shaklee said...

NUR CAHAYA certain orang akan rasa makan b complex rasa lapar. Ada rasa lapar dan makan banyak tak? Berat badan ni naik biasa sebab kita makan. Rasa lapar tu sebenarnya akibat dari fungsi b complex tu sendiri tukarkan kandungan gula/karbohidrat jd tenaga. Jadi kena bykkan minum air..mind set je kdg rasa lapar tp kita lak mkn xhnegat..hehe.. tu normal..klau nak mkn pun mkn kudapan berkhasiat. B complex ni penting juga utk kita semua. sbb elak dari kena kencing manis.

Raihan Shaklee said...

Tengku Sofia ha ah memang bagi tenaga. Selain tu kalau stress memang elok makan sbb bantu stabilkan emosi. B complex sbg anti stress...