Wednesday, 19 August 2015

Kata-kata Motivasi Tentang Kabahagiaan

Kata-kata Motivasi Tentang Kabahagiaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Sesekali saya nak kongsikan kata-kata motivasi untuk panduan kita semua. Dipetik daripada pakar motivasi terkenal Profesor Doktor Muhaya.


Kebahagiaan dalam hidup ini bergantung kepada empat perkara yang menjadi pegangan hidup kita atau “sistem kepercayaan” kita. Pertama, kita mempercayai bahawa memang kita mempunyai sikap negatif. Kita percaya memang kita seorang pemurung, kita jahat, kita bodah, kita tidak berguna dan seumpamanya sikap-sikap negatif. Maknanya kita memberikan imej diri atau melabelkan diri kita dengan sikap negatif. Kalau kita sendiri menarik aura negatif kepada diri kita, bagaimanakah orang lain hendak menerima diri kita sebagai seorang yang beraura positif? Maka sistem kepercayaan kepada diri kita yang negatif itulah yang membuatkan hidup kita sukar mengecap kebahagiaan, termasuk dalam kebahagiaan berumah tangga.


Kedua, kita percaya kita boleh bahagia tetapi kena buat “sesuatu”, baru kita bahagia. “Sesuatu” itu kalau yang positif tidak mengapa, tetapi bagaimanakah kalau “sesuatu” itu yang negatif? Adakah kerana hendak mendapat jaminan kebahagiaan dalam kehidupan ini, kita sanggup melakukan atau mendapatkan “sesuatu”, walaupun ia adalah “sesuatu” yang negatif?



Moga kita semua dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan rezki di dunia dan akhirat.



Salam sayang,
Puan Raihan

No comments :