Saturday, 15 August 2015

Atasi Masalah Keputihan Semasa Hamil Dengan Produk Shaklee

Atasi Masalah Keputihan Semasa Hamil Dengan Produk Shaklee


Punca Keputihan Semasa Hamil

Sepanjang kehamilan, ibu hamil mengalami perubahan hormon yang menyebabkan terjadinya keputihan. Aliran darah akan meningkat ke daerah kewanitaan ketika anda sedang hamil yang mempengaruhi cecair faraj menjadi lebih meningkat. Pada ibu hamil cecair faraj mempunyai manfaat untuk mencegah jangkitan dari faraj menuju ke rahim. Akan tetapi, tidak semua cecair faraj memberikan manfaat kerana jika telah tercemar dengan bakteria, parasit, atau virus, ia akan memberi pengaruh buruk dari terjadinya jangkitan faraj. Ibu hamil terdedah kepada jangkitan faraj kerana kesulitan dalam membersihkan kawasan intimnya. 


Bagaimana Mengesan Keputihan?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.

Adakah Keputihan Membahayakan Bayi?


Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.


Cara Atasi Masalah Keputihan


  1. Jagalah selalu kebersihan organ intim dengan membersihkannya setiap kali selesai buang air kecil atau besar. Jangan lupa untuk selalu membasuhnya dengan cara yang benar, iaitu dari arah depan ke belakang.
  2. Gunakanlah pakaian dalam yang diperbuat dari bahan kapas dan mudah menyerap peluh.
  3. Elakkan penggunaan sabun mandi yang sebahagian besar mengandungi soda, atau kurangkan penggunaan sabun pencuci faraj yang bersifat antiseptik. 
  4. Sebaiknya elakkan pemakaian pantyliner, kerana bahan kapas pantyliner boleh menyebabkan bakteria membiak dengan mudah.
  5. Elakkan mandi berendam dengan air panas atau hangat, kerana yis candida (penyebab keputihan) lebih mudah tumbuh dan / atau berkembang di suhu hangat.
  6. Kurangkan pengambilan makanan "junkfood"  atau makanan yang mengandungi bahan pengawet atau gula yang cukup tinggi, atau jenis makanan yang mengandungi yis, atau membeli makanan yang dibungkus dalam bentuk kering (kerana umumnya makanan yang dikeringkan mengandungi gula fruktosa yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon pada organ kewanitaan anda).

Cadangan Produk Shaklee Untuk Masalah Keputihan Semasa Hamil


Biasanya untuk cadangan masalah keputihan kami cadangkan Alfalfa Complex. Namun ibu hamil tidak digalakkan mengambil alfalfa semasa hamil kerana ia merupakan herba. Jadi bimbang risiko terhadap janin.

Alternatif kami vitamin yang sesuai


1) Garlic Shaklee sebagai pengganti Alfalfa Complex kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Garlic bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida.

Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.



2) Vitamin C Shaklee juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah keputihan. Vitamin C bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Ia juga antara vitamin cadangan khas utk ibu hamil memandangkan ibu hamil mudah jatuh sakit  dan imun badan rendah. Perlu mengambil vitamin untuk kuatkan imun badan untuk kesihatan ibu dan kandungan. Set Ibu Hamil boleh klik sini.



Jadi ibu hamil boleh ikhtiar dengan amalkan supplement ni. In shaa Allah mudah-mudahan dapat melegakan ketidakselesaan anda.

Jika anda, isteri atau insan yang anda kenal alami masalah ini boleh share artikel ini untuk manfaat bersama. Terima kasih.




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Berminat nak jadi ahli Shaklee sekitar Bandar Botanic, Port Klang, Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi, Andalas, Teluk Panglima Garang.


Nak rasai kelainan BERSHAKLEE?SIHAT, CERIA DAN GEMBIRA.


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

ct_nusrat@yahoo.com
Free consultation for every purchase
LIKE Fanpage FB Babyqaireen Shoppe
FB: Raihan's Vita Shop 

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PORT KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PANDAMARAN, PENGEDAR SAH SHAKLEE BUKIT TINGGI, PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK PANGLIMA GARANG

No comments :