Saturday, 15 August 2015

9 Kebaikan dan Manfaat Teh Hijau

9 Kebaikan dan Manfaat Teh Hijau


Kalau sebut teh hijau tak semua orang gemarkan teh inikan..sebab rasa yang tawar dan tak kena di tekak. Malah tiada rasa manis pun. Saya pun begitu dari minum teh hijau baik minum teh tarik ada sedapnya juga.hehe... Tapi bila usia meningkat dan terjebak dengan dunia supplement maka penjagaan kesihatan sangat dititikberatkan dari segi pemakanan.

Teh tarik memang nikmat sedap tapi kandungan gula tinggi tu.. suka risiko kepada obesiti dan tinggi gula dalam badan mengundang diabetes dan lain-lain. Tapi kalau sekali sekala oklah. Jangan amal selalu. So sekarang kami suami isteri pengamal tegar teh hijau atau cinch tea produk Shaklee.So harini nak share pasal manfaat teh hijau saja.


9 Kebaikan dan Manfaat Teh Hijau
Teh hijau

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari NegaraChina dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.

Mengapa ia bagus dalam diet seharian?
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. 

Manfaat minum teh hijau
  • Lembutkan kulit-   Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

  • Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

  • Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

  • Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

  • Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

  • Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

  • Mencegah penyakit gigi- Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
  • Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

  • Menurunkan tekanan darah- Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.


Perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.
So bagi u all yang nak amalkan gaya hidup sihat jom jadikan minuman teh hijau sebagai minum harian. Serius ia sangat bantu untuk proses penurunan berat badan. Yang ni ramai suka kan...

Selamat mencuba!


Berminat nak jadi ahli Shaklee sekitar Bandar Botanic, Port Klang, Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi, Andalas, Teluk Panglima Garang.


Nak rasai kelainan BERSHAKLEE?SIHAT, CERIA DAN GEMBIRA.


HUBUNGI KAMI

PUAN RAIHAN 017-2549388
ENCIK HAFIEZ 017-2549358

Shaklee ID 852419

ct_nusrat@yahoo.com
Free consultation for every purchase
LIKE Fanpage FB Babyqaireen Shoppe
FB: Raihan's Vita Shop 

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PORT KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PANDAMARAN, PENGEDAR SAH SHAKLEE BUKIT TINGGI, PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK PANGLIMA GARANG

No comments :