Thursday, 25 June 2015

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin Dalam Badan

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin Dalam Badan


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...
Selalu saya share kebaikan produk Shaklee kan..vitamin semua bagai. Sesetengah orang rasa tak perlu ambil apa-apa supplement pun.. Betul ke? Yakin tak sehari kita memang amalkan ikut piramid makan yang betul dan berkhasiat?? Sebenarnya banyak simptom kekurangan vitamin dalam badan tapi ramai tak sedar kan..


sumber gambar google

Karbohidrat, protein, vitamin merupakan zat-zat yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Khusus untuk vitamin, zat ini sangat penting untuk keperluan tubuh kita dalam jumlah yang sesua. Banyak  jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita, seperti vitamin A, B, C, D dan lain –lain. Jadi sudahkan anda mencukupi kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh anda….???

Jom kita tengok antara tanda-tanda kekurangan vitamin dalam badan



Kuku Mudah Patah

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

Mata Terasa Kering

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

Pecah-pecah bahagian hujung mulut

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

Bibir Pecah-pecah

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

Kulit Memerah dan Berminyak

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

Jerawat

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

Rambut Nipis

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

Kelemumur

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

Mata Merah

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

Luka Lambat Sembuh

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.
Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010


Ok dah buat checklist tak ada pada diri kita. Badan yang sering letih lesu pun sebenarnya memerlukan makanan tambahan untuk cover dan bagi tenaga. Ramai yang ambil jalan singkat dengan dapatkan ubat atau pain killer yang diambil berterusan akan memberi kesan kepada kesihatan malah buah pinggang. Ubat dan vitamin 2 benda berbeza ye. Namun jika ada masalah kesihatan kritikal atau perlukan rawatan doktor perlu juga untuk merujuk pada yang pakar.


Oh ye jika anda mencari-cari makanan tambahan yang sesuai saya cadangkan pengambilan Vitamin Shaklee sebagai supplement pilihan anda.
Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dalam rahmat Allah.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Berminat nak jadi ahli Shaklee sekitar Bandar Botanic, Port Klang, Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi, Andalas, Teluk Panglima Garang.


Nak rasai kelainan BERSHAKLEE?SIHAT, CERIA DAN GEMBIRA.


HUBUNGI KAMI

RAIHAN 017-2549388
Shaklee ID 852419

ct_nusrat@yahoo.com
Free consultation for every purchase
LIKE Fanpage FB Babyqaireen Shoppe
FB: Raihan's Vita Shop 

PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PORT KLANG, PENGEDAR SAH SHAKLEE PANDAMARAN, PENGEDAR SAH SHAKLEE BUKIT TINGGI, PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK PANGLIMA GARANG



No comments :