Tuesday, 28 February 2012

Penyusuan ketika Hamil


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Apa yang biasa dilalui oleh ibu menyusu apabila didapati hamil? Biasanya penghasilan susuibu akan sedikit terjejas kerana hormon prolaktin akan menurun apabila si ibu itu mengandung. Namun jika si ibu itu menjaga pemakanan dan kesihatan ....insyaAllah penyusuan susuibu masih boleh diteruskan.



Vitamin biasa yang digalakkan seorang ibu itu ambil sewaktu menyusukan anak mereka ialah Multivitamin, B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan Protien. Setiap vitamin berfungsi menyokong kesihatan si ibu. Apabila ibu sihat ditambah kerap melakukan stimulasi melalui penyusuan langsung (direct feeding) atau sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam.

Namun harus diketahui bilamana ibu itu mengandung, sebelum mahu meneruskan perjuangan penyusuan susuibu pada si kecil anda, ibu itu hendaklah

1. meminta pendapat doktor untuk melihat perkembangan bayi yang dalam kandungan. Jika keadaan bayi dalam kandungan sihat dan membesar mengikut jadual pembesaran yang sempurna, tidak salah untuk meneruskan penyusuan susuibu buat si kecil anda.

2. memastikan pengambilan vitamin yang disyorkan oleh doktor diamalkan dengan baik demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik.

3. memastikan anda sihat dan tidak sakit. Ini kerana apabila si ibu itu sakit, ia akan sedikit sebanyak mengganggu penghasilan susuibu dan bayi dalam kandungan.


Tahukah anda mengapa ramai doktor yang tidak menggalakan untuk si ibu meneruskan penyusuan susuibu buat si kecil ketika anda mengandung? Ini kerana apabila kita menyusukan anak, kontraksi akan berlaku dibahagian rahim dan ini boleh menyebabkan risiko keguguran. Selain dari itu, doktor khuatir jika si ibu terus menyusu akan menyebabkan bayi dalam kandungan akan terjejas pembesarannya.
Namun tidak semua doktor begitu. Ada yang terus menyokong si ibu itu memberi susuibu kepada sikecil mereka walau si ibu di dapati mengandung terutama jika bayi dalam perut si ibu membesar dengan baik dan sempurna.

Apakah vitamin yang boleh dan tidak boleh diambil sewaktu mengandung dan sesuai untuk terus menyusukan si kecil ?

Vitamin yang disarankan diambil sewaktu mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi( penting untuk pembesaran si kecil dan pembinaan sel darah merah), B complex, Vitamin C dan Kalsium. Vitamin2 ini penting untuk kesihatan si ibu dan waktu yang sama akan disalurkan kepada bayi yang berada dalam kandungan ibu.


Vitamin yang patut dielakkan semasa mengandung dan menyusu pula ialah Alfalfa. Ini kerana alfalfa adalah vitamin yang membantu mempercepatkan penghasilan susuibu namun perlu kita ketahui semasa mengandung hormon prolaktin akan menjadi rendah dan pengambilan alfalfa untuk meningkatkan penghasilan susuibu akan menyebabkan hormon prolaktin turut meningkat dan  boleh meningkatkan risiko keguguran bayi dalam kandungan.
Namun apakah vitamin yang sesuai diambil untuk menggantikan alfalfa? Memadai dengan kalsium magnesium kerana vitamin ini penting untuk pembinaan sel darah, tulang dan saraf.

So buat ibu-ibu yang baru tahu anda mengandung dan waktu yang sama masih mahu meneruskan penyusuan susuibu buat si manja anda, jagalah pemakanan dan kesihatan dengan baik. Supaya kita sihat, anak pun sihat!




Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

SURAH YG PERLU DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG..


Amalkan surah:
1.AlFatihah(utk terang hati dan kuat ingatan)
2.Maryam (memudahkan ibu bersalin & peroleh anak sabar & taat) 
3.Luqman (peroleh anak cerdik akal & jiwa) 
4.Yusuf (anak cantik rupa & akhlak)
5.Hujurat (memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati2)
6.Yaasin (ketenangan hati & anak tdk terpengaruh dgn godaan syaitan)
7.At Taubah (bersih jiwa & hindar drpd maksiat)
8. An Nahl (lahir anak yg berdisiplin)

Monday, 27 February 2012

Khasiat Vitamin dalam Set D


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Kat bawah ni info serba sikit vitamin dalam Set D iaitu B Complex,Vitamin C dan Vitamin E..

Khasiat Vitamin C:
  • meningkatkan sistem pertahanan badan
  • stress meningkatkan keperluan vitamin C
  • perokok dan orang sekelilingnya memerlukan vitamin C
  • sejenis kolagen seperti glu yang melekatkan sel-sel
  • mencegah gusi berdarah
  • membantu menyembuhkan luka
  • memerangi kimia toksik
  • menyingkatkan selsema
  • bertindak sebagai antioksida
Khasiat B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


Khasiat Vitamin E
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
Vitamin E boleh didapati dalam Set D (set wajah berseri) dan boleh add on dengan mana2 set trial pack,



Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Sakit Kaki tiada lagi dengan Ostematrix

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

TESTIMONI DR GENG SHAKLEE GBS TENTANG OSTEMATRIX (KALSIUM) SHAKLEE

Rashidah Idris

Salam..sj nk share..baru2 ni sy jatuh & kaki terseliuh..dan bila d x-ray, tulang kaki sy di dapati retak..first two days, sepanjang mlm sy x bleh tido..tetiba teringat ttg kebaikan oste dlm membekalkan kalsium utk tulang & mengurangkan rasa kejang kaki..ape lg suh Mr Hubby gi beli kt outlet Shaklee..bila dh mkn, Alhamdulillah..terasa perbezaannye..kaki dh kurang berdenyut2 dan kurang sakit..tido pun lebih lena..sy x tau samada ini adlh kebetulan atau tidak tp bg sy x sanggup plak rasanye nk miss mkn oste sbb dh x nk ulangi rasa kesakitan smpai x leh tido mlm tu..ape2 pun sgt berpuas ati dgn oste..Thks Shaklee..
 
 Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com
 

Sunday, 26 February 2012

BERPANTANG DENGAN SET TRIPPLE M


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Salam...baru nak kgsi pgalaman...start mkn set 3M pd 8/1/2012...terasa perbezaan time pantang ank pertama dulu..ank pertama dulu just amik jamu2..yg kali ni jamu xsentuh lnsung cume ambil produk shaklee aje..tu pon kenal shaklee dlm fb.waktu pantang bila bby tido dptla online jd ntah cmne ble ternmpak post ttg shaklee kat fb so terus oder melalui Shaklee Nur Anakku.jamu yg dibeli simpan aje.so,kali ni terasa bertenaga..rambut xgugur cm wktu ank 1st dulu,susu mmg meriah..syukur..ank pertama dulu 3bulan start keje dah mix ngan formula..2nd ni so far still fully bf lg..6/3/12 ni baru 3bulan..bila kat tmpat keje sekali sy pam susu kanan dpt 8oz kiri pon 8oz,jd time kali pi keje sy kene standby byk bekas/plastik untuk simpan susu..member sume tegur kata susu sy banyak..hehe..suka sgt..syukur rezeki anak..ESP dah mkn 2nd can..n now sy dah pon jd ahli sbb nak dptkn harga ahli bila beli selain nak share ngan member2 kat tmpat keje apa yg sy dah amik ni..susu jd pekat ble nmpak perbezaan bila xminum esp susu mmg jd cair..bby tido lena kknyangan..genap 2bulan aritu timbang bby dah 6kilo..ms bersalin cuma 2.92kg aje...n yg best n***** jd pink kaler..hehe...dua2 ank sy bersalin operate dsbbkan bby lemas so 1st dulu scar mmg xcntik lnsung..kali ni scar cntik cm nmpak xnmpak je..puas ati...dulu xsuka minum air masak tp skg dah jd bff pi mana2..air sejuk plak rs xsedap..hehe..berat bdn dah kembali ke asal iaitu 45kg..cume skg ni tgh berusaha nak kempiskn perut yg buncit ni..hehe..baru try GLA n mealshake...

untuk info Set Penyusuan Euphoria leh KLIK sini ye..
Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Sunday, 19 February 2012

Shaklee product: Kelulusan KKM & Panduan baca tarikh luput~

Salam semua....harini berbesar hati nk kongsi panduan baca label kat botol Shaklee...dengar cam kelakar je tapi penting tau sebab label botol Shaklee ni berbeza coz ikut US standard...Maka disebabkan ada beberapa orang customer mengadu vitamin mereka hampir expired la dan yg dah expired pun ada jugak...Disebabkan Shaklee yg poskan saya pun jadi kelam kelibut sikit coz takut customer dapat barang dah expired...Tapi saya percaya kepada servis branch Shaklee..Dan harini nak kongsikan panduan baca label kepada semua dan Shaklee mendapat kelulusan KKM...so tengok gambar da detail kt bawah ye...




credit to Hadhatina

So bagi yang belum tahu ye..format membaca tarikh luput pada botol Shaklee mcm ni ye

EXP: month/day/year

Contoh mcm dalam gambar diatas JUN/20/2012 = 20 june 2012
Ada juga yang tulid di botol mcm ni 05/05/12 = 05 may 2012

Kenapa jadi gitu? Shaklee ni originated from US, so US style dia tulis month/day/year..even kalo borak2 dengan diorang pun diorang akan sebut..'june 26th' misalnya bukan '26th of june'. Jadi lepas ni dah tau dah macam mana nak baca exp date :)

Lagi satu ada juga yang bertanya Shaklee ni mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ke? And the answer is YES.Macam mana nak tau? 

Kalau anda perhatikan di bahagian kanan depan botol Shaklee ade sticker kilat. Kat sticker tu ade serial number dan ade printed KKM.
ehsan from Fai

Lagi satu di setiap botol Shaklee ni ada printed "Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia" dan ade Serial number MAL xxxxxxxx


Memang stated di botol tuh diluluskan oleh KKM so dah terjawab lah 2 soalan hari ni..




credit





Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Thursday, 16 February 2012

APA KATA EXCLUSIVE PUMPING MOM TTG SET TRIPPLE M?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


TESTIMONI DARI GENG SHAKLEE GBS


Dulu pump dapat 1oz pon susah.. Tapi sekarang alhamdulillah susu meriah sgt2.. Thanx to kak Kikin Nazri sebab perkenal kan i shaklee and ajar cara buat pp.. Im ep mom.. Fail to df baby dari lahir lagi sekarang baby da 4month.. Masa dalam pantang i terpaksa bagi baby susu formula 89% susu ibu 11% je sebab mmg xde langsung.. Sejak makan shaklee sekarang dah tak beli susu formula langsung dah 100% susu ibu.. Stock ebm pon banyak dalam freezer.. Yeay!


Untuk info Set penyusuan Euphoria leh KLIK sini..

SET TRIPPLE M

Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com



Wednesday, 15 February 2012

Kebaikan Lecithin untuk ibu yang menyusu?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  •  Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.

credit Kak N
LECITHIN
·        Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang  membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
·        Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
·        Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
·        Fat Emulsifier – Metabolisma lemak 
KANDUNGAN
·        Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan  ia perlu diambil melalui diet harian .
·        Kolin – satu komponen neurotransmitter
·        Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
·        Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN

1.     PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
·        Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
·        Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan      meningkatkan kolesterol baik (HDL)  
·        Membantu mengawal paras triglycerides
·        Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
·        Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
2.     PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
·        Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
·        Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini  dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
·        Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak  adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin
3.     UNTUK KAUM TUA
·        Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
·        Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
4.     UNTUK PENGHADAMAN
·        Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
5.     UNTUK SEL
·        Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
·        Choline & lecithin menguatkan selaput sel-selneuron dan semua sel-sel tubuh  badan kita
6.     UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
·        Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat  Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
·        Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber
HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
·        Lecithin daripada soyabean  berkesan memecahkan deposit kolesterol
·        Lecitin daripada telor  boleh tetapi tidak bergitu berkesan
MENGAPA SHAKLEE
·        Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
·        Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
·        Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
·        Kepekatannya.
- 1 kapsul : 520 mg lecithin
                   78 mg phosphatidycholine
                   47 mg phosphatidylinositol
 
Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

 


Monday, 13 February 2012

Tips untuk anda yang susah minum air

Adakah anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari? Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan air yang mencukupi dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh badan, antaranya :
  • Mencegah penyah hidratan (mencegah masalah kurang air)
  • Membersihkan tubuh
  • Menggalakkan proses penyembuhan
  • Membantu mengawal berat badan
minum air
Berapakah jumlah air yang sepatutnya anda minum?
Jumlah air yang seseorang itu perlukan sebenarnya adalah berbeza bergantung kepada berat dan tahap aktiviti seseorang itu. Walaupun kita disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari, tetapi ada satu formula yang dapat menentukan pengambilan air yang disyorkan khusus sesuai dengan tubuh badan anda.
Ini formulanya :
Berat badan (dalam kg) di BAHAGI kan dengan 30
(Contohnya, jika berat anda 70kg (70/30 = 2.3 ). Bermakna, tubuh badan anda memerlukan sebanyak 2.3 liter air sehari)
Sekiranya anda sukar atau ada masalah untuk minum air, sila lakukan 6 tips mudah berikut.

6 Tips Mudah Supaya Dapat Minum Air Dengan Banyak

1.) Bawal sebotol air ke mana sahaja anda pergi
Usah beli minuman botol, sebaliknya anda bolehir sendiri dari rumah. Ia bukan saja membantu anda berjimat, malah ia juga pilihan yang lebih selamat dan sihat.
2.) Letak segelas air disebelah anda
Sekiranya anda duduk untuk tempoh masa yang lama, contohnya di meja kerja anda, letakkan segelas air. Apabila anda teringat atau tertengok gelas air anda tu, ambillah ia dan minum. Ingat untuk minum air secara kerap.
3.) Setkan masa
Jam tangan digital atau malah telefon bimbit anda boleh memberi peringatan setiap jam untuk minum air. Apabila jam yang anda set tu berbunyi, tuangkan segelas air dan minum. Walaupun anda minum secawan kecil air (180ml) setiap jam, apabila waktu kerja selama 8 jam berakhir, anda telah pun berjaya minum air sebanyak 1.4L.
4.) Dapatkan penapis @ sistem rawatan air yang berkualiti
Rasa air yang dirawat atau ditapis lebih sedap untuk diminum. Air yang ditapis lebih ’ringan’ dan mudah ditelan. 
5.) Tambahkan sehiris limau atau timun
Anda akan minum lebih banyak air sekiranya rasanya lebih sedap. Macammana nak tambahkan kesedapan air? Mudah saja. Caranya ialah dengan menambahkan sehiris limau nipis (lemon) atau timun. Atau, jika anda lebih suka minum air yang sejuk, simpan 1 jag air dalam peti ais. Minumlah air sejuk itu sebanyak mungkin. Orang kata, minum air sejuk kurang bagus. Tapi sebenarnya ia TAK BENAR. Yang tak bagus ialah air yang ada AIS. Air sejuk dalam peti sejuk, tak ada masalah.

6.) Makan buah-buahan yang mengandungi banyak air
Makanlah buah-buahan yang ada banyak air seperti buah tembikai (92% mengandungi air mengikut berat) dan tomato (95% mengandungi air). Untuk lebih sedap, anda boleh blender (kisar) buah tembikai segar dengan sedikit ais dan tambah beberapa helai daun pudina (jika anda suka) untuk lebih segar dan berkhasiat.
Lakukan ini selama beberapa hari. InsyaAllah, nanti lepas anda sudah biasa dengan amalan ini, ianya akan menjadi tabiat yang baik.
Selamat menjalani gaya hidup yang sihat. Jom minum air banyak jom ~ :)


Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com



Sunday, 12 February 2012

Rahsia Terbesar Banyakkan Susu!!!

Salam semua...harini nak kongsikan pengalaman Kak N dimana beliau berjaya menyusuakan anaknya sehingga 2tahun lebih..So,apa rahsia beliau ek...Beliau sudi kongsikan tips yg beliau amalkan utk terus maintain susu badan sentiasa ada..Jom baca...


Ada seorang teman terkejut bila mendapat tahu saya dapat menyusukan Addin sehingga 3 tahun lebih....walhal saya ada teman yang menyusukan anaknya sehingga 4 tahun setengah. Sebenarnya ada rahsia terbesar untuk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan....
Saya sendiri baru menyedari hakikat rahsia ini. Memang nampak pelik tetapi saya melaluinya dan ramai sahabat2 saya juga melaluinya....

Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.
- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu.
Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye????

Rahsia #2
Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia #3
Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.
Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.

Masih tidak percaya?
Hasil kajian saya secara peribadi mendapati rata2 ibu yang merasakan dirinya hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum adalah kerana golongan ini tidak menjaga pengambilan pemakanannya. Mereka mungkin khuatir akan gemuk, maka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.
Ada yang mengadu dengan saya, saya dah makan semua supplement yang N cadangkan namun susu saya tidak melimpah ruah... maka saya akan bertanya apakah pengambilan makan tengahari puan hari ini? Dengan nada lembut, saya makan kuih muih sahaja hari ini. Wahai temanku sayang, kita bukan hanya perlu pentingkan kuantiti tetapi kualiti.
Sebagai contoh mudah saya cuba gambarkan ... bolehkah sebatang tebu menghasilkan air tebu sebanyak satu jug? Biarpun kita menggunakan mesin yang canggih untuk memprosesnya tapi yang pasti sebatang tebu takkan dapat menghasilkan satu jug air tebu.

Saya memang seorang yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak saya abaikan agar makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak mahupun lemak tepu dalam tubuh saya. Siapa yang mahu kelihatan besar bukan? Maka saya percaya ibu yang menyusukan anak ditambah dengan pengambilan supplement yang betul akan memastikan ibu itu sentiasa ramping dan kelihatan muda! Selain itu kesannya terhadap anak yang menyusu... fuuuhhh ,hanya mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu kehebatannya!

Hebatkan rahsia yg beliau amalkan..


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   

 

Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com