Sunday, 27 May 2012

TIPS ELAK BAYI TERSEDAK SUSU

Akhir-akhir ini kerap kedengaran kes menyayat hati tentang bayi tersedak susu. Jangan ambil mudah, takut menyesal di kemudian hari. Jom baca lebih lanjut tips elak bayi teersedak susu (terutamanya bayi kecil/ baru lahir)

Sebab-sebab bayi tersedak susu
#Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
#lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
#Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi:
#Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. #Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
#Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).
#Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
#Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
#Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.



No comments :