Friday, 11 May 2012

PERSIAPAN PENYUSUAN


Penyusuan adalah proses yang mesti dipelajari oleh ibu & bayi. 

Persediaan paling penting untuk menjayakan penyusuan memerlukan sebanyak mungkin pengetahuan dikumpul semasa anda mengandung lagi. Jadi, hadiri Kelas Persediaan Penyusuan adalah kunci kejayaan. Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu anda & bayi menjayakan penyusuan :

1) Hadiri Kelas Persediaan Penyusuan / Kelas Antenatal yg meliputi topik penyusuan secara meluas /  keseluruhan.

2) Mulakan menyusuan secepat mungkin selepas kelahiran bayi, sebaliknya dalam masa satu jam pertama. Bahan yang dikeluarkan dari payu dara ibu semasa beberapa hari pertama selepas bersalin (kolostrum) kaya dengan protein dan dapat membantu menghalang jangkitan.

3) Cuba posisi yg berlainan semasa menyusukan bayi. Elakkan posisi membongkokkan bayi, sebaliknya duduk tegak dan bawa bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal sebagai penyokong. Pastikan lekapan bayi betul pada payu dara.

4) Pastikan bayi menghisap areola payu dara anda sepenyuhnya

5) Gilirkan payu dara utk dihisap bayi setiap menyusukan bagi mengurangkan pembengkakan yg mungkin anda alami.

6) Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda oleh Konsultan Laktasi yg bertauliah dalam masa 24 hingga 48 jam selepas melahirkan bayi.

7) Susukan bayi bila dia menunjukkan tanda - tanda lapar. perhatikan tanda tersebut seperti, mengagakan mulut, menyondol mulut ke arah payu dara anda, memasukkan tangan dalam mulut dan menangis. Jgn tunggu sehingga menangis.

8) Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu menigkat semasa sesi menghisap. Biarkan bayi menghabiskan susu dan berpuas hati dengan sebelah payu dara sebalum menawarkan payu dara yg di sebelah.

9) Elakkan pemberian puting kosong sehingga penyusuan benar - benar telah stabil.

10) Susukan bayi secara ekslusif pada enam bulan pertama. Penyusuan sangat ideal utk perkembangan dan tumbesaran bayi anda.

11) Jangan bari bayi baru lahir minuman tambahan (air kosong, air glukos, susu formula dan sebagainnya) kecuali alasan perubatan yg dibenarkan oleh doktor.

12) Amalkan diet yg sihat & seimbang kerana ia memainkan peranan penting menjayakan penyusuan kerana ibu yg sihat akan membentuk anak yg sihat.

13) Jika anda ibu berkejaya, pastikan anda membuat persediaan rapi utk menyusukan bayi iaitu peralatan utk memerah & menyimpan susu semasa bekerja.

~INFO ~
Keringkan puting anda di udara selepas setiap penyusuan, sapukan sedikit susu yg telah di perah pada puting, ia dapat membantu dlm penyembuhan & perlindungan puting.

~pa&ma~

No comments :