Saturday, 26 May 2012

5 PERANAN SUAMI DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Alhamdulillah saya beruntung dapat suami yg menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu ni. Beliau sanggup mengeluarkan belanja utk beli peralatan pam dan aksesori lain utk persediaan sebelum bersalin lagi. Thanks my dear huby...S






Suami adalah orang yang paling penting dalam menyokong isteri untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Terutamanya ketika isteri baru lepas bersalin dan masih dalam pantang.


Apa yang boleh suami lakukan?
1- Sokongan moral - suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami sangat-sangat diharapkan oleh isteri. Suami boleh sama-sama menimba ilmu tentang penyusuan susu ibu, sekurang-kurangnya tahu serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.

2. Sokongan dari segi emosi - Apabila selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Suami perlu menyokong isteri dan bersama-sama berazam memberikan yang terbaik untuk bayi.

Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dll.. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.

3- Membantu hal rumah tangga - Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru lepas bersalin dan sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Biarlah isteri rehat seketika dan fokus kepada bayi dan penyusuan.

4- Bersama-sama berjaga malam - Di awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga malam, atau kerap bangun malam untuk menyusu. Para suami sokong lah isteri dengan bersama-sama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Atau jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambil la giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan rehat seketika.

5- Sokongan kewangan - Bantulah isteri untuk bersama-sama membeli peralatan penyusuan terutamanya jika isteri bekerja seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung ke semua keperluan penyusuan. Banyangkan jika isteri tidak menyusukan bayi, berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.

Banyak lagi peranan suami untuk menyokong isteri dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Pendek kata, susah payah dan dugaan dalam dunia susu ibu diharungi bersama-sama isteri. Kerana ibu dan ayah bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Pastinya susu ibu pilihan yang terbaik untuk bayi!!








No comments :