Sunday, 5 February 2012

Tips penyusuan di Hospital Swasta yang bukan rakan bayi

Saya bersalin kat swasta..tp memg bby xdihantar utk disusukan sejam pertama..diberikan susu formula kt nursery diorg...sedihnya..n bby lak kna jgkitan dlm drh..pastu dipindahkan ke hospital kerajaan utk pantauan..masa hr 1 dan ke2 xdpt susukn bby n die kna thn wad...masa tu da rse sedih coz try pam tp susu xkuar2..hr ketiga lwt bby n bru dpt susukan die..alhamdulillah masa hr ke3 cba bg direct,bby terus menghisap..syukur alhamdulillah..seminggu jgkla bby kna thn wad n sy dpt stay situ n sentiasa direct feeding..dr susu xde n pam dpt sikit n hr keempat brulah susu byk...masa tu rse jeles n sedih gak susu sikit bila tgk ibu yg lain asyk bengkak susu je..tp memg betul semakin kerap kita susu n pam mkin cepaat susu terhasil n bertmbh..alhamdulillah skrg ank dh setahun 2bln msih nyusu bdn tnpa cmpur susu formula langsung...




Oleh itu,saya nak share tips berguna buat ibu2 yang berniat nak bersalin kat hospital swasta supaya ikut tips ni supaya anda dpt susukan bayi anda sejam selepas bersalin...Thanks to Tuty Rahiza sudi kongsikan tips berguna ni..







Di mana kita melahirkan bayi juga menjadi penyumbang kepada kejayaan penyusuan anak sedari kelahirannya secara tidak langsung. Semakin banyak hospital yang diiktiraf sebagai hospital rakan bayi terutamanya hospital kerajaan. Namun bagi mereka yang memilih untuk melahirkan anak di hospital swasta tambahan bukan hospital rakan bayi, maka si ibu perlu mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan penyusuan bayi dapat dilaksanakan.

Saya sendiri melahirkan my lil Amni di Darul Ehsan Medical Center (DEMC) yang masih belum menjadi hospital rakan bayi. Alhamdulillah saya berjaya susukan my lil Amni seawal setengah jam selepas kelahiran. Walaupun ada juga lah yang terlepas pandang, keseluruhannya saya sangat berpuas hati dan sekarang masih menyusukan si kecil yang berusia 10 bulan.

Tips untuk ibu yang mahu bersalin di hospital swasta bukan rakan bayi

(1) MAKLUMKAN kepada doktor dan juga jururawat yang membantu proses kelahiran anda yang anda mahu FULLY BREASTFEEDING bayi anda. Ulang peringatan itu berkali-kali dan pastikan suami anda juga tegas dalam memberitahu doktor anda.

(2) Maklumkan kepada doktor dan jururawat yang anda untuk membawa bayi anda secepat mungkin supaya anda dapat menyusukannya dalam SEJAM selepas kelahiran. Tempoh ini sangat penting supaya bayi ingat tentang daya hisapan pertamanya adalah daripada payudara anda.

Nota 1: Bayi perlu dapatkan HISAPAN PERTAMA daripada payudara ibu dan bukan daripada botol susu. Kenapa? Bayi yang mendapatkan susu pertama daripada botol susu atau putting tiruan akan menjadi malas untuk menghisap kerana daya tenaga yang diperlukan untuk hisap daripada botol susu adalah lebih mudah berbanding dengan payudara. Ini juga menjadi punca masalah KELIRU PUTTING ( NIPPLE CONFUSSION)

(3) Minta untuk rooming in jika dibenarkan. Ini untuk mengelakkan bayi kita disuakan dengan susu formula jika berada di nursery. Insya Allah saya mahu minta untuk rooming in bagi anak kedua kerana disebabkan terpisah daripada Amni lah makan AMni merasa susu formula.

(4) Ingat, susu tidak keluar memancut seawal kelahiran dan kekerapan direct feeding dengan bayi sangat penting untuk meningkatkan signal keperluan susu badan. Ibu perlu ajar bayi untuk cara lekapan yang betul kerana bayi perlu diajar.

Nota 2: Teknik lekapan yang salah seperti minum melalui straw akan menyebabkan ibu berasa sakit.Ada yang mengalami masalah puting melecet.Sila baca di sini untuk teknik lekapan yang betul  Perhatikan samada bayi anda ada masalah TONGUE TIE atau tidak.

(5) Jika anda terpaksa memberi susu formula, minta jururawat memberikan susu dengan menggunakan picagari ( syringe ) dan bukannya botol susu. Refer Nota 1.

(6) Bawa pam payudara (breastpump) ke hospital kerana jika anda terpaksa berpisah dengan bayi, anda perlu pam untuk menghasilkan rangsangan supaya susu badan keluar.Jika bayi mengalami komplikasi semasa kelahiran atau lahir secara pra matang, bayi akan dimasukkan ke dalam NICU.

Nota 3: Bayi pra-matang memerlukan susu badan untuk tumbesaran yang cepat dan sihat serta kenaikan berat badan yang cepat.

(7) Jangan panic jika bayi menangis seawal kelahiran kerana perut bayi ketika itu hanyalah sebesar biji guli dan kolostrum ( cecair kuning emas pekat) sebanyak 2-3 titik sudah memadai. Bayi menangis bukan bermakna dia lapar sahaja yea.Perlu kaji banyak faktor seperti suasana sekeliling yang tidak selesa mahupun kain lampin yang sudah penuh.

Nota 4 : Bayi menangis kerana masih terkejut dan sedang menyesuaikan diri dengan keadaan dunia. Selama 9 bulan berada di dalam perut dan apabila keluar ke dunia, perlu berdepan dengan bunyi bising, cuaca.

(8) Sediakan tuala panas dan tuam payudara untuk membuka liang-liang susu. Urut payudara daripada semua arah (daripada luar ke arah nipple) dengan sikat. Kedua-dua aktiviti ini dapat memudahkan pengaliran susu badan.

(9) Letak tangan di atas payudara dan baca surah al-kauthar sambil berniat, “Ya Allah, Aku bermohon pada-Mu untuk mengeluarkan susu ku kerana aku mahu menyusukan anakku”

Nota 5 : Saya amalkan pada malam pertama kelahiran Amni dan alhamdulillah keesokan harinya, susu sudah keluar.Bukanlah memancut keluar tapi apabila dipicit, sudah nampak susu berwarna kuning pekat.

(10) Jika bayi berada di nursery, sentiasa ingatkan jururawat yang anda mahu menyusukan anak anda dan minta untuk dibawa kepada anda setiap 2 jam.

Nota 6 : Bayi baru lahir memang kerap tidur kerana masih belum menyesuaikan diri dengan dunia luar berbanding keadaan di dalam perut yang sentiasa bersuhu sesuai dengan tubuh bayi. Tugas ibu adalah untuk menyusukan anak sekerap mungkin sebaik-baiknya 2 jam sekali.

Ini hanyalah sebahagian perkongsian daripada saya dan apa yang saya lakukan seawal kelahiran Amni. Ibu-ibu perlu cekal dan jangan mudah berputus asa. Jika doktor memberitahu yang anda mempunyai masalah puting, jangan panic dan terus membuat kesimpulan yang anda tidak boleh menyusukan anak anda. Dapatkan nasihat daripada pakar lactation.

Saya sendiri mempunyai masalah puting pendek. TAPI, ibu-ibu perlu ingat yang bayi menyusu melalui aerola ( kawasan hitam keliling puting) dan bukan daripada putting yea. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu-ibu.

Pesanan terakhir saya, elakkan pengambilan jamu seawal kelahiran kerana jamu boleh menghentikan penghasilan susu badan kerana kita kurang jelas dengan bahan yang terkandung di dalam jamu. Pemakanan si ibu juga membantu proses penghasilan susu terutamanya pengambilan makanan berprotein tinggi yang merupakan makanan bagi kilang susu anda.


Thanks to Tuty atas tips berguna kat atas....


Saya sendiri masih menyusukan ank saya yg berumur setahun 2bulan kini...Saya mengamalkan pemakanan supplement utk kekal cergas,bertenaga serta mood yang baik maka penghasilan susu dapat berjalan dengan lancar. Susu banyak atau sikit memang ada pasang surut cuma kita perlu berusaha n amalkan konsep penyusuan yg betul ye mommies...


Untuk info set penyusuan leh rujuk SINI ye.. 

No comments :