Sunday, 30 October 2011

CIRIT-BIRIT DIKALANGAN BAYI

Cirit-birit adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang dibawah lingkungan umur dua tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur denag darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hungga berminggu-minggu.
 Penyakit cirit-birit masih merupakan satu punca kematian bayi yang utama dinegara ini dan juga diseluruh dunia terutamanya dinegara-negara yang sedang membangun.  Keadaan yang ada kaitan dengan tingginya kadar penyakit cirit-birit ialah taraf sosio-ekonomi yang rendah, ketiadaan bekalan air yang bebas dari kuman-kuman bakteria (sanitary water supply) serta persekitaran yang kotor.
 Penyeledikan telah menunjukkan bahawa dalam komuniti - komuniti yang rendah taraf sosio - ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada tingginya kadar bayi - bayi yang mati akibat cirit - birit. Ini mungkin ada kaitan dengan pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu serta juga alat - alat yang digunakan seperti botol - botol atau puting - puting susu. Memandangkan hakikat inilah sebagai pertubuhan sedunia seperti  World Health Organisation ( W.H.O ) , UNICEF dan pertubuhan - pertubuhan perubatan antarabangsa telah mengesyorkan supaya semua negara didunia khususnya negara - negara yang sedang membangun yang masih mempunyai kadar kematian bayi yang tinggi mengalakkan penduduk - penduduk mereka meneruskan amalan pemberian susu badan kepada bayi - bayi.
 Di negara ini usia enam bulan hingga setahun merupakan lingkungan umur yang selalu terdapat berlakunya penyakit cirit - birit. Ada anggapan yang mengatakan bahawa cirit - birit dalam tempoh usia ini adalah biasa bagi kanak - kanak yang membesar  . Secara kebetulan penyakit cirit - birit yang menyerang bayi dan kanak - kanak biasanya disebabkan oleh kuman virus  (ROTA Virus ) atau kuman - kuman bakteria seperti E. Coli , Shigella , Salmonella , Campylobacter  dan lain - lain. Bayi - bayi yang diserang penyakit cirit - birit mungkin muntah - muntah dahulu sebelum cirit. Najis yang kelihatan berair sahaja lazimnya disebabkan oleh Rota Virus dan E. Coli. Adakalanya najis itu bercampur dengan darah. Ini biasanya disebabkan oleh kuman bakteria seperti Shigella , Enteropathogenic E. Coli , Salmonella , Campylobacter. Demam mungkin tidak wujud sama sekali , tetapi apa yang merunsingkan ialah kanak - kanak  atau bayi yang muntah - muntah serta cirit - birit cepat mendapat kekeringan kadangkala dalam masa beberapa jam sahaja dan jika tidak dirawat dengan segera mungkin boleh membawa maut. Bayi - bayi yang kecil mempunyai risiko yang tinggi dan kumpulan inilah yang selalu menemui maut akibat penyakit cirit - birit.
Doktor - doktor  mengenali tahap kekeringan yang dialami dengan memerhatikan beberape tanda. Bayi-bayi yang mengalami tahap kekeringan yang rendah biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mudah dikenali selain daripada kekeringan yang kurang daripada lima peratus. Pada tahap yang sederhana  ( dari 5 - 10 Peratus tahap kekeringan ) bayi - bayi yang sering menunjukkan tanda - tanda seperti mata tenggelam , ubun - ubun turun dan kulitnya kendur. Dia juga mungkin mengantuk serta kurang membuang air kecil. Tahap kekeringan yang sangat merbahaya ( kekeringan lebih dari 10 % ) menunjukkan bayi - bayi yang seakan - akan tidak sedarkan diri dan kulitnya bukan sahaja kendur tetapi juga terasa sejuk , ubun - ubun dan matanya tenggelam dan kalau dia diangkat , badannya terasa lembut dan ringan sahaja. Dia tidak benyak membuang air kecil dan air kencing itu pekat sahaja. Suhu badannya mungkin tinggi dan kadangkala , dia mungkin sawan. IBU BAPA TIDAK SEHARUSNYA MEMBIARKAN ANAK MEREKA YANG MENGALAMI CIRIT - BIRIT SAMPAI KE TAHAP MERBAHAYA KERANA INI MUNGKIN MEMBAWA MAUT.
Langkah - langkah yang perlu diambil
Walaupun bayi cirit dia berupaya menyerap air dan glukos. Ibu bapa disarankan supaya tidak memberi bayi semua formula susu tepung serta pepejal pada waktu penyakit ini menyerang bayi. Doktor - doktor menyarankan para ibu untuk terus memberikan susu badan dan menampungnya dengan memberi larutan glukos dan garam ( Oral Rehydrating Solution ). Susu tepung atau pepejal boleh diberi dengan beransur - ansur apabila penyakit ini mula reda. Tujuan penting di dalam rawatan cirit - birit dikalangan bayi ialah untuk mencegah berlakunya kekeringan. Pada masa dahulu ramai ibu memberi bayi mereka air nasi untuk merawat cirit - birit dan amalan ini telah diuji dengan cara saintifik oleh doktor - doktor di singapura. Amalan ini didapati sungguh memuaskan. Nasi itu perlu dimasak sehingga menjadi bubur dan airnya diambil untuk diberi kepada bayi yang cirit. Tetapi pada masa kini larutan air yang mengandungi garam dan glukos ( Oral Rehydrating Solution ) mudah didapati di klinik - klinik dan telah pun diakui di seluruh dunia sebagai rawatan yang paling sesuai untuk bayi - bayi yang cirit - birit.
Jika bayi - bayi terus menunjukkan tanda - tanda kekeringan yang terus melarat walaupun rawatan secara ini telah dimulakan perlulah bayi dibawa ke klinik atau ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut di mana kekeringan boleh dirawat dengan cara drip ( intravenous infusion ). Antibiotik atau bancuhan ubat  untuk mengurangkan cirit dan muntah biasanya tidak dikesan jika diberi kepada kebanyakkan bayi yang menghidap penyakit ini.
Komplikasi
Sebahagian bayi - bayi kecil yang mengalami cirit - birit didapati terus cirit sehingga lebih dari dua minggu. Keadaan yang dipanggil post - enteritis syndrome ini adalah merbahaya kerana bukan sahaja timbang berat bayi merosot tetapi boleh membawa kepada morbiditi dan kematian. Rumusan dari penyelidikan yang dibuat di negara kita sendiri menunjukkan bahawa keadaan ini terdapat di kalangan bayi - bayi yang diberi susu tepung dan menunjukkan tahap pemakanan yang rendah serta bayi - bayi yang mengalami cirit - birit akibat kuman bakteria  . Cirit - birit yang berpanjangan memerlukan perhatian doktor - doktor kerana cara rawatan yang sewajarnya mungkin perlu diatur  ' Post - enteritis syndrome ' ini jika berterusan boleh membawa kepada tahap pemakanan yang rendah ( malnutrition ) dan akan turut menjejaskan perkembangan bayi.
Pencegahan
 Ibu - ibu disarankan supaya memberi susu badan kepada bayi dari lahir lagi kerana susu ibu mempunyai beberapa kuasa perlindungan untuk mencegah penyakit - penyakit termasuk cirit - birit. Bagi ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi mereka , kebersihan diri dan kebersihan alat - alat yang digunakan untuk membancuh susu adalah penting supaya bayi tidak terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan penyakit cirit ini. Memang jelas penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa kini telah banyak berkurangan dengan adanya bekalan air yang bersih dari kuman. Bagi kawasan - kawasan yang masih terpaksa mendapat bekalan air dari perigi - perigi air itu mestilah dimasak terlebih dahulu. Botol , sudu serta segala yang digunakan untuk membancuh susu mesti dimasak terlebih dahulu.
Perkara yang masih didalam proses penyelidikan ialah pengimunan seperti yang terdapat untuk penyakit - penyakit polio , kerongkong , kol - kol dan demam kepialu. Vaksin untuk mencegah penyakit cirit - birit oleh virus Rota dan bakteria E.coli sedang diuji dan ini akan membawa harapan yang besar untuk mengawasi penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa hadapan jika ujian ini berhasil.

Wednesday, 26 October 2011

Senggugut


Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea  adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.



B-Complex & OsteMatrix membantu mengurangkan sakit semasa haid/senggugut (period pain)?
  • B-Complex - membantu mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, bertindak seperti 'spark plug' untuk memberi tenaga.
  • OsteMatrix (CalciumMagnesium) - berfungsi untuk melancarkan sistem jantung dan aliran darah. Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila darah dapat mengalir dengan lancar, maka period pain pun hilanglah.
Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Eu-Four Pack Untuk Seisi Keluarga.

  These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Eu-Four Pack lebih baik dan ianya selamat untuk ibu dan anak. Ini kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan 1000mg kalsium setiap hari dan ini telah lengkap dalam Eu-Four Pack.
  


Dengan Eu-Four Pack, ibu yang menyusu tidak perlu risau jika mereka mengandung dan mahu meneruskan penyusuan kerana ia selamat untuk bayi juga. Jika set B, alfalfa tidak sesuai dimakan oleh ibu yang menyusu dan waktu yang sama mengandung kerana berisiko untuk keguguran.


Namun sekiranya anda seorang yang memang berdisiplin mengamalkan pengambilan kalsium seperti yang disarankan seperti meminum 500ml susu setiap hari maka anda masih boleh teruskan dengan pengambilan alfalfa.
Tidak dinafikan bukan semua ibu atau bayi yang alah dengan alfalfa. Walaubagaimanapun bagi mereka yang alah [ yang mengalami cirit birit selepas pengambilan alfalfa] disarankan mengambil Eu-Four Pack sebagai supplement terbaik untuk terus menjayakan penyusuan.

Eu-Four Pack sesuai untuk :

  1.  ibu yang mengandung
  2. ibu yang menyusukan anak mereka
  3. ibu yang sering stress dan keletihan
  4. suami yang sering keletihan dan sukar mendapat tidur yang berkualiti
  5. sesuai ibu mak dan ayah kita.
  6. mereka yang ada masalah sakit pinggang, tumit kaki pecah dan sukar bangun tidur.

Apa kata mereka tentang Ostematrix?









  




Sekiranya anda ibu yang menyusu , Eu-Four Pack adalah paling selamat untuk ibu dan anak. Jangan risau jika anda mengandung ketika menyusukan si kecil, insyaALLAH anda masih mampu meneruskan perjuangan.
Sekiranya Alfalfa tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak, anda masih boleh teruskan pengambilan Set Penyusuan iaitu set B. 






Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Tuesday, 25 October 2011

SET EU-FOUR PACK KHAS UNTUK IBU MENYUSU, IBU MENGANDUNG, IBU2 DAN BAPA2 YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.







Bermula pada  24hb Oktober 2011 sehingga 31hb Oktober 2011 kami group Euphoria akan menyediakan pack baru yang bernama "Eu - Four Pack" 

Mengandungi  4 Vitamin yang penting untuk tubuh :
Multivitamin
B kompleks
Vitamin C
Kalsium [Ostematrix]


Tentunya ai boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dam pembesaran anak yang di kandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu dan wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbiasa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.


Set Eu Four Pack
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.



Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Friday, 21 October 2011

Ostematrix (Kalsium) Sebagai Alternatif Utk Ibu Menyusu dan Mengandung


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  





Kini anda yg mengalami masalah tidak serasi dengan pengambilan alfafa tidak perlu risau. Anda boleh menggantikannya dengan Ostematrix(Kalsium) Shaklee yg selamat utk ibu menyusu,ibu mengandung dan semua.Jom baca penerangan di bawah ni ye....


Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protien.

Tahukah anda?

Protien

Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium

Ramai yang memandang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air.
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.



****

Berita baik!!!!!!!!!!


Bermula 24 haribulan, Euphoria menyediakan pack menyusu yang baru iaitu 






 Eu - Four  Pack 


Mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.



Multivitamin, 
B kompleks, 
Vitamin C 
Kalsium [ Ostematrix]


Harga untuk set ini ialah RM296* . Untuk promo pelancaran, ada tawaran istimewa.

Hubungi saya untuk makluman lanjut!


Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!

Untuk pertanyaan atau konsultansi percuma boleh hubungi saya melalui:
FB:Raihan's Shaklee
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com

Thursday, 20 October 2011

AMALAN YANG MENGURANGKAN SUSUIBU




Kebanyakkan ibu2 yg menyusukan anak, selalu mencari sumber untuk memperbanyakkan susu. Tapi kenapa tak mencari sumber atau amalan yg boleh mengurangkan susu?? Bukan bermaksud untuk mengurangkan susu. Tetapi kesilapan yg mungkin kita lakukan, yg boleh menyebabkan penghasilan susu kita berkurangan. So dekat sini mama senaraikan serba sedikit ilmu yg mama perolehi utk kita kongsikan bersama.

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.

Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.

Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.


2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.
Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga  ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.
Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.
Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.



3. Pengambilan minuman berkafien.

Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh. 
Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.
Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.

Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.



4. Pengambilan supplement khas untuk diet.

Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.

6. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan.Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.

info : kak N


PENTINGNYA KALSIUM UNTUK WANITA, TERUTAMA BAGI YANG MENGANDUNG DAN MENYUSU.






Kita sebagai wanita tidak boleh lari dari masalah osteoporosisi... mengapa? Kerana kita mengandung dan menyusukan anak. Maka pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting. Antara tanda kekurangan kalsium adalah sakit tulang belakang, badan mudah lenguh2, kaki mudah kebas, sakit kepala dan yang paling senang nak lihat.... CUBA LIHAT TAPAK KAKI BAHAGIAN BELAKANG, JIKA KELIHATAN KULIT KAKI KASAR DAN BANYAK PECAH2 maka segeralah amik kalsium dalam diet harian.


Kita boleh dapatkan kalsium dengan mudah melalui susu namun perlu diingat susu mengandungi lemak yang tersembunyi. Walaupun dia tulis rendah lemak namun ianya tetap lemak. Sebab tu yang lebih memilih kalsium tablet sebagai pengganti. Saya tetap minum susu tetapi tidak secara harian.


Keperluan badan kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. kita diajar sejak dari bangku sekolah kalsium penting untuk tulang dan gigi yang kuat... tapi cikgu lupa nak ajar yang kalsium juga penting untuk membina sel darah. Jika kalian memang mengamalkan pengambilan kalsium tablet, pastikan ianya mengandungi bukan sahaja kalsium karbonat namun adalah baik jika adanya kehadiaran kalsium nitrat yang memudahkan pencernaan dalam tubuh. 

Seorang pakar nutrisi memaklumkan ... 
Ketika seorang wanita itu hamil maka dia memerlukan 400mg lebih kalsium harian dan semasa penyusuan dia memerlukan lebih 300mg.
Hakikat sebenarnya
  • Kalsium sering terdapat di dalam makanan yang tinggi kandungan kalori dan lemak seperti contoh bahan tenusu, keju, yogurt dan kacang soya.
  • banyak sumber kalsium yang kaya dengan kolestrol
  • Kalsium yang wujud dalam sesetengah makanan mungkin tidak dapat digunakan oleh tubuh badan. Sebagai contoh...
Kalsium dalam bayam dikaitkan dengan asid oksalik. Kalsium dalam kebanyakan gandum dikaitkan dengan fifat yang mana boleh mencegah kalsium digunakan secara berkesan dalam tubuh badan.
Secara keseluruhan kalsium sangat penting untuk
  • # membina tulang dan gigi yang kuat
  • # membaiki ransangan urat saraf
  • # mengelakkan kekejangan otot
  • # untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah

Adakah terdapat kesan sampingan apabila mengambil supplement ke atas anak yang dikandung serta yang sedang disusukan? Jawapannya ialah kesan yang baik iaitu membantu pembesaran kedua2 anak...baik yang di dalam mahupun di luar. Pengambilan supplement adalah pilihan alternatif bukannya satu perkara yang wajib. Terpulang kepada individu sama ada hendak mengambil atau tidak. Setiap kita mempunyai hak ke atas taraf kesihatan kita sendiri.  Tepuk dada tanya selera.


Namun satu yang ibu pasti pengambilan supplement ini membantu meningkatkan taraf kesihatan agar tubuh kita sihat dan kita dapat beramal untuk  Allah dengan lebih baik. Setiap usaha perlu ada iringan istiqamah, baru menampakkan hasil. Sesungguhnya kesihatan itu satu rezeki dariNya jua, kita makhluk hanya mampu berusaha.

 credit azlin




Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Tuesday, 18 October 2011

Presiden Amerika Barrack Obama guna Shaklee

Bahaya Panadol - JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI


Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

 Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- omaQ.org
_____________________________________________
credit : tuty rahiza

Saya sejak berusia 18 tahun sering mengalami migrain dan bekalan seperti paracetamol, ponstan memang sentiasa ada. Memang betul semakin lama saya perlukan dos yang lebih tinggi sampai satu tahap saya terpaksa ambil ubat untuk hentikan migrain serta dibekalkan sejenis ubat yang berharga RM4 sebiji.

Petua untuk demam di atas memang sangat berkesan. Saya memang mengamalkannya sejak mengetahui petua ini 3-4 tahun dahulu. Minuman isotonik yang saya ambil dahulu adalah 1** Pl*s..Memang mujarab..

Semenjak mengenali Shaklee, saya telah berjumpa dengan minuman isotonik tanpa gas dan kurang gula. iaitu PERFORMANCE DRINK...Tentunya lebih elok daripada jenama di atas..Bagi Ibu menyusu, gunakanlah petua ini sebelum anda bertindak mengambil panadol. Sayangi bayi anda.

Nasihat saya untuk pembaca yang dikasihi, harga sepapan panadol mungkin murah tidak sampai RM2 tapi fikirkan kesan jangka panjang jika diambil secara berterusan.Seolah-olah kita menaburkan baja racun ke dalam diri sendiri.
 
 
Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.