Friday, 26 August 2011

Testimoni Set C Berpantang-Berat Badan Anak Makin Bertambah

Dengar je tajuknya mesti ibu-ibu rasa tak sabar nak tau kelebihan Set Berpantang ni kan...Saya sendiri tidak berpantang dengan set ini sebab belum berkenalan lagi dengan shaklee masa tu. Tapi bagi saya itu bukan menjadi masalah bagi saya sebab sekarang konsisten makan Set Breastfeeding yang sangat glemer di kalangan ibu2 yang ingin meningkatkan penghasilan susu...Saya tau kebaikannya malah saya nak berkongsi kelebihan melalui testimoni dari salah seorang pengguna Shaklee..

.
 "salam..
Ok kak..thanks a lot..
Juz nk share dgn akak..hr 2 bwk anak sy g inject sebln. Bl timbang berat dia dh 4.55kg. Lahir hr tu 2.8kg je..susu sy pn semakin byk n excited nk kumpul stok susu byk2 b4 start keje next month..Alhamdulillah n syukur pd Allah...sy pantang kali ni mkn vitamin shaklee je..x sbr nk tgk dia membesar lg sht dgn minum susu ibu yg b'khasiat ni..time kasih n syukur sgt2 sbb dip'temukan Allah dgn akak..mudah2an bf journey sy yg ke2 ni dip'mudahkan Allah..Amin..
"

 Sumber testimoni dari 'mak' saya Kak N

'Ibu menyusukan anak dengan susuibu perlu mengambil langkah yang bijak iaitu menjaga pemakanan dan pastikan pengambilan makanan yang sihat, seimbang serta lengkap berkhasiat. Supplement yg mengandungi vitamin dan protein adalah alternatif bg mrk yg sukar atau tiada masa utk dptkn mkanan berkhasiat melalui sumber makanan.'

Apakah yang terdapat dalam set berpantang?
  • Multivitamin
  • B complex
  • Vitamin C
  • Zinc
  • Sangat bagus jika diambil bersama ESP, Ostematrix dan alfalfa.

Apa pula yang ada dalam set penyusuan susuibu?
  • Multivitamin
  • B complex
  • Vitamin c
  • Alfalfa
  • Sangat bagus jika diambil bersama ESP dan Ostematrix

Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma.

Thursday, 25 August 2011

Testimoni Set B-Siapa Kata Lelaki Tak Boleh Ambil....

Salam ukhwah semua....

Entry kali ni rasa excited je nak cerita dan share kat semua dengan testimoni dari customer saya sendiri Adha Edi...Terima kasih pada beliau sebab sudi kongsi kebaikan dan testimoni yang sangat mengujakan mengenai Set B iaitu set menyusu....Alhamdulil beliau telah mengalami perubahan pada diri sendiri malah turut dikongsikan bersama suami kebaikan memakan vitamin dimana si suami pun turut merasai perubahannya.

Mesti ramai yang masih tak tahu yang Set B bukan khusus untuk ibu menyusu je tau tapi sesuai untuk semua kecuali untuk sebab-sebab tertentu ada vitamin yang tak boleh diambil ye!So kena dapatkan konsultansi sebelum nak makan atau beli sesuatu vitamin...

Jom baca testimoni iaitu dialog beliau dengan en hubynya tentang kebaikan Set B ni..Sumber dari laman Fb...


 


Adha Edi
'Hubby: sejak mkn set vitamin awk...tak de la kulit sy minyak2...nmpk fresh je muka sy
Saya : Ha ah br seminggu abg mkn kan..bersin pon da jrg ..selsema pon idak dah
Hubby : Ha ah...mcm gebu2 lak kulit sy...kot la lelaki ley bf, msti susu sy pon byk giler...cpt noooo nmpk effect nye...
Dialog sy ngn hubby dlm keta td :-) Shaklee mmg best..'
Alhamdulillah beliau telah membeli secara fullpack...Suatu penjimatan dan pelaburan yang berbaloi....


Ingin saya kongsikan secara ringkas keperluan setiap vitamin dalam set B
Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.




Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma.

LIGATNYA QAIREEN....

Anak mama Qaireen sekarang ni makin ligat dan aktif...Laju je merangkak dan menghilang..Sekarang kena perhati je dia sebab ada je benda dia nak pegang dan usik...Pastu ada je benda nak sumbat dalam mulut dia...Yang paling best sekarang dah pandai respon mengamuk dan tak puas hati je dia..best jugak kadang2 sakat dia terutama sekali ayah die nk kejut pagi..Liat betul nak bangun...Aksi comel tengok die mengantuk dan jatuhkan badan die bile kena dudukkan atas tilam...Lawak je ...Tapi mama ngan ayah sayang gak cuma penat layan karenah si kecik tomei ni. Mana taknya ada je duk 'mengemas' barang dalam bilik ni semua nak usik dan selongkar....Umur pun dah 8bulan lebih. So no wonder la umur macam ni memang nak belajar dan teroka sesuatu...Bersyukur dikurniakan anak yang sihat dan semakin berkembang mindanya. Mudah2an Qaireen menjadi anak yang solehah,bijak dan berguna...Ameen............

Tuesday, 23 August 2011

Pembunuh dalam diam.

credit

Entry kali ni nak share utk panduan pada mereka menjelang hari raya..mesti tak sabar nak rasa juadah yg sedap2 masa raya nanti tapi dalam masa yang sama kita perlu tahu jumlah kalori makanan yg diambil supaya tidak memudaratkan diri..so makan kena kawal tau...Nak share info dari blog 'mak' saya vitamin yang sesuai bagi mengimbangi pemakanan seharian terutama hari raya ni....

Dalam setahun mungkin beberapa kali kita akan bertemu dengan juadah ini namun hanya hari raya sahaja yang kita dapati meriah sekali.

Gambat kt ats ni semua memg peberet saya nih..;)

Dalam kita seronok menjamah juadah raya, adakah kita prihatin dengan apa yang kita makan? Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.
Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.
 Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.




 Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.
Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.



Atau jika anda lebih berkemampuan



Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.
Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.



Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa!

Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma.

Monday, 22 August 2011

NAK DUIT RAYA???

Ini adalah entry melekat..sila stroll ke bawah untuk entry terbaru..Terima Kasih ^_^


Dengan setiap pembelian Euphoria Trial Pack dari saya anda berpeluang untuk mendapat duit raya sehingga RM400.00!!
Untuk keterangan lanjut sila :-


Email ke ct_nusrat@yahoo.com bertajuk NAK DUIT RAYA.
Tinggalkan email anda di komen entry ini.
Jadi rakan saya di Facebook Raihan's Shaklee untuk mengetahui update terkini.


Hubungi saya sekarang!
017-2549388

Sunday, 21 August 2011

SET BERPANTANG SHAKLEE

Jom kita baca kisah kak N berpantang dengan Shaklee
_________________________________________________________
Sejak mengandung anak sulung, saya memang nekad hanya berpantang dengan pengambilan vitamin semata-mata. Ini kerana melalui pembacaan saya, apabila seorang ibu melahirkan anaknya, beliau akan kehilangan banyak darah maka badan memerlukan cukup vitamin dan zat untuk proses pemulihan. Ini ditambah apabila saya niat nak menyusukan anak saya, maka saya perlu memastikan badan saya cukup vitamin untuk pemulihan dan secara langsung dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susuibu. Ditambah saya melahirkan anak secara berpotong [ c-sec] maka saya perlu pastikan rahim saya cepat baik dan jahitannya tidak rosak.

Ada beberapa kenalan yang saya temui yang melalui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.

Pada awal kelahiran, mak mertua saya berikan saya minum air rebusan kunyit dan terus bacaan kuning anak saya meningkat ditambah anak sulung saya lahir pra matang. Sejak tu lagi la saya cuma percaya pada vitamin semata-mata.
Saya banyak membaca buku tulisan doc yang pro vitamin seperti Dr Bruce Miller , doc feveret saya. Banyak diterangkan fungsi dan keperluan setiap vitamin.

Maka vitamin yang paling bagus diamalkan semasa berpantang ialah

Multivitamin lengkap dengan formula zat besi
Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin b complex
Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitamin C
Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui.

Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP
Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.


Selain ini, apa yang saya amalkan?
Saya turut amalkan vitamin E untuk pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsium untuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Maaf ya, saya tak makan jamu....sebab dalam minda saya, saya hanya perlukan vitamin untuk baik dan menyusu anak. Walaupun jamu boleh diambil bersama vitamin namun saya tidak mahu ianya mengganggu sistem tubuh badan saya kerana saya tidak mahu kecelaruan dalam darah berlaku disebabkan kandungan yang tidak diketahui.

Maka nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan. Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan masa untuk pulih.
 Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.
Berbeza dengan mereka yang buat persiapan awal. Sama juga dengan simpanan. Ada orang simpan duit sejak masa senang supaya bila susah ada simpanan back up. Tetapi mereka yang tidak beringat akan hilang punca apabila terdesak. Sedangkan masa senang tak mahu menyimpan.
Lebih baik amalkan vitamin semasa sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan yang berbeza. 



credit

Saturday, 20 August 2011

TIPS MENGURANGKAN KEHAUSAN KETIKA BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU.

Bulan puasa dah hampir masuk minggu ketiga. Tubuh kita semakin biasa dengan rasa lapar di siang hari. Walau pun mungkin ada yang sudah beberapa kali terlepas makan sahur, puasa masih dapat diteruskan seperti biasa. 

Masalah kekurangan pengeluaran susu ibu dan kehabisan stok susu ibu adalah masalah paling biasa dialami oleh ibu-ibu menyusu.

Ia adalah seiring dengan masalah dehidrasi yang sering dialami oleh ibu menyusukan anak berbanding rasa lapar ketika berpuasa. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik bagi seseorang itu berbuka puasa.

Malah tahun lepas mama juga pernah alaminya. Tiba - tiba mama rasa sejuk mengigil dan rasa lemah seperti nak pengsan. Suhu badan mama juga meningkat sehingga 38.8 degree.

Bagaimana mengelakkan berlakunya dehidrasi melampau ketika berpuasa
(1) Pastikan minum air kosong sebanyak yang mungkin selepas berbuka puasa. Kurangkan minuman yang manis dan ais.

(2) Elakkan makanan yang berempah, pedas dan mempunyai kandungan garam yang tinggi. Ini kerana garam yang tinggi menyebabkan air ditarik keluar dari sel seterusnya menyebabkan badan terhidrat. Manakala makanan yang berlemak yang tinggi ketika sahur mudah menyebabkan rasa lapar ketika berpuasa. Shake kurma boleh membantu rasa kenyang yang lebih lama.

(3) Sebaiknya kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh di siang hari

(4) Sekiranya cuaca terlalu panas, basahkan kepala dengan air.

Sebaiknya masukkan supplement ke dalam diet bagi mengisi kekurangan mana-mana nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan vitamin adalah langkah permulaan yang terbaik untuk anda.
 

Friday, 19 August 2011

Kalsium: darah, gigi dan tulang

Rasanya dalam banyak entry penulisan ibu, telah ibu nyatakan berulang kali bahawa vitamin tidak membanyakkan susuibu. Supplement atau nama yang mudah dikenali sebagai vitamin hakikatnya adalah untuk membantu memastikan si ibu mendapat cukup zat dan mineral yang diperlukan oleh badan secara langsung membantu si ibu itu sustained sihat, bertenaga, ceria dan bersemangat.
Susuibu akan terhasil dengan lebih banyak apabila mendapat ransangan yang kerap melalui hisapan bayi atau sesi perahan yang sangat konsisten.
Namun kebaikan pengambilan supplement ini tidak dinafikan dapat membantu disalurkan kepada bayi yang dikandung mahupun bayi yang disusukan kerana apa yang si ibu makan akan ditukarkan menjadi pemakanan kepada bayi yang dalam kandungan atau kepada bayi yang disusukan melalui susuibu.

Mungkin ada sesetengah individu terutama yang mampu untuk memasak makanan seimbang setiap hari tidak memerlukan pengambilan supplement. Walau bagaimanapun terdapat 7 sebab yang ibu tahu mengapa seseorang itu memerlukan supplement dan ini ibu terangkan di dalam pamplet trial pack yang akan diedarkan mulai hari ini bagi setiap pembelian trial pack dari kumpulan GBS.

Tahukah kita bahawa sebagai ibu yang melahirkan anak dan seterusnya menyusukan anak memerlukan sumber kalsium yang tinggi dan perlu dititikberatkan demi kesihatan kita jangka panjang? Anak yang menyusu memerlukan kalsium yang boleh diperolehi dari susuibu. Komponen kalsium dalam susuibu adalah diserap dari badan si ibu bermula dari darah, gigi dan akhir sekali tulang....itu pun sekiranya si ibu tidak mementingkan penjagaan dan pengambilan makanan hariannya.

Namun dalam banyak kes, si ibu sendiri akan mendapati bahawa diri mereka perlu mengambil supplement. Keadaan ini berlaku terutama apabila si ibu itu mengalami keletihan yang panjang, moody, tidak mampu mengawal tekanan, mengalami sakit sendi dan tulang dan paling ketara apabila mengalami sakit gigi.

Kalsium antara mineral yang sangat penting dan perlu dipastikan ianya sentiasa mencukupi dalam memenuhi keperluan badan kita. Kalsium hadir dalam setiap sel dalam tubuh kita. Namun perlu kita ketahui 98% Kalsium tersimpan pada tulang. Tulang diperbuat daripada protien "scaffolding" yang digelar "collagen impregnated" dengan kalsium dan fosforus.  Sewaktu mdua dan mmebesar dan terus membesar dengan padat (density) sehingga mencapai umur 30 tahun. Selepas itu, sekiranya tidak dijaga pengambilan makanan kita dan tidak mementingkan keperluan ini untuk tubuh maka tulang akan perlahan-lahan hilang 'density '
 serta kekuatannya. 1% Kalsium ada pada gigi manakala 1% kalsium berada dalam darah. Nampak sangat kecil jumlahnya NAMUN PERANANNYA teramat penting. Ia membolehkan otot , urat saraf berfungsi dengan lancar dan smooth. Ia bertanggungjawab dalam nerve transmission , pergerakan otot-otot (muscle contraction), pengawalan denyutan jantung (maintenance of heart beat)
  serta 'cell division'.

Sebenarnya apa fungsi kalsium?
Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan ini kita belajar sejak dari bangku sekolah lagi. Kalsium mengeluarkan hormon dan enzim badan selain mengawal "muscle contraction". Kalsium juga dikataka n menstabilkan dan membantu dalam proses penyerapan oleh sel serta membantu pengeluaran tenaga.

Bagaimana badan mendapatkan kalsium?
Pertama dari dalam darah. Kedua dari pengambilan makanan harian kita. Ketiga daripada tulang. Jika ini berlaku secara berterusan tanpa gantian yang mencukupi maka kemungkinan untuk mendapat risiko osteoporosis sangat tinggi.


Apa yang terjadi apabila kurang kalsium?
Bagi seorang kanak-kanak, sekiranya kurang mendapat kalsium yang sepatutnya maka risiko untuk mendapat penyakit tulang sangat tinggi (Ricket)
Manakala bagi seorang dewasa, kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut dan rapuh.


Apakah punca sebenarnya kekurangan kalsium dalam badan?
Antara faktornya ialah :

  • pengambilan sumber kalsium yang sangat rendah dan tidak memenuhi apa yang disarankan.
  • punca utama kalsium adalah bahan tenusu. Pada mereka yang tidak tahan dengan laktos akan mengelakkan pengambilan makanan tenusu.
  • kolestrol, kandungan tenusu biasanya dikaitkan dengan kolestrol macam keju, susu.
  • Gula, ramai yang mengelakkan pengambilan sumber yang tinggi gula. Kandungan susu yang tinggi lemak, mengandungi kandungan gula yang rendah tetapi bagi susu rendah lemak , kandungan gulanya sangat tinggi memandangkan apabila lemak dikeluarkan susu menjadi kurang enak dinikmati.
  • Allergik, sesetengah orang sangat sensitif dengan bahan tenusu.
  • Rasa, kerana rasa susu sendiri buat kita mengelakkan untuk meminumnya setiap hari.
  • sumber kalsium yang lain seperti  ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya, sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain, cereal,jus jeruk, kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai, dan roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel memerlukan diambil dalam kuantiti yang banyak dalam memastikan keperluan kalsium oleh badan dipenuhi dengan sebaiknya.
  • Masalah penyerapan. Badan tidak mampu menyerap kalsium. Ini adalah kerana kalsium adalah satu bahan yang sukar diserap oleh badan. Hanya 10% yang mmapu badan serap. Namun jika tiada vitamin D yang mencukupi penyerapan akan terhalang. 

Sebenarnya pada ibu banyak kekangan yang perlu di atasi untuk mendapatkan cukup kalsium dan mengurangkan risiko osteoporosis bila tua nanti. Lebih-lebih lagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya maka keperluan kalsium sangat perlu dan diambil berat. sekiranya tidak mampu membeli supplement di farmasi atau diluar, dapatkan di klinik kerajaan. Namun jika berkemampuan, dapatkan yang lebih baik dan berikan hak kita di klinik kerajaan kepada mereka yang lebih mampu.


credit


Wajah bersih, berseri dan kulit lebih mulus!

Salam semua..harini baru dapat update blog setelah berapa hari ni blog saya ada masalah nak buat new entry..sedihnya........tapi xmengapa sebab harini alhamdulillah dah boleh...Sharing harini tentang macammana nak dapatkan kulit yg cantik dan berseri...

Kat bawah ni satu testimoni salah seorang customer tentang kelebihan produk yg diambil..sangat2 mengujakan baca testimoni ni tau..Credit utk Kak N utk testimoni ni..Jom baca ye.. 


" Saya amik vitamin ni sebab period saya tak teratur. Tapi siapa sangka lepas makan vitamin ni, suami dan keluarga mertua puji kulit saya makin cantik. Bukan nak puji diri sendiri tapi saya memang dapat rasakan perubahan yang ketara amik vitamin ni. Dulu makan vitamin E pun tak nampak ketara seperti sekarang. Terima kasih kak N"
 Ini adalah testimoni yang saya terima dari seorang customer saya. Beliau mahu dikenali sebagai puan S sangat gembira dan teruja selepas mengambil vitamin yang saya sarankan kepada beliau.
Beliau amalkan vitamin yang sangat penting untuk seorang wanita mengekalkan kestabilan hormon dan secara langsung ianya dapat melihat hasilnya dari kulitnya yang makin cantik dan berseri.

Berapa lamakah boleh melihat kesan ini pada wajah bila amalkan? Paling cepat ialah 7 hari dan paling lewat ialah 21 hari.

Adakah anda ingin tahu apa yang beliau amalkan ?
Hanya emailkan pada saya di ct_nusrat@yahoo.com dengan tajuk
Saya ingin kelihatan cantik!


Saya akan emailkan kepada anda rahsia puan S. Anda juga mungkin menjadi pembeli yang bertuah apabila menjadi testimoni saya!

Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma

Tuesday, 16 August 2011

Kesan bila kurang?

Saya nak share artikel dari blog sifu saya mengenai kesan bila kekurangan vitamin yang ditulis oleh teman saya juga, Mommy Lyna, tentang kaitan kekurangan vitamin kepada emosi dan mental kita. Nah! Betapa pentingnya tubuh kita consume vitamin yang cukup bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malahan mental juga (yang membawa kepada emosi yang stabil).

Berdasarkan artikel tersebut, terdapat 4 jenis vitamin/ mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita demi melestarikan mental dan emosi yang sihat. Saya ringkaskan dalam jadual di bawah.

#Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan TubuhKesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi
1B Complexvitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak

Vitamin B1kurang kosentrasi dan daya tumpuan

Vitamin B3tekanan perasaan

Vitamin B5kurang daya ingatan, stress

Vitamin B6mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress

Vitamin B12kurang daya ingatan, keliru

Asid Foliktekanan perasaan, gemuruh
2Vitamin C

(bukan untuk kulit sahaja)Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan

3Magnesium Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur
4ZincKekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang kosentrasi.

credit dan kak n






Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma.

Sunday, 14 August 2011

QAIREEN DEMAM,,,,

Masa entry ditaip Qaireen dah msuk 2hari demam..demam die kejap dah kebah kejap panas balik...Die xbanyak ragam cuma masa demam ni die xaktif sangat nak diri pun xlarat..selalu rajin gak berpaut mana2 utk berdiri..Bila time panas dah kurang die aktif balik jerit2 la....Moga anak mama cepat sembuh..Cara saya utk kurangkan panas badan die..waktu siang pakaikan pampers je xyah pakaikan baju...bagi jugak ubat demam klinik,,,kerapkan direct feeding..tuam dan lap2 badan die dengan air dan saya letak jugak bedak sejuk kat badan die..tp ayah die yg lebih2 letak bedak sejuk satu badan die....die pun rimas..hehe....moga sayang mama ni cepat sembuh dan ceria2 selalu.....

Thursday, 11 August 2011

Berbaloi kah beli Vitamin Shaklee?

Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tue nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...

Sejujurnya, saya akui bahwa vitamin Shaklee nie memanglah vitamin mewah, namun ianya tidak semahal yang anda sangka, dan sesiapa jua mampu memlikinya!

Keduanya, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Jom kit aikuti perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:
*Kredit kepada
Vitamin Semulajadi.

1. Penghasilan

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan

-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga

-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Di sebabkan inilah kami sekeluarga memilih vitamin natural Shaklee sebagai pemakanan tambahan kami sekeluarga. (^_-)

credit

Tuesday, 9 August 2011

Demo Lecithin. Bagaimana ia membantu dalam program penurunan berat badan?

Jika customer datang ke rumah...memang senang nak tunjuk demo Lecithin dan bagaimana ianya berfungsi. Namun untuk tidak menghampakan mereka yang tidak dapat datang ke rumah...inilah gambar yang ibu snap untuk tatapan semua.


Mula-mula, ibu tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.


Pandangan dari sudut sedikit jauh.




Ibu cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula.


Kemudian, ibu pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.


Setelah dikacau, inilah hasilnya.



Molekul minyak kelihatan terurai.



Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin.

Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam  diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.
Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.


credit

Pemenang Pam Modu - PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA

Masih ingat dengan peraduan yang hadiahnya Pam Modu? Maka ini senarai penuh pemenang !


Grand Prize : Lenny Abdullah Kuala Lumpur
 
Saguhati :

1. Siti Liyana M Yusuf, Perak
2. Chua Kim Hiong, Limbang Sarawak.

*penghantaran hadiah dalam 3-6 minggu.
 
Kami ada peraduan terkini! Hanya dengan pembelian Euphoria Trial Pack layan untuk menyertainya. Emailkan kepada ct_nusrat@yahoo.com untuk dapatkan borang penyertaan anda. Hadiah Utama ialah Wang Tunai RM400!
    

Sunday, 7 August 2011

11 tips penyusuan sepanjang berpuasa dan apakah supplement yang membantu?

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. BerdisiplinBerdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
 
11. Pengambilan suplemen  
dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...
ESP! 

Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "

Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’.Jom kita jengah satu lagi testimoni SET B bersama ESP oleh Puan Nur Ilham. (credit to Iffa Anuar) jom lihat..

Jadi dari sebelum ni, susu dpt pump 1 oz.. susu dari meleleh, dah memancut keluar dan jumlahnya ada peningkatan 2 oz... Alhamdulillah. 
Jadi, seperti yang selalu saya tekankan pada kawan2 saya, pengambilan suplemen memang sangat berbeza daripada pengambilan ubat-ubatan. Suplemen tidak bersifat dedicated tetapi ia memberi benefits secara menyeluruh. Pengambilan suplemen membantu memperbaiki taraf kesihatan kita, walaupun kesan yang didapati adakalanya agak lambat (kerana ia bergantung pada keadaan tubuh anda), namun ia bersifat memulihara.

 credit to Alin.

Relaktasi Bersama Set Breastfeeding Shaklee

Maksud relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi

Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi

Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?

Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.  Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?

• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?

Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?

Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.

* Bagi ibu-ibu yang mahu mulakan proses relaktasi dengan menggunakan kaedah yang tidak memberi kesan negatif, anda boleh mencuba Set B dan juga  Energizing Soy Protein. Di dalam set B juga kami menyediakan alfafa di mana ia membantu untuk perbanyakkan susu di samping ESP

Euphoria Set B (Alfalfa Set/ BreastFeeding)
Vitalea/ Multivitamins
B Complex
Alfalfa

Vitamin C

Credit to

Saya menyediakan pek mini utk set di atas. Boleh hubungi saya utk info harga bagi trial pack dan full pack. Tawaran harga istimewa pasti utk anda.
Boleh email kepada saya di ct_nusrat@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 untuk konsultasi percuma