Thursday, 30 June 2011

Membeli sambil Beramal

INI ADALAH ENTRY MELEKAT. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU.


Berita baik buat semua. Selain kegembiraan dengan promo Jun, kemeriahan ditambahkan dengan setiap pembelian trial pack, RM1 akan didermakan kepada FameKids.  FAMEkids adalah kumpulan sokongan anak-anak istimewa, ditubuhkan untuk menjadi suatu platform untuk FAMEparents berhubung dan untuk mempromosikan FAMEkids kepada masyarakat. Gabungan 2 wanita yang berjiwa kuat iaitu MommyLina dan Watie telah menubuhkan kumpulan sokongan ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Blog FAMEkids : http://famekids.net/
Fanpage : http://www.facebook.com/famekids


Maka, jangan tunggu lagi. Mari sertai kempen Membeli Sambil Beramal hari ini juga. Pembelian Trial Pack anda akan membantu meringankan mereka yang memerlukan. 


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Sms kan kepada saya 017-2549388 .

Wednesday, 29 June 2011

dari kulit jerawat bernanah kini sudah makin cerah dan licin

Adakah anda seorang yang mempunyai masalah kulit yang chronic? Kulit berjerawat yang menanah akibat sinus atau resdung? Pasti anda sedih dan rasa rendah diri untuk berhadapan dengan khalayak ramai, mana taknya, terasa buruknya rupa dan orang sekeliling seakan memperkatakan tentang masalah kulit anda, seolah-olah ingin menjadi kecil seperti sang semut supaya tiada siapa yang perasan kewujudan anda... Jadi jangan biarkan keadaan ini terus membelenggu anda. Dapatkan kembali kulit yang sihat dan kembalikan keyakinan diri anda dengan sesuatu yang EXCLUSIVE.

cerita ini direfer di sini ya linknya sbb ni bukan cerita direka².... adik Iffa boleh jadi model shaklee ni.. dari kulit berjerawat bernanah.. alhamdulillah.. bersih kulit dah.. nampak gaya..awek keliling pinggang lah lepas ni ya. Jadi jika anda ada masalah kulit kronik, berjerawat menanah akibat resdung,etc. jom baca kisah Aizat ni..

Cuba lihat perbezaan pada gambar di bawah ini? 




Buat pengetahuan semua, gambar diatas adalah gambar adik Iffa sendiri, Aizat namanya. Adik iffa mengalami alahan kulit yang sangat teruk sehingga menyebabkan mukanya dan beberapa bahagian kulit di kaki di tumbuhi jerawat yang besar dan menanah. Masih Iffa ingat, Aizat pernah berselipar ke sekolah kerana tidak boleh menyarungkan kasut sekolah akibat nanah di kaki yang sgt teruk dan berbau. Jika dilihat memang rasa geli tapi Iffa sangat bersimpati dan runsing kerana ia menganggu Aizat yang ketika itu  sedang menumpukan perhatian di Sekolah sebagai pelajar Ting 5. 


Pelbagai rawatan modern telah dibuat, ubat dimakan kesannya berkurang tetapi bila habis ubatnya, kembali seperti biasa.. Kata doctor kerana sinus a.k.a resdung. iffa juga pernah membawa Aizat untuk berbekam membuang darah kotor.. kasihan rasanya ditoreh2 dibahagian jerawat itu..bagi yang tidak pernah berbekam pasti ngeri melihatnya. Namun alhamdulillah, Iffa berjaya mencari penawar buat adik Iffa. Kerana yakin keberkesanan produk Shaklee Iffa telah susunkan jadual pemakanan untuk adik bagi beberapa produk tertentu. Apakah produk-produknya? Bagi masalah kulit seperti Aizat (Berjerawat, nanah/resdung dan berminyak serta sensitif), Ini adalah Supplement yang Iffa syorkan buat 

  1. Shaklee Vita - C
  2. Shaklee Vita - E
  3. Shaklee Alfalfa Complex
  4. Shaklee Vanilla Meal Shake
Berapa lama masa diambil utk menampakkan kesan? Bagi Aizat, bulan pertama mengambil Set diatas telah mula memberikan kesan positif dimana, kulit yang bernanah mulai kering. Kini Aizat telah consume Meal Shake untuk bulan ke-3 (3 canister) dan kulit Aizat semakin cerah (tidak lagi kusam), semakin licin, tidak lagi tumbuh jerawat (jika ada sgt terkawal katanya pada Iffa ketika berjumpanya baru-baru ini). Makin ramailah girlfriend yang datang kan adik sayang...Hati - Hati ya =)

Bagaimana pula cara pemakanannya?Semestinya Iffa akan membimbing anda untuk mendapat hasil yang sama seperti Aizat kerana Ianya EXCLUSIVE untuk anda yang mahu kelihatan CANTIK BERSERI dan tampil YAKIN di khalayak ramai.. Jangan biarkan masalah kulit muka menghalangkan keinginan anda dari melakukan aktiviti kegemaran anda!

Untuk Full Pack (for 4-6 months) :
  1. Shaklee Vita - C   : 180 tabs
  2. Shaklee Vita - E   : 120 caps
  3. Shaklee Alfalfa Complex : 330 tabs
  4. Shaklee Vanilla Meal Shake: 1 canister
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set ini, saya juga menyediakan ia didalam bentuk Loose Pack atau mudah dipanggil Trial pack selama sebulan. 

Harga? bagi mereka yang inginkan set EXCLUSIVE ini,message saya di FB atau email di ct_nusrat@yahoo.com  or 017-2549388 .Saya akan berikan harga istimewa utk anda. 
anda:

Pemergian Insan Tersayang

Alfatihah untuk arwah ayah mertua tersayang Che Ramli Bin Mamat ayah kepada suami Mohamad Hafiez yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Jun 2011. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah buat keluarga suami atas pemergian insan tersayang.

Thursday, 23 June 2011

Kenapa protien itu penting?

Apabila melihat kad kesihatan Addin dan Nasa, ibu pasti akan mengenang kembali zaman membesarkan kalian... alhamdulillah kalian membesar dengan cepat pada 6 bulan yang pertama dengan istilah lain, overshoot. Memandangkan ibu hanya beri kalian susu badan maka tiada wujudnya obessiti. Memang ramai yang bertanya..., maka dapat ibu simpulkan melalui pengambilan supplement.Sesiapa yang telah mengambil ESP sejak dalam pantang memang tahu kebaikan dan kelebihannya.


ESP atau nama panjangnya ialah Essential Soy Protien adalah supplement yang ibu ambil pada tujuan asalnya untuk mempercepatkan proses pembaikan tisu sel akibat dari pembedahan. Pembentukan sel memerlukan protien. Protien boleh di dapati dari 2 sumber:

1. Haiwan seperti daging, ayam, dan sebagainya namun kelemahannya ialah transfat disertakan sekali.

2. Dari sumber tumbuhan dan yang paling banyak terdapat dalam kacang soya.

Sifat protien itu sangat sensitif pada suhu yang panas. Ia mudah terhapus. Abah selalu memberi ibu gambaran, otak manusia ibarat protien. Sebab itu apabila badan seorang anak kecil yang mendapat demam panas boleh mengakibatkan kerencatan kepada si anak. Ini kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan otak mendidih dan sel mati.

Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
Kandungan setiap hidangan

 
Kalori............................110
Lemak............................1g
Kolesterol.......................0g
Karbohidrat...................10g
Gula (fructose & dextrose) 9g
Thiamin (thiamin mononitrate) 2mg
Riboflavin......................2mg
Niacin (niacinamide)......10mg
Vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride) 0.5mg
Pantothenic Acid (calcium pantothenante) 2mg
Calcium (tricalcium phosphate & calcium carbonate) 500mg
Iron...............................2mg
Phosporus (tricalcium phosphate) 250mg
Sodium........................170mg
Protein..........................14g

9 Asid Amino Perlu
Histidine.................340mg
Isoleusine...............630mg
Leucine................1160mg
Lysine....................890mg
Methionine.............180mg
Phenylalanine.........720mg
Threonine
..............520mg
Tryptophan............180mg
Valine....................650mg


Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.


Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) yang bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau dan dikawal ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.
Protein soya ini tanpa tambahan perasa, pemanis, pewarna, pengawet. Bebas kafein & formula vegetarian.


Cara penyediaan & Dos Cadangan
Bancuhkan 1-2 sudu besar Energizing Soy Protein mudah larut ini ke dalam segelas susu, jus, air atau apa sahaja minuman kegemaran anda. Goncang sebati.

2.Pengambilan soy protien perlulah diambil dengan air sejuk atau suam tetapi TIDAK BOLEH dengan air panas kerana akan menyebabkan zat protien itu mati.

Boleh diminum oleh semua peringkat usia kecuali bayi dibawah 1 tahun Sangat bagus untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.


Apa yang dapat ibu ringkaskan di sini ialah:

ESP Shaklee adalah dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien. Non GMO soy. Ianya penting untuk pembinaan sel dalam tubuh dan tinggi kandungan kalsium. 

 



Testimoni:
Seorang lagi customer ibu iaitu ibu kembar yang menetap di Bangi memberitahu, selepas mengambil soy protien kali kedua, beliau mendapati susunya bengkak dan anaknya minum sedikit dan terus lena. Ibu menyarankan agar beliau sentiasa mengepam memandangkan anaknya minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi mudah kenyang.

Itulah yang ibu lalui sepanjang penyusuan Addin dan Nasa dulu... mereka dalam kategori minum dengan sedikit tetapi pembesaran mereka sedikit tidak terjejas.Alhamdulillah. Walaupun kini mereka telah mengambil susu formula, namun ibu pastikan ibu akan mencampurkan sedikit protien atau milk shake di dalam minuman mereka.

Apa yang ibu dapati selepas mengambil protien? Kulit semakin cerah, bekas jerawat mudah hilang, akar rambut lebih kuat, susu bertambah banyak dan lebih pekat, kuku lebih sihat, mudah kenyang dan lebih bertenaga.



Last but not least,  protien juga penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

Sumber Info:
1. Shaklee Testimoni.

2. Kedai Farmasi

3. Rujukan Archive Blog Ibu

Qaireen Dah Pandai Meniarap...Sukanya!!


Entry kali ni nak cite pasal baby saya si comel Qaireen yang telah berjaya meniarapkan dirinya setelah baberapa kali cubaan gagal. Tahniah anak mama....Biarlah orang nak cakap anak mama lambat meniarap anak orang lain cepat yang penting anak mama sihat dan sentiasa menunjukkan perkembangan positif dari hari ke hari. Yang paling bestnye sekarang asyik nak meniarap lepas tu guling atas katil..hehe..suke tengok...Sekarang pun mulut bising dan suke buat bunyi comel..'Tatatatata'..pastu sembur air liur...Aduh!anak mama memang comel sangat dan pandai buat kelakar...Rasanya anak ibu2 yang lain pun macam tu jugakkan. Mesti hepi tengok aksi comel dan lawak anak kite.Semoga Qaireen membesar dengan sihat dan ceria2 selalu. Mama dan Ayah sayangkan Qaireen sangat2 permata hati kami yang menceriakan kehidupan kami.

pandai pun meniarap

Petua banyakkan susu badan


Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara : sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
  • Cekur Manis
  • ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 
  • Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
  • Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
 Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu   halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

  • Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
  • Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. 
  • Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.


  • Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
  • Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
 Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
 Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
  • Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
  • Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu



  • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.

Wednesday, 22 June 2011

Keguguran Rambut Selepas Bersalin

  • Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. Benarkah?
Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan.
Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.
Cuma, bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  • Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  • Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  • Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?
    shampoo prosante shaklee
Syampu dan Perapi Prosante Shaklee berasaskan bahan semulajadi

  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
  • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.

zinc
Zinc Complex
vita lea multivitamin
Vita Lea
energizing soy protein
         ESP
  • Minum air secukupnya.
  • Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.
Sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh  jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.